Program Ihya Ramadhan Satu Lagi Keunikan Kelantan

Posted in Isu Agama, Isu Semasa, Renungan, Sosial on September 9, 2008 by Immette At-Tibranee

NEGERI Kelantan Darul Naim penuh dengan berbagai keunikan. Keunikan itulah menyebabkan Kelantan berbeza dan dilihat istimewa berbanding dengan negeri-negeri lain. Adakalanya keunikan itu cuba ditiru atau dikorbankopi oleh negeri-negeri lain tetapi tidak menjadi.

Keunikan itu bukan saja peninggalan generasi yang terdahulu, namun keunikan itu juga adalah hasil kreatif, atau pun dihasilkan oleh pemimpin dan masyarakat terkemudian. Ini menggambarkan rakyat Kelantan kreatif dan inovatif dalam mencipta keunikan yang menempati pula dengan budaya dan pegangan hidupnya (agama).

Ia bukan saja unik kerana memiliki kekayaan dari segi kesenian dan kebudayaan, tetapi dari segi pratikal Islamnya. Kerana keunikan itulah juga maka Kelantan dikenali dengan nama Serambi Makkah. Nama jolokan yang diberikan sejak hampir 100 tahun itu kekal sehingga ke hari ini.

Menarik dan mengkagumkan jolokan itu kekal pada Kelantan seperti mana utuhnya mutu logam emas yang tidak pernah terhakis dan mengalami penurunan nilai harganya. Dalam keadaan apa pun emas itu tetap mahal, maka seperti itulah juga “keistimewaan’ yang menjadi milik Kelantan itu.

Misalnya, kemunculan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Kelantan bermula tahun 1990 memberi satu lagi keunikan tersendiri kepada Kelantan. Kelantan muncul sebagai negeri pertama berMenteri Besarkan seorang tok guru bertitlekan ulamak. Kebanyakan menteri-menteri besar di negeri lain berkelulusan akademik atau sekular.


Kehadirannya (Nik Aziz) memberi sumbangan dan kesenimbungan kepada kerja-kerja mengagungkan Islam dan sekaligus mencatatkkan satu lagi keunikan di Kelantan.

Salah satu antara beberapa keunikan idea dan pendekatan pentadbiran Tok Guru Nik Aziz yang sangat terasa ialah mengenai kewujudan program Ihya Ramdhan yang kini sudah menjadi sebutan dan kebanggaan rakyat Kelantan sendiri kerana ianya wujud di Kelantan saja.

Ihya Ramdhan yang menganjurkan program solat Terawih di bawah khemah ala-ala di Arafah di musim haji diadakan di tengah-tengah bandar Kota Baru. Ianya dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang dibawah tanggungjawab Exco Takiyuddin Hassan.

Program ini mula diwujudkan pada Ramadhan 1415 (1994) dan kini sudah berusia 14 tahun. Ia adalah idea Nik Aziz. Dari program ini menunjukkan betapa bersungguh dan seriusnya Nik Aziz dalam mengembangkan syiar Islam di Kelantan dan mengekalkan Kelantan sebagai negeri Serambi Makkah.

Tujuan program ini diwujudkan ialah untuk menyemarakan suasana Ramadhan yang mahu jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan penuh dengan kebajikan dan amal ibdat. Sejarah awalnya atau tapak program ini ialah berhampiran setsen bas di tengah bandar Kota Bharu. Sebuah khemah khas seluas 12’ x 18’ didirikan di situ.

Mulanya ia lebih untuk memberi kemudahan dan menyediakan tempat berbuka (juadah dan morel) dan solat Terawih kepada para peniaga, pemandu teksi, pengayuh beca yang tidak sempat pulang ke rumah dan juga kepada para musafir yang tidak sempat ke masjid.

Peringat awal program ini diperkenalkan ia diketawakan oleh pihak tertentu dan menuduh ia adalah projek politik Pas. Pas dikatakan hendak menunjuk-nunjuk dengan program Islamnya.

