Archive for the Sosial Category

new me and my self

Posted in Renungan, Sosial, Tauladan on March 10, 2011 by Immette At-Tibranee

Assalamualaikum….

termenung panjang gak aku nk menulis ari ni … nk tulis tentang apa … so bila dok termenung panjang tu… hehehe terasa nk menulis tentang kehidupan baru aku di kota bharu / kelantan .

yeah … memang mencabar, sblm ni aku jarang balik kelantan, selalu dok KL je … hampir 14 thn gak aku dok KL rupanya.. dr KLCC tak naik hingga dah timbul Pavillion hehehehe… tempat hang out paling PANAS kat kl skg ni… but than … pd aku.. tak de apa pun kat PV tu… semuanya sama je.. maybe sbb opis aku dekat gan PV kot.. so dah jemu tgk ari2…

so keputusan aku utk balik keja n tinggal kat kelantan ni membuat kwn2 aku semua mcm tak percaya.. even masa interview keja pun dia org berkali2 tanya aku betul ke nk keja ni??? hahahah smpi aku penat nk jwb … but than … aku dpt keja sini .. so dah hampir 2 bulan keja dah…

mmg kehidupan aku kat kelate ni … emmm mcm membosankan sikit .. but i like it .. sbb tak pening kepala dgn jem n parking etc… skg ni aman damai kehidupan aku… dah tak pening gan kesibukan kota… dr umah nk pi keja pun naik motor je.. 5minit je masanya.. hahahah mmg havent sgt

kwn… emmm leh bilang gan jari member kat kelate ni… hehehe mmg aku tak de kwn .. so byk dok umah je lah.. klu busan layan la blog .. baca apa2 yg patut…. pe pun .. kehidupan mesti di terusan …

KEMBALI KEPANGKAL JALAN

Posted in Isu Semasa, Renungan, Sosial, Tauladan on March 8, 2011 by Immette At-Tibranee

Assalamualaikum ….

Emm… rasanya tajuk kat atas tu terlalu luas utk aku huraikan … aku akn cuba huraikan setakat amna yg aku mampu… but than its all about my self.. aku tak nk ceta pasal org lain..

Selama 14thn aku dok KL… emmm mcm2 kehidupan aku temui… tahun pertama .. merupakan tahun yg penuh mencabar utk aku .. sbbnya SLANG KELANTAN AKU SUSAH NK ILANG hahaha… but than lama2 dah ok sikit lah.

berbalik kepada tajuk di atas … mmg kehidupan di kota besar… menguji keimanan kita.. kat mana kita nk letak dan bawa diri kita … itu terpulang kepada individu masing2. Alhamdulillah…. aku mempunyai pendirian yg cukup kuat utk menahan godaan sosial di KL… No arak.. No dadah aku sentuh selama ku di KL… budaya lepak di shopping complek tidak menjadi budaya bagi aku… banyak masa aku suka berada di rumah… tgk TV, baca Paper ( sinar harian, the star & harakah ) lain2 paper… hahah no way.. semuanya info sampah. makin serabut bila baca paper tersebut..

kekdg aku sedey tgk ramai kwn2 aku dan manusia di sekeliling terlalu gelojoh mengejar budaya songsang & barat kononnya … tak modern la klu dok ikut budaya melayu & tempatan … hahah well… itu lah mentaliti org melayu & rakyat malaysia … aku pernah travel ke beberapa negara sblm ni… dah mcm2 budaya aku jumpa.. tp mereka tetap teguh dengan budaya mereka .. dan identiti mereka… yg bestnya .. bila aku naik kapal terbang Thahiti Airline … crew dia org pakai baju bunga2 ( mcm hawai ) dan dengan selipar je… is cukup utk aku buat tersenyum… yg membanggakan aku… mereka menang beberapa anugerah … so salah bg mereka yg mengagongkan budaya barat klu mengatakan kita tak berjaya klu dok pakai budaya tempatan … dan tak akan maju… jepun & china … meraka menjadi gergasi ekonomi dunia … tanpa perlu mengubah budaya n bahasa mereka…

Program Ihya Ramadhan Satu Lagi Keunikan Kelantan

Posted in Isu Agama, Isu Semasa, Renungan, Sosial on September 9, 2008 by Immette At-Tibranee

NEGERI Kelantan Darul Naim penuh dengan berbagai keunikan. Keunikan itulah menyebabkan Kelantan berbeza dan dilihat istimewa berbanding dengan negeri-negeri lain. Adakalanya keunikan itu cuba ditiru atau dikorbankopi oleh negeri-negeri lain tetapi tidak menjadi.

