Archive for the Uncategorized Category

IM BACK ON TRACK

Posted in Uncategorized on March 5, 2011 by Immette At-Tibranee

Assalamualaikum….

Hampir 2 tahun saya tidak meyentuh BLOG saya ni memandangkan BZ sikit gan keja… pe pun … Insa’allah… klu di izinkan sy akn sambung balik info2 yg boleh di share bersama… dan klu anda mempunyai apa2 info utk di share…. amat di alukan htr msg kepada sy … dan email kan kepada sy info tersebut… anda boleh menulis apa sahaja … tentang pengalaman, luahan, puisi, politik, ekonomi dll…. so jgn simpan apa yg terbuku dlm hati ye

Terima Kasih

Rakyat redah banjir, pemimpin BN seronok di luar negara

Posted in Uncategorized on September 8, 2008 by Immette At-Tibranee

Kenyataan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi – kerajaan baru 16 September mustahil, manakala Setiausaha Agung Barisan Nasional, Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor pula menyebut tiada Ahli Parlimen yang lompat parti.

Persoalannya apakah kenyataan itu sekadar menutup resah yang sudah berlubuk di hati.

Kalau benar sekali pun telahan Perdana Menteri mengapa pula dalam masa yang sama anggota parlimen BN seperti diheret ke luar negara 7 hingga 19 September ini kononnya mengadakan lawatan sambil belajar dalam bidang pertanian dan pengeluaran makanan.

Mengikut laporan, seramai 49 ahli parlimen BN akan menyertai lawatan sambil belajar ke Taiwan mulai hari ini. Seramai 41 orang sudah berlepas manakala lapan orang lagi dijangka berbuat demikian esok.

Seorang tokoh akademik Dr Abdullah Sudin meluahkan rasa hairan mengapa Kelab Penyokong BN (BN BBC) menggunakan kesempatan sekarang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke luar negara.

“Adalah lebih baik ahli parlimen BN mengambil peluang untuk mendekati rakyat ketika tiada persidangan parlimen sekarang.

“Mereka sepatutnya mengambil peluang mendekati rakyat terutamanya di Kedah dan Pulau Pinang yang sedang meredah banjir sekarang,” kata beliau yang juga bekas pensyarah kanan UiTM.

Selain itu katanya bagi ahli parlimen beragama Islam mereka boleh mengambil peluang bersama rakyat di masjid atau berqiamulai.

Oleh itu tindakan tergesa-gesa itu merupakan satu pembaziran besar duit rakyat mungkin mencecah jutaan ringgit, sedangkan ia sepatutnya diagih kepada rakyat miskin menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Anggota parlimen Ketereh, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, tindakan BN BBC mengadakan lawatan sambil belajar di luar negara dalam bidang pertanian amat tidak munasabah dan kurang rasional.

“Tindakan mereka itu seolah-olah mengakui akan berlaku perubahan tampuk pemerintah negara dalam masa terdekat ini.

“Saya merasa pelik kerana wakil rakyat kerajaan terpaksa lari daripada pembangkang.Ini secara jelas menggambarkan Pakatan Rakyat begitu digeruni mereka,” katanya yang juga Pengerusi KeADILan Kelantan.

Menurutnya pemimpin utama Umno dan BN tidak mampu lagi menyembunyikan perasaan takut kepada kebangkitan rakyat, seolah-olah mereka rimas dengan bayang-bayang sendiri.

“Kalaulah pemimpin BN menganggap hasrat Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan hanya propaganda atau gimik politik, tentunya tidak timbul isu melarikan diri sehingga ke luar negara dalam tempoh begitu lama.

“Sebenarnya pemimpin atasan BN kini sedang membilang hari kerana mereka tahu siapa yang akan meninggalkan parti itu untuk bersama Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Bekas ahli Jawatankuasa Umno Kubang kerian, Ibrahim Mamat berkata, tradisi membela rakyat yang dicanangkan BN selama ini hancur kerana mereka menggunakan begitu besar peruntukan bagi mempertahankan kepentingan peribadi.

“Mereka sekarang seperti orang salah yang sedang menunggu hukuman, jadi mereka tidak dapat tidur lena kerana sering diganggu mimpi buruk,” katanya.

 

( SUMBER : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16853&Itemid=1 )

PM : RAKYAT JGN SALAH TAFSIR KEPUTUSAN PILIHAN RAYA

Posted in Isu Semasa, Uncategorized on August 27, 2008 by Immette At-Tibranee

Keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang dimenangi penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak boleh ditafsirkan sebagai satu trend yang boleh berlaku di kawasan-kawasan lain, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Rabu.

Perdana Menteri berkata Barisan Nasional (BN) yang memenangi 140 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas masih mendapat sokongan kuat daripada rakyat.

“Apa yang berlaku di Permatang Pauh bukanlah sesuatu yang terlalu besar untuk mengubah situasi yang telah pun berlaku pada pilihan raya umum yang lalu.

“Pilihan raya kecil Permatang Pauh hanya satu pilihan raya kecil yang tidak boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang boleh berlaku di kawasan-kawasan lain. Saya percaya kami masih boleh terus mentadbir kerajaan,” kata Abdullah yang juga pengerusi BN kepada pemberita selepas mengucapkan selamat jalan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Lapangan Terbang Senai di sini.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Anwar, Abdullah berkata kemenangan itu sememangnya sudah dijangkakan oleh banyak pihak memandangkan kawasan itu dianggap sebagai kawasan Anwar sejak dahulu lagi.