Namun cemuhan itu tidak dipedulikan. Program itu terus dijalankan. Dari setahun ke setahun ia mendapat sambutan. Dari sebuah khemah kecil kini terpaksa dibangunkan khemah yang berkali ganda besarnya dan tapaknya kini sudah berubah ke pekarangan stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Prasarananya kini juga lebih selesa, menarik dan meriah apabila ia dijadikan Qaryah Ramadhan atau perkampungan Ramadhan.

Di perkampungan berkenaan programnya bukan saja lagi setakat mengerjakan solat sunat Terawih tetapi di situlah juga menjadi medium perhubungan ukhwah dan persaudaraan baik sesama muslim atau pun dengan bukan muslim apapbila majlis melibatkan bukan Muslim juga turut sama diadakan.

Sesungguhnya program Ihya Ramdhan yang dipenuhi dengan segala macam menu itu sesuatu yang unik dan menarik. Progam itu kini telah dimasukkan ke dalam kelendar Tahun Melawat Kelantan 2008, ini menyebabkan pelancung yang datang ke Kelantan bukan saja untuk membeli belah, melihat alam dan sosialnya yang berbeza namun turut sama beribadat.

Jelas sekali pihak Umno tidak dapat menyelami maksud serapang dua mata Nik Aziz dalam mengadakan program berkenaan. Di samping untuk mengimarakkan Ramdhan program itu juga menjadi medium untuk berdakwah, menyelesaikan tanggungjawab sebagai khalifah yang cukup efektik.

Kini terbukti program itu berjaya dan mendapat sambutan. Setiap malam lebih 1,500 orang datang berjemaah di khemah Terawih itu. Adakalanya khemah yang mampu memuatkan 1,200 jemah sekaligus itu melimpah keluar dan terpakasa didirikan khemah tambahan.

Mereka yang datang pula bukan saja dari segenap daerah di Kelantan tetapi ada yang datang dari luar termasuk Kuala Lumpur dan Singapura, mereka datang khas untuk sama-sama merasai kenikmatan mendirikan solat sunat Terwaih di situ dengan membawa keluarga masing-masing.

Disebabkan keunikan program itu begitu ketara sekali dan ia dapat menjadi medium membentuk ukhwah sesama manusia termasuk dengan bukan Islam adalah elok kalau negeri-negeri lain juga turut sama mengadakan program berkenaan. Atau kalau perlu program Ihya Ramdhan yang diilhamkan oleh Kelantan itu dijadikan prgoram diperingkat nasional.

Daripada menganjurkan tilwalah membaca al-Quran yang menelan belanja berjuta ringgit pada setiap tahun tapi kesannya tidak seberapa, rasanya elok kalau dibelanjakan wang itu untuk mengadakan program Ihya Ramdhan itu.

Adalah elok kalau pegawai Jabatan Islam Malaysia (Jakim) dan juga Pegawai-Pegawai Jabatan Agam Islam Negeri-Negeri atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sendiri datang melihat bagaimana program itu berjalan kemudian mengkajinya untuk diangkat menjadi progam peringkat kebanggaan dengan beberapa pindaan dan ubahsuai mana-mana yang patut.

 

( SUMBER : http://msomelayu.blogspot.com/ )

Rakyat redah banjir, pemimpin BN seronok di luar negara

Posted in Uncategorized on September 8, 2008 by Immette At-Tibranee

Kenyataan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi – kerajaan baru 16 September mustahil, manakala Setiausaha Agung Barisan Nasional, Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor pula menyebut tiada Ahli Parlimen yang lompat parti.

Persoalannya apakah kenyataan itu sekadar menutup resah yang sudah berlubuk di hati.

Kalau benar sekali pun telahan Perdana Menteri mengapa pula dalam masa yang sama anggota parlimen BN seperti diheret ke luar negara 7 hingga 19 September ini kononnya mengadakan lawatan sambil belajar dalam bidang pertanian dan pengeluaran makanan.