Keunikan itu bukan saja peninggalan generasi yang terdahulu, namun keunikan itu juga adalah hasil kreatif, atau pun dihasilkan oleh pemimpin dan masyarakat terkemudian. Ini menggambarkan rakyat Kelantan kreatif dan inovatif dalam mencipta keunikan yang menempati pula dengan budaya dan pegangan hidupnya (agama).

Ia bukan saja unik kerana memiliki kekayaan dari segi kesenian dan kebudayaan, tetapi dari segi pratikal Islamnya. Kerana keunikan itulah juga maka Kelantan dikenali dengan nama Serambi Makkah. Nama jolokan yang diberikan sejak hampir 100 tahun itu kekal sehingga ke hari ini.

Menarik dan mengkagumkan jolokan itu kekal pada Kelantan seperti mana utuhnya mutu logam emas yang tidak pernah terhakis dan mengalami penurunan nilai harganya. Dalam keadaan apa pun emas itu tetap mahal, maka seperti itulah juga “keistimewaan’ yang menjadi milik Kelantan itu.

Misalnya, kemunculan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Kelantan bermula tahun 1990 memberi satu lagi keunikan tersendiri kepada Kelantan. Kelantan muncul sebagai negeri pertama berMenteri Besarkan seorang tok guru bertitlekan ulamak. Kebanyakan menteri-menteri besar di negeri lain berkelulusan akademik atau sekular.


Kehadirannya (Nik Aziz) memberi sumbangan dan kesenimbungan kepada kerja-kerja mengagungkan Islam dan sekaligus mencatatkkan satu lagi keunikan di Kelantan.

Salah satu antara beberapa keunikan idea dan pendekatan pentadbiran Tok Guru Nik Aziz yang sangat terasa ialah mengenai kewujudan program Ihya Ramdhan yang kini sudah menjadi sebutan dan kebanggaan rakyat Kelantan sendiri kerana ianya wujud di Kelantan saja.

Ihya Ramdhan yang menganjurkan program solat Terawih di bawah khemah ala-ala di Arafah di musim haji diadakan di tengah-tengah bandar Kota Baru. Ianya dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang dibawah tanggungjawab Exco Takiyuddin Hassan.

Program ini mula diwujudkan pada Ramadhan 1415 (1994) dan kini sudah berusia 14 tahun. Ia adalah idea Nik Aziz. Dari program ini menunjukkan betapa bersungguh dan seriusnya Nik Aziz dalam mengembangkan syiar Islam di Kelantan dan mengekalkan Kelantan sebagai negeri Serambi Makkah.

Tujuan program ini diwujudkan ialah untuk menyemarakan suasana Ramadhan yang mahu jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan penuh dengan kebajikan dan amal ibdat. Sejarah awalnya atau tapak program ini ialah berhampiran setsen bas di tengah bandar Kota Bharu. Sebuah khemah khas seluas 12’ x 18’ didirikan di situ.

Mulanya ia lebih untuk memberi kemudahan dan menyediakan tempat berbuka (juadah dan morel) dan solat Terawih kepada para peniaga, pemandu teksi, pengayuh beca yang tidak sempat pulang ke rumah dan juga kepada para musafir yang tidak sempat ke masjid.

Peringat awal program ini diperkenalkan ia diketawakan oleh pihak tertentu dan menuduh ia adalah projek politik Pas. Pas dikatakan hendak menunjuk-nunjuk dengan program Islamnya.

Namun cemuhan itu tidak dipedulikan. Program itu terus dijalankan. Dari setahun ke setahun ia mendapat sambutan. Dari sebuah khemah kecil kini terpaksa dibangunkan khemah yang berkali ganda besarnya dan tapaknya kini sudah berubah ke pekarangan stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Prasarananya kini juga lebih selesa, menarik dan meriah apabila ia dijadikan Qaryah Ramadhan atau perkampungan Ramadhan.

Di perkampungan berkenaan programnya bukan saja lagi setakat mengerjakan solat sunat Terawih tetapi di situlah juga menjadi medium perhubungan ukhwah dan persaudaraan baik sesama muslim atau pun dengan bukan muslim apapbila majlis melibatkan bukan Muslim juga turut sama diadakan.