Katanya walaupun kekalahan itu teruk tetapi calon BN tidak hilang deposit manakala cita-cita Anwar untuk menang dengan majoriti lebih 17,000 undi juga tidak tercapai.

Abdullah juga menolak tanggapan bahawa kemenangan Anwar dipengaruhi oleh propaganda pemimpin parti pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri jika memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Perdana Menteri juga menolak kemungkinan anggota Parlimen BN akan bertindak keluar parti sepertimana yang diuar-uarkan oleh Anwar untuk menyertai pembangkang bagi membentuk kerajaan berikutan kemenangan pemimpin PKR itu.

Abdullah menegaskan perkara paling penting bagi BN ialah menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas.

“Kita mesti meneruskan dan bekerja untuk melaksanakan begitu banyak perkara yang perlu dilaksanakan dan memerlukan perhatian (untuk menyelesaikan) masalah yang timbul berkaitan kenaikan harga minyak dan barangan makanan dan juga isu lain. Isu-isu itu kita perlu selesaikan,” katanya.

Menjawab soalan berkenaan dakwaan kegagalan BN merampas kerusi Permatang Pauh juga berpunca daripada ketiadaan sokongan anggota BN sendiri di kawasan itu, Abdullah berkata setiap pengundi mempunyai sebab masing-masing semasa memilih wakil mereka.

Katanya BN akan menganalisis keputusan pilihan raya kecil itu bagi mengenal pasti kecenderungan pengundi sebelum mengambil langkah sewajarnya untuk menangani isu sebenar yang menjadi punca pengundi menolak BN.

Dipetik daripada:

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=355565

Tuan Guru Nik Aziz hadir program Perakan di Bangi 23 Ogos ini

Posted in Uncategorized on August 21, 2008 by Immette At-Tibranee

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan memeriahkan majlis ‘Bertemu Mata Anak Kelantan’ bersama anak Kelantan di perantauan di Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, 23 Ogos ini. Iklan

Majlis anjuran Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan Malaysia) dengan kerjasama Dun Bangi yang akan bermula jam 9.00 malam itu juga dijangka akan dihadiri Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato� Husam Musa, Abdul Fatah Mahmood dan beberapa kepimpinan utama kerajaan serta pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Menurut Setiausaha Perakan, Ir Hamzah, tujuan majlis tersebut diadakan bagi menjawab isu-isu semasa yang ditimbulkan terhadap kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS, sekaligus mengukuhkan hubungan antara kerajaan negeri Kelantan dengan rakyatnya yang berada di perantauan.

Menurut beliau, para tetamu yang hadir akan berpeluang untuk mengetahui perkembangan semasa politik tanah air terutama isu-isu berkaitan kerajaan Pakatan Rakyat.

�Saya bagi pihak penganjur menyeru orang ramai untuk menghadiri majlis ini bagi memeriahkan suasana, di samping mengikuti pelbagai isu-isu politik semasa yang akan disampaikan oleh Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat � katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung majlis ini, boleh hubungi Ir Hamzah di talian 012-3195435 atau lawati laman web http://www.perakan.org.my

( SUMBER : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016558&Itemid=103 )

Al-kesah kerbau naik ke katil

Posted in Uncategorized on August 8, 2008 by Immette At-Tibranee

Kisah ini telah kita dengar dari zaman berzaman. Datuk kita telah tahu cerita ini. Nenek kita juga telah mendengar cerita ini. Kemudian nenek bercerita kisah yang sama kepada emak kita. Emak kita pula bercerita kepada kita. Kemudian apabila kita masuk sekolah, kita dapat pula membaca cerita yang sama.

CERITANYA: Ada seorang Anak Muda yang telah dipilih oleh orang kampung untuk menjadi Tok Penghulu Baru. Belum pun sempat dia menjadi Tok Penghulu, dia telah menghadapi satu masalah besar. Seekor kerbau jantan di kampungnya telah hilang.

Seluruh kampung menjadi heboh. Kerbau jantan yang hilang ini dimiliki seorang Ibu Tunggal beranak tiga yang tinggal di hujung kampung. Kerbau jantan ini sajalah harta yang telah ditinggalkan oleh arwah suami perempuan ini.

Apabila berita ini tersebar luas, Anak Tok Penghulu Lama bergegas datang ke rumah Ibu Tunggal ini. Dia memberikan beras, gula, garam, kelapa, labu, ikan salai dan sayur bayam sebagai tanda belas kasihan kepada Ibu Tunggal. Dia juga bersumpah akan mencari kerbau jantan yang hilang itu.

Anak Tok Penghulu Lama yang tidak terpilih untuk menjadi Tok Penghulu Baru ini telah menunjukkan rasa kecewa kepada Anak Muda yang bakal menjadi Tok Penghulu Baru kerana gagal menjaga keselamatan kampung. Dia juga berasa kecewa dan marah kepada orang kampung kerana mereka tidak memilih dia sebagai bakal Tok Penghulu Baru.

Anak Tok Penghulu Lama merasakan orang kampung telah salah pilih. Dia berkata, dialah yang paling bijak dalam kampung ini untuk menjadi Tok Penghulu Baru kerana dahulu arwah ayahnya juga seorang Tok Penghulu. Dia juga berasa layak kerana dia memiliki tanah sawah yang luas, banyak ayam itik, lembu dan kambing. Dia juga ramai pengikut yang setia.