Mengikut laporan, seramai 49 ahli parlimen BN akan menyertai lawatan sambil belajar ke Taiwan mulai hari ini. Seramai 41 orang sudah berlepas manakala lapan orang lagi dijangka berbuat demikian esok.

Seorang tokoh akademik Dr Abdullah Sudin meluahkan rasa hairan mengapa Kelab Penyokong BN (BN BBC) menggunakan kesempatan sekarang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke luar negara.

“Adalah lebih baik ahli parlimen BN mengambil peluang untuk mendekati rakyat ketika tiada persidangan parlimen sekarang.

“Mereka sepatutnya mengambil peluang mendekati rakyat terutamanya di Kedah dan Pulau Pinang yang sedang meredah banjir sekarang,” kata beliau yang juga bekas pensyarah kanan UiTM.

Selain itu katanya bagi ahli parlimen beragama Islam mereka boleh mengambil peluang bersama rakyat di masjid atau berqiamulai.

Oleh itu tindakan tergesa-gesa itu merupakan satu pembaziran besar duit rakyat mungkin mencecah jutaan ringgit, sedangkan ia sepatutnya diagih kepada rakyat miskin menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Anggota parlimen Ketereh, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, tindakan BN BBC mengadakan lawatan sambil belajar di luar negara dalam bidang pertanian amat tidak munasabah dan kurang rasional.

“Tindakan mereka itu seolah-olah mengakui akan berlaku perubahan tampuk pemerintah negara dalam masa terdekat ini.

“Saya merasa pelik kerana wakil rakyat kerajaan terpaksa lari daripada pembangkang.Ini secara jelas menggambarkan Pakatan Rakyat begitu digeruni mereka,” katanya yang juga Pengerusi KeADILan Kelantan.

Menurutnya pemimpin utama Umno dan BN tidak mampu lagi menyembunyikan perasaan takut kepada kebangkitan rakyat, seolah-olah mereka rimas dengan bayang-bayang sendiri.

“Kalaulah pemimpin BN menganggap hasrat Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan hanya propaganda atau gimik politik, tentunya tidak timbul isu melarikan diri sehingga ke luar negara dalam tempoh begitu lama.

“Sebenarnya pemimpin atasan BN kini sedang membilang hari kerana mereka tahu siapa yang akan meninggalkan parti itu untuk bersama Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Bekas ahli Jawatankuasa Umno Kubang kerian, Ibrahim Mamat berkata, tradisi membela rakyat yang dicanangkan BN selama ini hancur kerana mereka menggunakan begitu besar peruntukan bagi mempertahankan kepentingan peribadi.

“Mereka sekarang seperti orang salah yang sedang menunggu hukuman, jadi mereka tidak dapat tidur lena kerana sering diganggu mimpi buruk,” katanya.

 

( SUMBER : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16853&Itemid=1 )

Di dunia mana pun, mereka boleh lompat parti

Posted in Isu Semasa, Politik on September 8, 2008 by Immette At-Tibranee

Kelab Penyokong Kerajaan (BBC Club) mengadakan lawatan kerja ke Taiwan mulai hari ini hingga 17 Sep. 50 ahli BBC dijangka menyertai lawatan tersebut. Kata Pengerusi BBC Datuk Tiong, lawatan tersebut untuk mengkaji sistem pertanian di Taiwan.

Saya nak bagitahu Datuk Tiong berhentilah memperbodohkan rakyat. Dia ingat kita ni macam dia agaknya. Kita tahu mereka sebenarnya nak lari dari hakikat 16 Sept.

 

Dia ingat ni zaman kita dok atas pokok naik kete lembu lagi kot..

Datuk Tiong..u boleh bawak lari semua MP Be End lah..pegi kutub utara pun tak pe, buat kajian macam mane nak tanam padi dalam ais!

Orang macam Tiong yang telah mengaut keuntungan yang banyak dalam deal Port Klang Free Zone memang lah akan kecut kalau Be End tumbang.