Sesungguhnya program Ihya Ramdhan yang dipenuhi dengan segala macam menu itu sesuatu yang unik dan menarik. Progam itu kini telah dimasukkan ke dalam kelendar Tahun Melawat Kelantan 2008, ini menyebabkan pelancung yang datang ke Kelantan bukan saja untuk membeli belah, melihat alam dan sosialnya yang berbeza namun turut sama beribadat.

Jelas sekali pihak Umno tidak dapat menyelami maksud serapang dua mata Nik Aziz dalam mengadakan program berkenaan. Di samping untuk mengimarakkan Ramdhan program itu juga menjadi medium untuk berdakwah, menyelesaikan tanggungjawab sebagai khalifah yang cukup efektik.

Kini terbukti program itu berjaya dan mendapat sambutan. Setiap malam lebih 1,500 orang datang berjemaah di khemah Terawih itu. Adakalanya khemah yang mampu memuatkan 1,200 jemah sekaligus itu melimpah keluar dan terpakasa didirikan khemah tambahan.

Mereka yang datang pula bukan saja dari segenap daerah di Kelantan tetapi ada yang datang dari luar termasuk Kuala Lumpur dan Singapura, mereka datang khas untuk sama-sama merasai kenikmatan mendirikan solat sunat Terwaih di situ dengan membawa keluarga masing-masing.

Disebabkan keunikan program itu begitu ketara sekali dan ia dapat menjadi medium membentuk ukhwah sesama manusia termasuk dengan bukan Islam adalah elok kalau negeri-negeri lain juga turut sama mengadakan program berkenaan. Atau kalau perlu program Ihya Ramdhan yang diilhamkan oleh Kelantan itu dijadikan prgoram diperingkat nasional.

Daripada menganjurkan tilwalah membaca al-Quran yang menelan belanja berjuta ringgit pada setiap tahun tapi kesannya tidak seberapa, rasanya elok kalau dibelanjakan wang itu untuk mengadakan program Ihya Ramdhan itu.

Adalah elok kalau pegawai Jabatan Islam Malaysia (Jakim) dan juga Pegawai-Pegawai Jabatan Agam Islam Negeri-Negeri atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sendiri datang melihat bagaimana program itu berjalan kemudian mengkajinya untuk diangkat menjadi progam peringkat kebanggaan dengan beberapa pindaan dan ubahsuai mana-mana yang patut.

 

( SUMBER : http://msomelayu.blogspot.com/ )

Pak Samad Ismail meninggal dunia

Posted in Isu Semasa, Sosial on September 4, 2008 by Immette At-Tibranee

kemaskini 6:50pm Tokoh Kewartawanan Negara Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia kira-kira 5.58 petang tadi di Pusat Perubatan Pantai selepas menghadapi jangkitan paru-paru penghujung bulan lalu.

Kesihatan keadaan allahyarham semakin merosot hari ini, dengan buah pinggangnya sangat lemah, kata anaknya Nuraina.

“Keadaannya tidak bagus langsung, walaupun mesin dialisis sudah dipasang ia tidak menunjukkan perubahan.

“Malah doktor memberitahu buah pinggang ayah sangat lemah ketika ini dan hari ini doktor akan melakukan dialisis lagi untuk melihat perkembangan seterusnya,” katanya tengah hari tadi.
    
samad ismail died past away al fatihah 040908Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Pantai pada 25 Ogos lalu akibat jangkitan paru-paru.
    
Keadaan kesihatan beliau, yang juga mesra dengan panggilan Pak Samad, menunjukkan kemajuan pada peringkat awal sebelum kembali tenat sejak Sabtu lepas setelah masalah jangkitan paru-parunya merebak ke organ lain.

Jenazah beliau akan disemadikan di perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat, esok.

Pak Samad, dilahirkan di Geylang, Singapura pada 18 April 1924. Beliau menamatkan persekolahan Senior Cambridge pada 1940.

Pak Samad mula menempuh alam pekerjaan dengan Utusan Melayu ketika berusia 16 tahun, kemudian sebagai pengarang Berita Malai (1944) pada zaman Jepun sewaktu berusia 20 tahun.

Pada 1946, beliau dilantik sebagai penolong pengarang, Utusan Melayu. Beliau juga pernah bertugas sebagai wakil Utusan Melayu di Jakarta.