Kemudian di hadapan orang-orang kampung, Anak Tok Penghulu Lama ini dengan bangganya telah mengarahkan Dua Budak Suruhan untuk mencari kerbau yang hilang itu. Dia mengarahkan Dua Budak Suruhan ini agar mencari kerbau jantan sampai dapat.
.
Sebenarnya orang kampung tidak memilih Anak Tok Penghulu Lama menjadi Tok Penguhulu Baru kerana orang kampung tidak suka dengan perangainya. Anak Tok Penghulu Lama ini memang betul banyak harta. Memang betul dia banyak ayam itek, lembu dan kambing. Memang betul dia ramai pengikut yang setia. Tetapi tingkah lakunya tidak disukai.

Anak Tok Penghulu Lama ini tidak boleh melihat anak dara atau isteri orang yang berdahi licin – semuanya habis dikebas. Orang kampung juga tahu dia ada menyimpan seorang gundek. Gundek ini disimpan di sebuah pulau. Dia selalu berulang-alik ke pulau itu.

Suatu masa dahulu Anak Tok Penghulu Lama ini telah menceraikan isteri pertamanya. Dia telah menuduh bahawa isteri pertamanya sasau. Tetapi orang kampung tahu isteri pertamanya seorang perempuan yang baik dan tidak sasau. Orang kampung juga tahu, semasa dia menceraikan isterinya, dia sedang gilakan isteri orang.

Mengikut cerita yang empunya cerita, Anak Tok Penghulu Lama ini telah mengarahkan Dua Budak Suruhan untuk menghalau suami perempuan itu pindah ke kampung lain. Apabila si suami telah berpindah, maka dia pun berkahwin dengan Mak Janda itu.

Cerita Anak Tok Penghulu Lama kahwin Mak Janda ini telah cuba disorokkan tetapi semua orang kampung tahu.

Orang-orang kampung sedar tentang perangai buruk Anak Tok Penghulu Lama ini. Hanya penyokong dan pengikut setia Anak Tok Penghulu Lama ini sahaja yang pura-pura buat tidak tahu. Ini kerana mereka ingin mencari makan atau bekerja di sawah milik Anak Tok Penghulu Lama. Kerana itu para pengikut setianya buat-buat pekak badak.

Al-kesah punya kesah – orang-orang kampung pun sibuklah mencari kerbau jantan yang hilang. Anak Muda bakal Tok Penghulu Baru pun turut sama mencari kerbau jantan yang hilang ini.

Dua Budak Suruhan Anak Tok Penghulu Lama berpura-pura berjalan ke serata pelusuk kampung untuk mencari kerbau yang hilang. Sebenarnya mereka tahu di mana kerbau jantan itu disimpan. Ini kerana Dua Budak Suruhan telah mencuri kerbau jantan itu tiga hari dahulu dan menyorokkan kerbau jantan ini dalam gua batu di tepi hutan.

Cerita kerbau jantan yang hilang ini perancangan Anak Tok Penghulu Lama. Dia sedang merancang memalukan Anak Muda yang bakal menjadi Tok Penghulu Baru. Jika Anak Muda ini dapat dimalukan, maka pastilah dia tidak akan diangkat untuk menjadi Tok Penghulu Baru.

Ketika orang kampung sibuk ke hulu ke hilir, Dua Budak Suruhan ini secara senyap-senyap telah mengambil kerbau jantan dari gua batu dan membawanya ke rumah Anak Muda bakal menjadi Tok Penghulu Baru. Kemudian Dua Budak Suruhan ini berlari-lari keliling kampung sambil menjerit-jerit yang kerbau jantan telah dijumpai.

Apabila orang kampung mendengar jeritan ini, mereka kembali berkumpul. Dengan termengah-mengah Dua Budak Suruhan ini telah menerangkan yang kerbau jantan itu telah ditemui. Untuk membuktikan siapakah yang telah mencuri kerbau jantan ini, Dua Budak Suruhan mahu orang kampung datang bersama mereka melihat di mana kerbau jantan ini disorokkan.

Ketika semua ini berlaku, Anak Muda bakal Tok Penghulu Baru masih lagi mencari kerbau jantan bersama beberapa orang kampung. Apabila mereka mendapat tahu yang kerbau ini telah ditemui kembali, maka mereka berasa senang hati dan berundur pulang.

Apabila Anak Muda sampai ke kawasan rumahnya, dia terperanjat kerana orang ramai sedang berkumpul mengelilingi Anak Tok Penghulu Lama. Anak Muda tidak tahu-menahu kenapa orang ramai berkumpul di halaman rumahnya. Dia terperanjat besar apabila terlihat kerbau jantan itu sedang terikat di tangga rumahnya.

Semua orang kampung menjadi hairan dan tertanya-tanya bagaimana kerbau jantan ini terikat di tangga rumah Anak Muda ini kerana ketika mereka lalu-lalang di hadapan rumah ini, mereka tidak melihat pun kerbau jantan itu.

Dengan pantas Dua Budak Suruhan ini menjawab bahawa kerbau jantan ini telah ditemui tersorok di atas katil Anak Muda. Kerbau jantan ini ditemui sedang tidur di atas katil. Kerbau jantan ini telah diselimutkan dengan kain cadar kerana itu orang kampung tidak dapat melihatnya.

Dua Budak Suruhan ini terus menuduh Anak Muda sebagai pencuri kerbau jantan kerana kerbau jantan ini telah ditemui tidur di atas katilnya.