Di zaman cyber tanpa sempadan ini, hang nak lari kemana? Kalu MP Be End nak lompat ke PR dari dunia mana pun dia boleh buat..they are just one phone call away lah Tiong..

Anyway, saya nak ucapkan terima kasih kepada Tiong kerana kalau 16 Sep tak jadi, Anwar dah ada alasan kenapa tak jadi..kerana BBC dah angkut habis ahli parlimen Be End terbang keluar dengan Tiong..Anwar hanya perlu tetapkan satu tarikh lain..bukannya susah mana…..

( SUMBER : http://skuaddunbatucaves.blogspot.com/ )

BPR : Sila Siasat Percutian MP

Posted in Isu Semasa, Politik on September 8, 2008 by Immette At-Tibranee
Mula-mulanya saya dengar ahli BNBBC nak makan angin ke Australia atau New Zeland. Kata saya, eloklah kerana mereka boleh jimat duit tidur di istana Patrick Lim di Perth. Hari ni, dengar kabar beritanya, ahli BNBBC pergi pula ke Taiwan dan Macau.

Ini trip apa? Trip main judi di kasino ke? Inilah bahana bila pengerusi BNBBC diberikan kepada bukan UMNO. Ada peluang makan angin, tong-sua jadi destinasi pertama dan utama! Ini bukan kenyataan rasis. Tapi, tak fikir ke yang ahli BNBBC pun ramai yang Islam dan tengah jalani ibadat puasa?

Anaiya betul ahli BNBBC yang Islam. Dalam bulan puasa macam ni pergi melancong ke Taiwan dan Macau. Jahanam. Makan mestinya susah. Toleh kanan ada bak, toleh kiri ada celeng. Lantaklah kau orang. Inilah nasib bertuankan pemimpin lemah, tempang dan kurang bijak.

Apa pun, kisah BNBBC pergi makan ni memang satu lagi kisah pelik di zaman penerintahan Abdullah Badawi. Tiba-tiba je seluruh Ahli Parlimen BN yang menganggotai Kelab Penyokong BN Parlimen Malaysia (BNBBC) dibawa pergi makan angin keluar negara?

Anehnya betul. Kenapa pergi makan angin serentak dan ramai-ramai? Ini tak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen Malaysia. Sebelum ni, kalau ada rombongan Ahli Parlimen keluar negara, mereka pergi dalam kumpulan kecil, antara empat atau lima orang, untuk hadiri mesyuarat tahunan Ahli-Ahli Parlimen ASEAN (AIPO), Persatuan Parlimen Komonwel (CPA), Kesatuan Parlimen Antarabangsa (IPU), Persidangan Agung PBB (UNGA) dan lain-lainnya. Rombongan ini juga tidak hanya terhad kepada Ahli Parlimen BN, malahan termasuk Ahli Parlimen pembangkang.

Misterinya kali ini, sapa tanggung lawatan BNBBC ini? Lazimnya, kalau Ahli Parlimen keluar negara untuk CPA atau IPU, perjalanan mereka ditanggung oleh pertubuhan berkenaan. Kalau AIPO, ia ditanggung oleh Parlimen Malaysia?

Kali ni, sapa tanggung perjalanan BNBBC pergi makan angin? Parlimen Malaysia? Kalau Parlimen Malaysia, maknanya BNBBC pergi makan angin guna duit rakyat, guna duit pembayar cukai. Masuk akal ke perkara ini boleh diizinkan oleh kerajaan Abdullah?

Kalau Parlimen Malaysia tak tanggung perjalanan dan makan minum BNBBC, sapa tanggung? Presidennya, Datuk Seri Ting King Sing memang jutawan. Tapi, kalau dia tanggung semua, apa habuan balik kerajaan kepadanya? Kalau dia kaut belanja tu daripada sumbangan swasta, apa habuan balik kepada pihak swasta berkenaan? Jangan sampai jual maruah bangsa atau gadai kedaulatan negara semata-mata kerana BNBBC nak makan angin!