Pada 1959, Pak Samad dilantik sebagai pengarang pertama akhbar Berita Harian, sebelum menjadi pengarang urusan bagi kumpulan akhbar The New Straits Times (1974).

Pada 1984, Pak Samad dilantik sebagai penasihat jabatan pengarang bagi kumpulan akhbar berkenaan sehingga beliau bersara pada 1988.
 
Pak Samad aktif dalam pergerakan politik. Pada 1947, bersama-sama Abdul Aziz Ishak, beliau menubuhkan Gerakan Angkatan Muda (Geram). Penubuhan itu menjadi anggota Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) bawah pimpinan Dr Buhanuddin Al-Helmi dan All-Malayan Council of Joint Action (AMCJA) di bawah pimpinan Tan Cheng Lock.

Pak Samad juga terbabit dalaqm pakatan Anti-British League bersama-sama PB Sharma, JJ Putucheary, Devan Nair dan John Eber.

Beliau pernah ditangkap dua kali di Singapura oleh pemerintah British (1946 dan 1951). Ekoran daripada Peristiwa Natrah pada 1951, beliau dipenjarakan di Pulau Sekinchan kerana dituduh sebagai penghasut yang menyebabkan peristiwa perkauman.

Pada 1976, Pak Samad ditangkap lagi, tetapi kali ini oleh kerajaan Malaysia, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh bersimpati dengan komunis.

Beliau dibebaskan pada 1981 oleh pentadbiran Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih pentadbiran daripada Tun Hussein Onn (yang memenjarakan Pak Samad).

Pak Samad turut menyertai rombongan “Malaysia Merdeka” yang pertama ke London (1953). Pembabitan Pak Samad dalam politik secara aktif bermula pada pertengahan dekad 1950-an apabila beliau turut terbabit dalam penubuhan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura pada 1954.

Beliau kemudian menyertai dan memimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) Singapura pada 1958.

Pak Samad menceburi bidang penulisan kreatif sejak zaman pemerintahan Jepun. Cerpen ciptaan awalnya terkumpul dalam antologi seperti Mekar dan Segar (1959) dan Karangan Bunga Dari Selatan (1963).

Cerpen yang ditulis pada dekad 1960-an dan belum pernah tersiar sebelum itu, akhirnya dikumpulkan dalam dua kumpulan persendiriannya yang berjudul Temasya Tinta (1967) dan Mastura (1967).

Antara 1966 hingga 1975, Pak Samad menghasilkan 11 buah novel dan empat buku bimbingan penulis dan wartawan. Antara novel yang dihasilkannya ialah Patah Sayap Terbang Jua (1966), Tembok Tidak Tinggi (1967), Kail Panjang Sejengkal (1967), Detik-Detik Cemas (1969), Hussen Zet (1960) dan Sutinah (1975).

Buku lain termasuklah Mengasah Bakat (1966), Kursus Wartawan (1966), Bimbingan Penulis (1967) dan Memoir A Samad Ismail di Singapura (1993).

Sebagai seorang aktivis bahasa dan budaya, Samad turut menyarankan peningkatan penggunaan bahasa Melayu dan di kemuncak perjuangannya, beliau menyokong penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mula dicetuskan pada 1968.

Selaras dengan perjuangannya dalam bidang sastera, beliau menjadi pengasas Angkatan Sastewawan 50 (Asas 50) di Singapura dan Persatuan Penulis Nasional (Pena) di Kuala Lumpur.

Pada 1971, Pak Samad dilantik sebagai ahli panel Hadiah Karya Sastera anjuran kerajaan. Pada 1974, Pak Samad menerima Anugerah Ramon Magsaysay.

Pada 1976, Kerajaan Malaysia menganugerahkan Hadiah Pejuang Sastera kepada Pak Samad di atas jasa dan sumbangannya dalam bidang penulisan.

Pada 1987, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh UKM, sementara Institut Akhbar Malaysia (IAM) memberikannya gelaran Tokoh Wartawan Negara.

Tan Sri Samad dilantik sebagai Karyawan Tamu selama dua tahun di UKM (1991-1993). Kemudian mulai Oktober 1993, beliau menjadi Karyawan Tamu di Jabatan Penulisan Universiti Malaya.