Dengan serta-merta Anak Tok Penghulu Lama bangun bersuara dan meminta agar Anak Muda ini tidak dilantik menjadi Tok Penghulu Baru. Dia mahu Anak Muda ini ditangkap dan dipasung untuk disula.

Pengikut-pengikut setia Anak Tok Penghulu Lama dengan serta-merta menangkap dan mengheret Anak Muda untuk disula. Suasana menjadi tegang. Orang kampung terpinga-pinga apabila mendengar dan melihat semua ini sedang berlaku di hadapan mata mereka.

Tiba-tiba muncul seorang Budak Lelaki bertanya dengan nyaring: Bagaimana kerbau jantan ini dapat naik tangga dan tidur di atas katil itu?

Apabila soalan ini terkeluar dari mulut Budak Lelaki ini, orang-orang kampung pun berpandangan sesama sendiri sambil mengangguk kepala. Orang kampung mula sedar bahawa cerita dari mulut Dua Budak Suruhan ini tidak masuk akal.

Macam mana kerbau boleh naik tangga? Ini betul-betul cerita yang tidak masuk akal.

Orang kampung menjadi marah kerana mereka cuba dibodoh-bodohkan. Mereka melepaskan Anak Muda yang sedang terikat. Kemudian mereka bangun beramai-ramai dan menghambat Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan.

Orang kampung menghambat mereka dengan cangkul dan parang. Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari lintang-pukang meninggalkan kampung.

Mengikut al-kesahnya, Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari dari kampung hingga ke Pekan. Demikianlah kesah cerita turun-temurun yang disampaikan oleh nenek kepada cucu dan cucu kepada cicit. Wallahu a’lam bissawwab.

( SUMBER : http://www.malaysiakini.com/columns/86577 )

Forum ‘memeluk Islam’ undang padah

Posted in Uncategorized on August 8, 2008 by Immette At-Tibranee

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mohd Zahid Hamidi mahu Majlis Peguam menghentikan penganjuran forum awam ‘memeluk Islam’ Sabtu ini kerana ia merupakan isu yang amat sensitif kepada masyarakat Melayu dan Islam yang menjadi penduduk utama negara ini.

Beliau berkata Majlis Peguam tidak seharusnya mencampuri urusan agama Islam, Raja-raja Melayu dan masyarakat Melayu, jika ingin terus dihormati.

Majlis Peguam perlu sedar bahawa Perkara 121 1(A) Perlembagaan Persekutuan yang mengaitkan keagamaan, kaum dan hak Melayu adalah sensitif dan tidak boleh diperbincangkan secara terbuka, kata Zahid dalam laporan Bernama.

Jika majlis itu mahu meneruskannya, kata beliau, mereka memang mengundang padah termasuk kemarahan masyarakat Melayu.

“Walaupun sudah buat pada siri pertama forum Memeluk Islam dan hujung minggu ini siri kedua, saya bagi amaran, majoriti senyap masyarakat Islam di Malaysia belum lagi bangun untuk menyanggah mereka, tetapi jangan suruh kita bangun,” katanya semasa merasmikan Konvensyen Faraid dan Hibah Kebangsaan 2008
di Masjid Wilayah Persekutuan.

Forum awam mengenai memeluk Islam itu, antara lain, dijangka menyentuh peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai Islam yang menetapkan Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat sebarang keputusan melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan umat Islam di negara ini.

Ia juga akan membincangkan keperluan untuk mengkaji semula beberapa kes berkaitan pertukaran agama di negara ini.

‘Akibat sosial, politik’

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Bernama memetik Ahmad Zahid turut memberi amaran yang tindakan Majlis Peguam itu boleh mendatangkan akibat sosial dan politik oleh masyarakat umum.

“Sehubungan itu saya dengan tegas mengingatkan mana-mana kumpulan yang kononnya sedang berusaha keras untuk melakukan “perubahan” kepada minda masyarakat, supaya faham dan sedar dengan hakikat ini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan kini dalam usaha mengembalikan undang-undang Islam sebagai undang-undang asas dan utama bagi umat Islam di Malaysia dengan meninggikan taraf dan kedudukan Mahkamah Syariah dan membebaskannya daripada campurtangan Mahkamah Sivil.

“Begitu juga dalam memperbaiki dan meningkatkan pentadbiran undang-undang Islam di Mahkamah Syariah. Perkara 121 1(A) Perlembagaan Persekutuan memainkan peranan yang penting dalam menjelaskan bidangkuasa Mahkamah Syariah di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata forum awam tersebut Sabtu ini tidak wajar diadakan secara terbuka memandangkan isu agama merupakan perkara sensitif.

‘Lebih baik tertutup’

Katanya, penganjuran forum terbuka seperti itu dikhuatiri boleh menaikkan emosi di kalangan pelbagai pihak yang mungkin merasa apa yang dibincangkan bertentangan pendirian mereka.

Bagaimanapun katanya kerajaan tidak menghalang sebarang bentuk perbincangan diadakan, termasuk berhubung isu agama, tetapi berpandapat ia lebih elok diadakan secara tertutup.

“Saya tidak fikir semua perkara sensitif seperti ini boleh dibincangkan (secara terbuka), lebih elok dibincangkan secara tertutup.

“Kita tidak menghalang sebarang bentuk perbincangan, kerana ia sesuatu yang sihat, tetapi biarlah dibuat secara tertutup,” katanya kepada pemberita di Subang, di Petaling Jaya hari ini ketika diminta mengulas mengenai forum itu yang mendapat tentangan pelbagai pihak.