Satu lagi perkara aneh pasal BNBBC ni ialah, kenapa rancangan makan angin ni dibuat secara mengejut? Kenapa di buat dalam bulan puasa? Kenapa daripada 7 hingga 16 September 2008? Kenapa sampai Abdullah dan Najib sendiri pertahankan cerita BNBBC keluar negara ni? Adakah apa-apa udang di sebalik batu?

Kepada Abdullah atau Najib, elok kita beritahu satu hal. Sedarlah, rakyat bukan bodoh. Jadi, jangan perbodohkan diri anda untuk memperbodohkan rakyat. Kepada Abdullah dan Najib, anda kena jelaskan duit sapa digunakan untuk BNBBC keluar negara? Kalau duit rakyat, apa rasionalnya? Kalau duit BNBBC, mana kelab tu banyak sangat duit? Kalau duit pengerusinya, mana manusia tu kaut duit berjuta ringgit? Kalau setiap ahli bayar tambang, penginapan dan makan minum sendiri, berapa sangatlah elaun Ahli Parlimen untuk mampu menanggung semua ini secara sendirian berhad? Kalau duit tu tajaan swasta, siapa mereka dan apa pulangannya?

Pendek kata, Abdullah dan Najib jangan cuba bodohkan rakyat. Sekali boleh. Dua kali pun boleh. Tapi, kalau dan setiap kali rakyat nak dibodohkan, tentu rakyat akan berontak untuk menjengkal muka pemimpin besar mereka. Kalau dah kena jengkal muka pun tak sedar diri lagi, rakyat akan bangkit menyingkirkan pemimpin besar ini keluar daripada kerusi mereka dalam kerajaan.

Memang perbuatan rakyat menyingkirkan pemimpin besar negara tak pernah berlaku di Malaysia. Ini bukan budaya kita. Tapi, jangan kata ianya mustahil akan berlaku kalau Abdullah dan Najib dah melampau sangat nak bodoh-bodohkan rakyat pada setiap waktu!

Oleh itu, jom kita gesa BPR siasat kisah cuti-cuti BNBBC ini. BPR kena beritahu rakyat jelata, dari mana BNBBC dapat dana untuk trip tersebut. Harap jelaskan kepada rakyat dengan jelas dan secara terperinci. BPR juga kena beritahu rakyat jelata akan matlamat dan manfaat lawatan itu. Waktu yang sewajarnya didedikasikan Ahli Parlimen kepada rakyat tak wajar dibazirkan kerana sesuatu muslihat politik Abdullah dan Najib! –

( SUMBER : http://politica-net.blogspot.com/2008/09/bpr-perlu-siasat-punca-dana-bnbbc-makan.html )

Isu Azan: BOHONG!!! – Teresa Kok

Posted in Isu Agama, Isu Semasa, Politik on September 8, 2008 by Immette At-Tibranee

BOHONG..!!!Itu kerja pihak tak bertanggung jawab..!

Itu reaksi pertama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan ketika dihubungi untuk pengesahan dakwaan beberapa pihak bahawa beliau terlibat dalam mengetuai petisyen penduduk di Puchong meminta supaya azan subuh dikawasan tersebut diperlahankan.

Menurut Teresa, sekiranya beliau menerima dakwaan tersebut, perkara tersebut akan dirujuk kepada EXCO yang bertanggung jawab dalam hal ehwal agama Islam negeri ini.

“Jika betul saya ada menerima aduan tersebut, saya akan rujuk isu tersebut kepada EXCO berkenaan iaitu Datuk Dr.Hassan Ali yang menguruskan portfolio berkaitan hal ehwal islam di Selangor.

“Buat apa nak hantar petisyen kepada Datuk Satim Diman? Beliau (Datuk Satim Diman) tak ada kaitan dalam pentadbiran di Selangor, kenapa nak rujuk pada orang yang tak ada kaitan dengan pentadbiran?”

Teresa Kok yang juga ADUN Kinrara sebelum ini didakwa terlibat dalam mengetuai satu petisyen penduduk Puchong kepada Datuk Satim Diman meminta supaya azan subuh diperlahankan kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam.(ini sah-sah kereje puaka-puaka UMNO/BN nih).