Sejak 1992, Pak Samad dilantik sbeagai pengerusi Panel Menggubal Dasar Komunikasi Negara. Pada tahun itu beliau dianugerahi darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri.

Akta Pekerja 1955 hanya kayakan majikan – MTUC

Posted in Isu Semasa, Renungan, Sosial on September 4, 2008 by Immette At-Tibranee

Akta Kerja tahun 1955 merupakan ‘akta kuno’ yang masih digunapakai di negara ini kononya untuk melindungi para pekerja tetapi sebenarnya memperkayakan majikan, kata Naib Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), Abdul Razak Hamid.

Akta itu katanya, hanya mengandungi faedah minima yang khusus untuk kerja lebih masa, cuti tahun, cuti bersalin dan lain sedangkan untuk mengwujudkan kesatuan bagi faedah sesama pekerja dihalang.

“Akta Kerja tahun 1955 tidak boleh pakai lagi dan patut ditukar dengan akta yang lebih bagus dan bermanafaat pada pekerja. Itu akta penjajah yang dah kuno.Dah tak releven dipakai oleh negara sekarang, ” katanya dalam program Wacana Pekerja Industri yang diadakan di Dewan Komplek Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini.

Pihak majikan tidak berpuas hati sekiranya akta pekerja itu diubah atau digubalkan kembali sejajar dengan kehendak semasa demi kebaikan pekerja yang bertungkus lumus melaksanakan tugasan yang diberikan.

Contohnya, bila seorang wanita bersalin ia akan dapat cuti 60 hari. Di tambah lagi jika terdapat cuti umum tetapi majikan melobi agar kerajaan tidak memberikan cuti tambahan berkenaan kononnya merugikan.

Paling menghairankan katanya, Ahli Parlimen yang ada menyokong cadangan majikan industri yang hanya menjagai kepentingan syarikat mereka daripada hak pekerja.

“MTUC kesal bila pekerja mendapat cuti contohnya bersalin mereka akan dapat 60 hari, itu yang termaktub dalam akta tapi majikan industri seluruh negara pergi melobi Ahli Parlimen tertentu supaya jangan bagi cuti tambahan sekiranya ada cuti umum lain semasa seseorang pekerja itu bercuti. Ia merugikan tapi sebenarnya ia hak pekerja kerana ia cuti umum, ” katanya yang juga Pengerusi MTUC Pulau Pinang.

Sikap Ahli Parlimen kerajaan itu tambahnya, tidak matang untuk membantu pekerja industri dan mungkin mereka sendiri tidak tahu menahu betapa sukarnya bekerja dalam bidang industri.

Akta kerja hanya melindungi pekerja yang mendapat gaji RM1,500 ke bawah sahaja dan tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pekerja yang mendapat gaji lebih dari itu.

Maka, tidak hairan banyak gologan ini teraniaya bila dibuang kerja termasuk sukar mendapat pampasan.

“Ini dia dinamakan akta ‘koboi’ majikan hanya pentingkan diri. Nak pergi ke Pejabat Buruh lagi pening bila mereka mengkelaskan golongan ini bukan pekerja ekoran akta yang sengaja mengasingkan pangkat mengikut gaji sedangkan semua yang terlibat dengan industri adalah kaum pekerja, ” tegasnya.

Jelas Abdul Razak, satu lagi contoh yag paling ketara ialah bila golongan pekerja tiada kesatuan sebagai pelindung mereka akan hilang pedoman dan tempat bergantung bila mereka dibuang kerja.

Akta Perhubungan Perusahaan diwujudkan untuk melindungi mana-mana pekerja yang ada kesatuan manakala kepada pekerja yang tiada kesatuan akan mengigit jari.

“Bila ada Kesatuan Sekerja barulah akta itu boleh membantu. Justeru itu, ramai majikan tidak menggalakkan penubuhan kesatuan kerana ia boleh menjerat majikan seandainya majikan melakukan pembuangan pekerja, ” katanya dalam progam anjuran Lajnah Pekerja Industri PAS Pulau Pinang.

Jika berlaku begitu, mangsa pembuangan dikehendaki mengutus surat pada majikan agar mengiktiraf mereka sebagai pekerja baru Akta Perusahaan boleh diguna pakai.

Menurutnya, “mana ada majikan akan memberi jawapan yang memenangkan pekerja yang dibuang.”