Ditanya sama ada kerajaan akan menggesa Majlis Peguam membatalkan penganjuran forum itu, Najib berkata: “Tidak tahulah (kerana) mereka (Majlis Peguam) ini ada fikiran sendiri”.

( SUMBER : http://www.malaysiakini.com/news/87417 )

Kemelut Maybank: MSWG anggap Lembaga Pengarah bertanggungjawab

Posted in Uncategorized on August 8, 2008 by Immette At-Tibranee

Bercakap di pelancaran Laporan Analisis Pemegangan Saham bagi 1997-2006 dan Kajian Dividen 2007 (Shareholdings Analysis Report for 1997-2006 and Dividend Survey for 2007) yang diterbitkan oleh Kumpulan Pemerhati Pemegang Saham Minoriti (Minority Shareholders Watchdog Group,MSWG), Ketua Eksekutifnya, Abdul Wahab Jaafar Sidek menganggap lembaga pengarah Malayan Banking Bhd (Maybank) perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap potensi kerugian yang bakal dialami akibat daripada kemelut pengambilalihan sebuah bank di Indonesia kerana tidak ada penilaian risiko jelas dibuat sebelum pembelian berkenaan. Iklan

Menurutnya lagi, potensi kerugian RM480 juta berbangkit dari keputusan pembelian tersebut mewakili kerugian yang bakal dialami oleh pemegang saham.

Katanya,”lembaga pengarah dan mereka yang bertanggungjawab menyediakan terma dan syarat-syarat perjanjian perlu meletakkan jawatan sekiranya ia membawa akibat kepada pemegang saham (Maybank).

“Ini adalah usaha terdesak Bank untuk bermain kejar-mengejar dalam sebutan perluasan luar negaranya, dan ia dilakukan tanpa ‘pemakluman lengkap bertepatan masa’ (due diligence. Potensi kerugian sekiranya urusniaga tersebut berlaku mungkin setinggi RM2.5. Pihak bank pusat tidak boleh dipersalahkan kerana, secara hakiki keputusan untuk meneruskan pengambilalihan tersebut dibuat oleh lembaga pengarah sendiri.”

Dalam pada itu, Wahab juga mempertikaikan kebijaksanaan Maybank dalam membuat keputusan membeli kepentingan bank Indonesia itu dari pelabur luar negara hanya kerana mahu memasuki pasaran Indonesia.

Katanya,”mengapa perlu membeli dalam suasana pasaran kini tatkala pelabur luar negara begitu ghairah untuk menjual?

“Tindakan terburu-buru seperti itu patut dielakkan dan masa yang sesuai untuk sebarang pengambilalihan adalan penting bagi memastikan kepentingan pemegang saham dilindungi,�jelasnya.

Akhbar Harakah print edisi terkini turut melaporkan kisah bagaimana pada Mac lalu Maybank meneruskan cadangan untuk membeli Sorak Holdings Ltd, yang memiliki 55.7% kepentingan dalam Bank Internasional Indonesia (BII) dari Fullerton Financial Holdings Pte Ltd (anak syarikat Temasek Holdings, Singapura) dan Kookmin Bank of Korea dengan harga RM4.8 bilion tunai. Pengambilalihan ini dikatakan dinilai 4.6 kali ganda harga-buku.

Sekiranya pembelian ini berjaya Maybank akan membuat tawaran am bagi membeli baki 44.3% kepentingan dalam BII yang mana akan melibatkan aliran tunai keluar sebanyak RM4 bilion lagi.

Para penganalisis industri menganggarkan kesanggupan Maybank membuat tawaran pada harga RM8.8 bilion adalah kira-kira 20% melebihi nilai pasaran BII.

Nilai buku 4.6 kali ganda pula adalah dua kali ganda nilai taksiran purata bank Indonesia yang tersenarai.

( SUMBER : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16267&Itemid=1 )

Isu Ekonomi: Siapa Hendak Kita Percaya?

Posted in Uncategorized on August 7, 2008 by Immette At-Tibranee

KALAU kita sudah puas atau sudah jemu dengan cerita bunuh, liwat, lewat, akuan bersumpah, tangkapan ala-Swat dan macam-macam lagi cerita sensasi, elok kalau kita kembali ke alam nyata.

Alam yang penuh dengan sungutan dan rungutan. Alam yang dihuni manusia yang resah, gelisah, susah dan menyampah dengan ekonomi yang terumbang ambing dan janji-janji yang dimungkiri.

Janji sebuah negara yang sejahtera, aman dan makmur seperti diuar-uarkan di dalam manifesto Barisan Nasional pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. Negara cemerlang, gemilang, terbilang yang suatu masa dulu didendangkan.

Siapa yang hendak kita percaya? Rakyat jelata yang berkata mereka semakin menderita? Para pembesar pemerintah yang mendakwa semuanya terkawal dan terjaga? Pembangkang yang menuduh kerajaan lemah, rasuah dan tidak berdaya? Atau ramalan pesimis para pakar ekonomi dan penganalisis?