Teresa berkata dakwaan tersebut hanya satu pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggung jawab & bermotifkan politik.

“mereka sengaja menggunakan isu ini untuk mencaci serta memburukkan saya sebagai wakil rakyat DAP yang suka menimbulkan isu sensitiviti serta api perkauman.yang jelas, saya tidak pernah terlibat dalam isu tersebut & dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata”.

Teresa seterusnya berkata, walaupun berlainan agama, beliau masih prihatin terhadap isu melibatkan agama serta perkauman ini.

Oleh itu Teresa mencabar pihak berkenaan agar tampil mengemukakan bukti berhubung tuduhan tersebut.

“saya ingin tegaskan disini bahawa saya tidak pernah menulis surat atau berjumpa sendiri dengan Datuk Satim Diman seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

“Jika betul mereka mempunyai bukti mengenai dakwaan tersebut, dipersilakan tampil dengan bukti sebagaimana dakwaan” jelas Teresa lagi

 

( SUMBER : http://skuaddunbatucaves.blogspot.com/ )

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

Posted in Isu Semasa, Politik on September 8, 2008 by Immette At-Tibranee

8 September 2008

Pakatan Rakyat Menjunjung Prinsip Perlembagaan Persekutuan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini, 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.

Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu.

Sekian, terima kasih.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

YB Dato’ Husam Musa
Naib Presiden PAS

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP

Pantun mufti Perlis bidas siapa?

Posted in Isu Semasa, Politik on September 4, 2008 by Immette At-Tibranee

Pantun mufti popular, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang meminta pemimpin negara mengundur diri “apabila negara kacau” menimbulkan seribu tanda tanya.

mohd asri zainul abidin interview 231106 pointPantun yang disiarkan di blog beliau (www.drmaza.com) dua hari selepas pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh minggu lalu, antaranya, menyebut:

Anak singa di Pulau Teberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
Eloklah tuan mengundur diri

Dalam pilihanraya yang menjadi tumpuan ramai itu, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat dengan majoriti besar 15,571 undi.

Karya mufti Perlis yang berjudul Pantun ‘Cari Ganti’ bagaimanapun tidak menamakan dengan jelas pemimpin politik yang dimaksudkan ataupun anggota mana-mana parti politik.

Bagaimanapun ia dipercayai merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tulisan sinis Dr Mohd Asri itu boleh mengundang pelbagai reaksi kerana disiarkan ketika pelbagai pihak mendesak Abdullah mengundur diri – antaranya Anwar dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – kerana didakwa tidak mampu mentadbir negara.

Pantun empat kerat itu berlatarkan imej pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Dipelawa jadi calon

Mohd Asri sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembangkang apabila menyertai sebuah forum anjuran Pakatan Rakyat di Kelantan.

pantun mohd asri blog 030908Malah, beliau juga turut dipelawa untuk bertanding atas tiket BN bagi mencabar Anwar di Permatang Pauh.

Dalam rangkap akhir pantun empat kerat itu, mufti muda itu turut meminta pengunduran itu digantikan dengan pemimpin yang “berbudi tinggi”.

Rangkap itu berbunyi:

Pergilah mandi di Titi Tinggi
Jangan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
Bukan perompak ganti pencuri

Rangkap ini juga tidak menyatakan siapakan pengganti yang dimaksudkannya itu.

Bagaimanapun, dua tokoh yang disebut-sebut ingin menggantikan tempat Abdullah termasuklah timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada pertengahan tahun 2010, selain Anwar yang berusaha merebut tampuk kekuasaan menjelang 16 September ini.

Mufti Perlis sering menjadi perhatian media kerana kerap memberikan reaksi dan komen kritis terhadap fenomena politik dan isu-isu semasa.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Asri berkata beliau tidak dapat bercakap panjang kerana ada urusan dan meminta belau dihubungi semula.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat dihubungi kembali setakat ini.