Wacana Pekerja Industri yang dirasmikan oleh Naib Presiden PAS,Mohamad Sabu itu turut dibarisi ahli panel Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Anuar Tahir dan Pengerusi Lajnah Industri PAS Pulau Pinang, Bukhari Ghazali.

Persahabatan Kota Bharu – Kasoaka City hampir 10 tahun

Posted in Politik, Sosial on August 11, 2008 by Immette At-Tibranee

Bandar raya berkembar antara Kota Bharu dengan Kasoaka, Jepun yang diisytiharkan 10 tahun lalu, kini semakin erat.

 

 Dan baru-baru ini seramai 14 pelajar dan empat guru dari bandar raya itu mengunjungi Kota Bharu untuk melawat sambil belajar.

Kedatangan pelajar dari tujuh sekolah menengah di Bandar Raya Kasoaka selama dua hari itu ditaja Syarikat Rohn Wako milik rakyat Jepun yang beroperasi di Pengkalan Chepa.

Rombongan tersebut mengunjungi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Maahad Muhammadi Perempuan dan Kilang Rohn Wako di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa.

Pada hari kedua pula mereka dibawa melawat keindahan alam semulajadi di? Pantai Irama, Bachok dan Air Terjun Jeram Pasu di Pasir Puteh.

Kehadiran mereka diraikan Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham.

Image Yang Dipertua MPKB-BRI, Shafie Ismail berkata, lawatan rombongan pelajar Jepun ke MPKB-BRI amat dialu-alukan.

“Pelajar-pelajar terbabit sangat bertuah kerana telah dipilih dan ditaja?Syarikat Rohn Wako untuk melawat? Kelantan.

“Dari segi sejarah bandar Kota Bharu merupakan tempat pendaratan pertama tentera Jepun di Tanah Melayu kira-kira 58 tahun lalu ketika menduduki Tanah Melayu,” katanya.

Oleh itu beliau berharap lawatan tersebut?dapat memtingkatkan hubungan dua hala di antara MPKB-BRI dan Bandar Raya Kasoaka.

Menurutnya, MPKB-BRI berterima kasih di atas lawatan Presiden Rohn Wako dan pelajar-pelajar ke Kota Bharu dan berharap persahabatan antara kedua-dua bandar tersebut terus berkekalan.

Pada tahun hadapan genap 10 tahun perhubungan antara Bandar Kota Bharu dengan Bandar Raya Kasoaka sebagai Bandar Raya Berkembar.

Shafei juga berharap pelajar tersebut dapat menjadi?’duta kecil’ kepada Kelantan bagi menyampaikan keindahannya kepada rakan mereka di Kasoaka.

( SUMBER :http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016293&Itemid=96 )

100 pusat hiburan tiada lesen

Posted in Sosial on August 8, 2008 by Immette At-Tibranee

BPR siasat lambakan premis dipercayai milik ahli majlis

GEORGETOWN: Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenal pasti lebih 100 pusat hiburan tanpa lesen beroperasi di negeri ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Mendedahkan perkara itu, Ahmad Said berkata, perangkaan itu diperoleh hasil maklumat risikan pegawainya. Katanya, suasana sedemikian memberi imej negatif apatah lagi ada pusat hiburan tanpa lesen itu dimiliki oleh ahli majlis pihak berkuasa tempatan atau pegawai kerajaan.

Sehubungan itu, tegasnya, BPR akan menyiasat kemungkinan lambakan pusat hiburan tidak berlesen ada kaitan dengan unsur rasuah dan penyelewengan kuasa.

“Keadaan itu juga menonjolkan kemungkinan wujud unsur rasuah atau penyelewengan kuasa, sekali gus memberi gambaran yang sistem pentadbiran negeri yang buruk.

“Orang akan tertanya-tanya apa sistem yang diguna pakai kerajaan negeri hingga terlalu banyak pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan,” katanya pada sidang media selepas menyertai Ujian Menembak Piala Yang di-Pertua Negeri di Kelab Menembak Pulau Pinang di sini, semalam.
Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob, turut menyertai ujian itu.

Jumaat lalu, seorang Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tham Weng Fatt, disaman polis kerana memiliki pusat hiburan tanpa lesen. Tham adalah Ketua Pasukan Tindakan DAP.

Berikutan kes itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, meminta penjelasan penuh daripada Tham mengenai kes berkenaan.

( SUMBER : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14023)