Mari kita pertimbangkan fakta berikut:

1. Pada 2 Julai, akhbar New Straits Times memetik Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, sebagai meramalkan kemungkinan pertumbuhan ekonomi negara tahun ini jatuh di bawah paras 5 peratus;

2. Dia meramalkan inflasi bulan lalu (Jun) melonjak naik pada kadar 6-7 peratus akibat kenaikan harga minyak berbanding inflasi bulan Mei pada kadar 3.8 peratus;

3. Beberapa hari kemudian, Reuters memetik Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai berkata ekonomi masih boleh berkembang pada kadar 5 peratus kerana fundamental ekonomi kukuh;

4. Pada 18 Julai, akhbar The Sun memetik Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (Mier), Prof. Emeritus Dr Mohamed Ariff, sebagai berkata bahawa MIER telah menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi daripada 5.4 peratus kepada 4.6 peratus;

5. Firma penyelidikan pasaran modal, CIMB Research melaporkan bahawa pelabur asing telah membuat penjualan besar-besaran menyebabkan harga saham-saham kegemaran pelabur asing seperti MRCB, Gamuda, Air Asia, Media Prima, Bursa Malaysia, Resort World, IJM Corp., SP Setia dan UM Land jatuh hingga 57 peratus di Bursa Malaysia sepanjang separuh pertama tahun ini;

6. Seorang billionaire Cina yang menerajui sebuah syarikat papan pertama Bursa Malaysia menyokong jadual peralihan kuasa Abdullah-Mohd Najib tetapi bimbang dalam tempoh itu ekonomi negara akan mengalami penguncupan (recession) kerana kurang perancangan yang meyakinkan;

7. Seorang usahawan Cina mahu Umno segera pulih di bawah kepemimpinan yang lebih berwibawa dan diyakini pelabur;

8. Seorang tauke Cina yang menerajui sebuah syarikat pembinaan papan pertama Bursa Malaysia meramalkan 60 hingga 70 peratus kontrak kecil sudah dimungkiri (defaulted) kerana kos pembinaan yang melambung dan permintaan ke atas hartanah yang merosot; dan

9. Media massa arus perdana yang patuh kepada pemerintah sendiri telah mula menyiarkan secara terbuka berita penderitaan rakyat jelata akibat kenaikan harga minyak dan kos sara hidup.

Nampaknya rakyat jelata tidak ada pilihan selain mencuba sebaik yang mungkin untuk mengekalkan produktiviti dan mata pencarian, berjimat cermat dan menunggu kemunculan kepemimpinan yang lebih cekap dan diyakini selepas era Abdullah.

Ini semua, tidak dapat tidak akan membawa kita kembali kepada kepemimpinan politik, khasnya kepada kemampuan kerajaan mengurus ekonomi dalam krisis dan menjana keyakinan pelabur serta pengguna.

Seorang pembesar politik negara pernah membuat kenyataan berikut dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia Rosnah Majid (sekarang Datuk) yang disiarkan pada 20 Mei, 1984:

“Nasib seorang ahli politik banyak bergantung kepada orang suka kepada kita ataupun sebaliknya. Kedudukan dalam politik sentiasa bergantung kepada sokongan. Ahli politik tidak dapat berbuat apa-apa tanpa sokongan. Inilah hakikatnya.”

Pembesar itu tidak lain tidak bukan adalah Abdullah Ahmad Badawi. (Sila rujuk buku “Koleksi Temuramah Khas Tokoh-Tokoh” karya Rosnah Majid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.).

Anekdot: Sebuah cawangan Umno di dalam bahagian Kuantan mencalonkan Mohd Najib Abdul Razak untuk bertanding jawatan Presiden Umno. Adakah ini riak di permukaan tasik yang damai abadi atau permulaan kepada badai tsunami di permukaan lautan yang bergelora?

Pembetulan[21 Julai]: Cawangan Umno yang dimaksudkan adalah di dalam bahagian Pekan dan bukan Kuantan.

 

 

( SUMBER : http://kadirjasin.blogspot.com/ )

Kisah Orang Tua Yang Marah

Posted in Uncategorized on August 7, 2008 by Immette At-Tibranee

DENGAN izin dan permohonan maaf, saya ingin menulis sesuatu yang peribadi kali ini iaitu mengenai ayah saya.

Saya pernah sekali sekala dan sepintas lalu menyebut mengenai beliau dalam tulisan-tulisan saya sebagai lulusan darjah empat sekolah Melayu dan lebai pondok yang berfikiran terbuka.

Saya terfikir dan berasa perlu menyebut mengenai beliau kerana pada usia 84 dia tiba-tiba melalui satu lagi transformasi – dia menjadi “seorang tua yang berang” – an angry old man.

“Kita orang kampung ni nak beli ikan temenung pun fikir dua kali. Semua harga dah naik. Ni pemimpin Umno dok berebut beli kereta mahal,” katanya dua hari lalu.

(Dia bercakap loghat Kedah yang saya bakukan untuk mudah difahami. Kereta mewah yang dimaksudkan itu adalah pembelian kereta Mercedes E200 oleh kerajaan Barisan Nasional Terengganu yang dibangkang oleh kerajaaan BN pusat. Ikan temenung adalah ikan kembung dalam loghat Utara.)

Kebetulan ketika dia sedang membaca berita itu dari akhbar Utusan Malaysia, adik lelakinya datang berkunjung ditemani isteri dan menantunya. Tambah rancaklah ayah saya berhujah kerana adiknya itu adalah “musuh politiknya” sejak berdekad.

Sehingga beberapa tahun lalu, Umno adalah perjuangan hidup mati ayah saya. Bagi adiknya, Pak Su Salleh, pula Pas adalah darah dagingnya.

Tetapi dek kerana mereka adalah dua orang daripada 16 orang anak Penghulu Tahir, Tobiar yang “paling tinggi” pendidikan, maka mereka tidak bergaduh, pulau-memulau atau menuduh sesiapa kafir kerana ideologi pilitik.

“Aku tegah depa bayar yuran. Aku tak mahu jadi ahli Umno lagi. Biar m—-s pi,” katanya merujuk kepada yuran tahunan keahlian Umno.

Pak Su Salleh yang juga lebai pondok yang berguru hingga ke Kelantan adalah pemimpin tempatan Pas dan kawan akrab Allahyarham Fadzil Noor, bekas Presiden Pas dan Ahli Parlimen Pendang.

“Aku pun dah serah balik senapang aku,” katanya dalam nada sedih campur marah.

Senapang patah yang sudah tua itu adalah simbol patriotisme dan perjuangan ayah saya. Ia diperoleh pada tahun 1948 ketika dia menjadi anggota Home Guard kampung Tanah Merah, Pendang.

Home Guard ditubuhkan oleh British sebagai barisan pertahanan akar umbi dalam usaha memerangi gerakan bersenjata Partai Komunis Malaya (PKM) ketika darurat 1948-1960.

Penyerahan kembali senapang patah itu adalah simbol protes beliau terhadap apa yang dilihatnya sebagai ketidakpedulian pemerintah terhadap rakyat jelata dan penyimpangan perjuangan Umno.

Perjuangannya, kata ayah, sudah tidak bererti lagi apabila para pembesar hanya mementingkan diri, kaum keluarga, sahabat handai dan kroni. (Istilah kroni itu dipelajarinya daripada media massa arus perdana yang menjadi sumber maklumatnya.)

Begitu marah dia dengan pembesar Umno sehingga dia tidak pun berasa hampa apabila Umno kalah teruk dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu dan Kedah jatuh ke tangan Pas.

“Tak pa, Pas pun Paslah,” katanya kepada saya kali pertama saya pulang menemuinya selepas pilihan raya lalu.

Tak pa (tidak mengapa), katanya, kerana orang Pas tak sombong macam dulu lagi dan Ustaz Azizan Abdul Razak (Menteri Besar) pun bagus.

Pada pilihan raya itu, buat kali pertama, dia tidak “mewajibkan” anak menantunya keluar mengundi. Sebelum itu, balik kampung, keluar mengundi dan memangkah BN adalah kemestian bagi anak menantu Haji Jasin bin Tahir.

Dia berkata kepada adiknya: “Allah Taala hantar Jepun mai ke Malaya untuk naikkan semangat orang Melayu. Orang Melayu berjuang mati-matian tuntut merdeka. Hari ini depa hancurkan bangsa. Allah Taala turunkan bala.”

Dia membuat kesimpulan berikut:-

1. Pemimpin Umno lama yang berpendidikan dan dari latar belakang keluarga yang berada adalah lebih komited kepada perjuangan dan tidak terlalu bermata duitan; dan

2. Pemimpin generasi baru dari latar belakang yang miskin atau sederhana kurang semangat perjuangan dan mudah terpedaya oleh wang ringgit.

Orang tua Umno yang marah ini pernah menjadi ahli jawatankuasa bahagian pada tahun 1960an dan 1970an, dan berkali-kali memikul gulungan tikar dan bantal untuk menghadiri perhimpunan agung Umno di Kuala Lumpur.

Salah satu punca orang tua Umno ini terus marah adalah kerana dia terus membaca akhbar pilihannya, Utusan Malaysia. Setiap pagi selepas membaca akhbar itu, kemarahannya berulang semula.

Untuk berita TV dia menonton TV9 dan mengisi lebihan masanya dengan mendengar bacaan al-Quran oleh imam-iman Masjid Makkah dan Madinah dari cakera padat.

Minta maaf kalau cerita ayah saya ini tidak relevan buat saudara dan saudari dan membosankan. Tetapi saya berasa terhutang budi untuk menceritakan keluh kesah seorang tua yang sepanjang usianya komited kepada perjuangan.

Nota kaki: Hanya orang yang dangkal (dan tamak) sahaja akan membandingkan prestasi Mercedes E200 dengan Proton Perdana dan kemelut Mercedes lwn Proton ini adalah satu lagi petanda (symptom) kerajaan yang hilang kawalan dan tidak boleh dikawal. Suatu lagi kejadian yang menghina rakyat jelata yang dilanda inflasi dan kenaikan harga.

 

( SUMBER : http://kadirjasin.blogspot.com/ )

PULAU BATU PUTIH AND TERRITORIAL WATERS

Posted in Uncategorized on August 7, 2008 by Immette At-Tibranee

(Versi Bahasa Malaysia di akhir artikel ini)

1. We had expected the International Court of Justice to declare that Pulau Batu Putih is ours, together with South Ledge and Middle Rocks.

2. But the decision of the Court left me flabbergasted. On the one hand Pulau Batu Putih which is nearer Malaysia and very much farther from Singapore is awarded to Singapore while the two rocks which are part of the same shoal and further away from Malaysia than Pulau Batu Putih are awarded to Malaysia.

3. No decision was made as to the marine boundary. It must be assumed that the shoals are in Malaysian territorial waters, since the decision to give Pulau Batu Putih to Singapore is based on some obscure letter written by a minor Johor official while under British rule to a British official in Singapore. Rightly it should have been sanctioned and written under the authority of the Sultan in Council.

4. In any case the sea between Pulau Batu Putih and the two rocks had not been raised by Singapore at the International Court. Its claim was only on Pulau Batu Putih and the Court had awarded the “Pulau” to Singapore. The sea is a different matter.

5. The claim by Singapore that the sea belongs to Singapore is simply because the present Malaysian Government has always been ready to entertain any claim by Singapore no matter how ridiculous it may be. Thus the Malaysian Government has agreed that it has no right to touch the Causeway even on its side of the Strait of Tebrau unless it obtains the permission of the Singapore Government.

6. The first reaction against Singapore’s new claim came from the Malaysian Foreign Minister. There is no certainty that the Prime Minister might not reverse the stand taken by his Foreign Minister.

7. We have seen this before. When the Deputy Prime Minister said publicly that we would go ahead with the scenic bridge, he was made to look silly a few days later when the Prime Minister said we will not build the bridge at all, neither straight nor crooked.

8. To emphasise his ever-willing submission to Singapore, the Prime Minister ordered the Foreign Minister to inform the Minister Mentor of Singapore that Malaysia will not build any bridge. Why we have to inform Singapore about our decision is something I just cannot understand.

9. In the South China Sea we built an island out of Terumbu (reef) Layang Layang. From the picture I see of the two rocks retained by us, it is entirely possible for them to be reclaimed and joined together. We could then have a proper island there just as Singapore had built up Pulau Batu Putih to accommodate security personnel.

10. There is nothing in any agreement with Singapore or in the decision of the International Court to prevent us from doing this. The decision is entirely ours to make.

11. I will not make a guess as to what will happen.

*****

PULAU BATU PUTIH DAN KAWASAN PERAIRAN

1. Kita menjangkakan yang Mahkamah Keadilan Antarabangsa akan mengisytiharkan Pulau Batu Putih sebagai hak kita, termasuk South Ledge dan Middle Rocks.

2. Tetapi keputusan Mahkamah tersebut mengejutkan saya. Pulau Batu Putih yang lebih hampir pada Malaysia tetapi amat jauh dari Singapura diserahkan kepada Singapura manakala dua tunggul batu yang merupakan sebahagian daripada terumbu yang sama tetapi lebih jauh daripada Malaysia jika dibandingkan Pulau Batu Putih diserahkan kepada Malaysia.

3. Tiada keputusan dibuat tentang persempadanan perairan. Tetapi kita boleh anggap yang terumbu tersebut berada di dalam perairan Malaysia kerana keputusan untuk serahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura didasarkan kepada satu surat yang ditulis pegawai rendah Johor semasa di bawah jajahan British kepada pegawai British di Singapura. Sepatutnya ianya hendaklah dititah dan ditulis di bawah kuasa Sultan.

4. Apa pun soal perairan di antara Pulau Batu Putih dan batu-batu tersebut tidak dibangkitkan Singapura di Mahkamah Antarabangsa. Tuntutannya hanyalah ke atas Pulau Batu Putih dan Mahkamah telahpun menyerahkan “Pulau” ini kepada Singapura. Perairan merupakan hal lain sama sekali.

5. Dakwaan Singapura bahawa perairan sekeliling adalah haknya ialah kerana Kerajaan Malaysia sekarang sentiasa bersedia untuk melayan apa sahaja tuntutan Singapura walaupun ianya tidak masuk akal sama sekali. Demikian Kerajaan Malaysia telah putuskan yang ianya tidak mempunyai hak untuk menyentuh tambak Johor walaupun di kawasan sebelahnya di Selat Tebrau kecuali terlebih dahulu mendapat kelulusan Kerajaan Singapura.

6. Reaksi pertama berkenaan tuntutan Singapura yang baru ini datang daripada Menteri Luar Malaysia. Tidak ada kepastian yang Perdana Menteri tidak akan mematah balik pendirian yang telah diambil Menteri Luarnya.

7. Ini pernah berlaku. Apabila Timbalan Perdana Menteri umum kita akan teruskan pembinaan jambatan indah (bengkok), beliau telah diperbodohkan bila selang beberapa hari Perdana Menteri berkata yang kita tidak akan bina langsung jambatan samada bengkok mahupun lurus.

8. Untuk menekankan lagi kesediaannya untuk tunduk kepada Singapura, Perdana Menteri telah arahkan Menteri Luar untuk memaklumkan Menteri Mentor Singapura bahawa Malaysia tidak akan bina apa-apa jambatan. Kenapa kita harus maklumkan kepada Singapura tentang keputusan kita dalam Negara kita adalah sesuatu yang saya tidak dapat faham.

9. Di Laut China Selatan kita telah bina sebuah pulau daripada bahan Terumbu Layang-Layang. Apa yang saya lihat daripada gambar batu-batu yang diserah kepada kita, ianya boleh ditambak dan disatukan. Kita boleh adakan sebuah pulau yang sempurna sebagaimana Singapura membina Pulau Batu Putih untuk menempatkan pasukan keselamatan.

10. Tidak ada apa-apa di dalam perjanjian dengan Singapura mahupun di dalam keputusan Mahkamah Antarabangsa yang menghindarkan kita daripada membuat tebusguna ini. Keputusan terletak atas bahu kita semata-mata.

11. Saya tak akan cuba meneka apa yang akan diputuskan (oleh Kerajaan kita).

( SUMBER : http://test.chedet.com/che_det/2008/07/pulau-batu-putih-and-territior.html )