Archive for the Renungan Category

new me and my self

Posted in Renungan, Sosial, Tauladan on March 10, 2011 by Immette At-Tibranee

Assalamualaikum….

termenung panjang gak aku nk menulis ari ni … nk tulis tentang apa … so bila dok termenung panjang tu… hehehe terasa nk menulis tentang kehidupan baru aku di kota bharu / kelantan .

yeah … memang mencabar, sblm ni aku jarang balik kelantan, selalu dok KL je … hampir 14 thn gak aku dok KL rupanya.. dr KLCC tak naik hingga dah timbul Pavillion hehehehe… tempat hang out paling PANAS kat kl skg ni… but than … pd aku.. tak de apa pun kat PV tu… semuanya sama je.. maybe sbb opis aku dekat gan PV kot.. so dah jemu tgk ari2…

so keputusan aku utk balik keja n tinggal kat kelantan ni membuat kwn2 aku semua mcm tak percaya.. even masa interview keja pun dia org berkali2 tanya aku betul ke nk keja ni??? hahahah smpi aku penat nk jwb … but than … aku dpt keja sini .. so dah hampir 2 bulan keja dah…

mmg kehidupan aku kat kelate ni … emmm mcm membosankan sikit .. but i like it .. sbb tak pening kepala dgn jem n parking etc… skg ni aman damai kehidupan aku… dah tak pening gan kesibukan kota… dr umah nk pi keja pun naik motor je.. 5minit je masanya.. hahahah mmg havent sgt

kwn… emmm leh bilang gan jari member kat kelate ni… hehehe mmg aku tak de kwn .. so byk dok umah je lah.. klu busan layan la blog .. baca apa2 yg patut…. pe pun .. kehidupan mesti di terusan …

KEMBALI KEPANGKAL JALAN

Posted in Isu Semasa, Renungan, Sosial, Tauladan on March 8, 2011 by Immette At-Tibranee

Assalamualaikum ….

Emm… rasanya tajuk kat atas tu terlalu luas utk aku huraikan … aku akn cuba huraikan setakat amna yg aku mampu… but than its all about my self.. aku tak nk ceta pasal org lain..

Selama 14thn aku dok KL… emmm mcm2 kehidupan aku temui… tahun pertama .. merupakan tahun yg penuh mencabar utk aku .. sbbnya SLANG KELANTAN AKU SUSAH NK ILANG hahaha… but than lama2 dah ok sikit lah.

berbalik kepada tajuk di atas … mmg kehidupan di kota besar… menguji keimanan kita.. kat mana kita nk letak dan bawa diri kita … itu terpulang kepada individu masing2. Alhamdulillah…. aku mempunyai pendirian yg cukup kuat utk menahan godaan sosial di KL… No arak.. No dadah aku sentuh selama ku di KL… budaya lepak di shopping complek tidak menjadi budaya bagi aku… banyak masa aku suka berada di rumah… tgk TV, baca Paper ( sinar harian, the star & harakah ) lain2 paper… hahah no way.. semuanya info sampah. makin serabut bila baca paper tersebut..

kekdg aku sedey tgk ramai kwn2 aku dan manusia di sekeliling terlalu gelojoh mengejar budaya songsang & barat kononnya … tak modern la klu dok ikut budaya melayu & tempatan … hahah well… itu lah mentaliti org melayu & rakyat malaysia … aku pernah travel ke beberapa negara sblm ni… dah mcm2 budaya aku jumpa.. tp mereka tetap teguh dengan budaya mereka .. dan identiti mereka… yg bestnya .. bila aku naik kapal terbang Thahiti Airline … crew dia org pakai baju bunga2 ( mcm hawai ) dan dengan selipar je… is cukup utk aku buat tersenyum… yg membanggakan aku… mereka menang beberapa anugerah … so salah bg mereka yg mengagongkan budaya barat klu mengatakan kita tak berjaya klu dok pakai budaya tempatan … dan tak akan maju… jepun & china … meraka menjadi gergasi ekonomi dunia … tanpa perlu mengubah budaya n bahasa mereka…

HATI SEORG INSAN YG BERNAMA ….

Posted in Renungan, Tauladan on March 7, 2011 by Immette At-Tibranee

Assalamualaikum semua …

Semua org mempunyai keinginan utk mengapai impian. Namun adakah kita semua berusaha sepenuh hati untuk memilikinya???? mungking ada antara kita mengatakan ” YA”…. bg mana yg ” TIDAK”??? adakah di sebabkan kita terlalu seronok dengan kehidupan kita skg … tanpa memilkirkan apa yg akn berlaku di masa hadapan??

Pengalaman lalu banyak mengajar aku erti kehidupan. Kekdg tu mmg terlalu pahit utk di lalui … apatah lagi untuk mengungkapkannya. Namun, untuk masa depan.. aku bangkit jugak.. tanpa menoleh kebelakang. Walaupun di pertengahan jalana terlalu banyak dugaan yg aku tempuhi. Hanya hati aku yg cekal mampu mengharungi kepayahan dan kesusahan utrk mengapai kejayaan ini.

Org kata… utk berjaya bukan senang, aku mmg akui kenyataan tersebut. Tapi ada di antara insan yg kita anggap ” KAWAN & SAHABAT BAIK” sentiasa menanti kejatuhan kita… walaupun ia melibatkan 30% dr org yg berada di sekeliling kita… namun tanpa hati yg cekal… kita pasti jatuh.

Aku mmg pernah menangis kerana kegagalan dlm hidup… ye menangis sepuas-puasnya. biar aku menangis skg … tidak di penghujungnya.. kerna aku pasti … suatu hari akan hadir kejayaan yg di impikan.. asalkan aku tidak putus asa. Org selalu kata aku ” KUAT BERANGAN & TOO MUCH FANTASY”…. hahahah wat ever they wanna say lah… aku tak kisah.. kerna aku tau apa yg aku buat… dan aku tau kemampuan aku.. cuma kasihan kat dia org… terlalu suka menjaga tepi kain org… diri sendiri tidak kemana…

WElll… alhamdulillah, apa yg aku hajati hampir pasti tiba.. namun … nun jauh masih banyak ranjau yg perlu aku lalui… aku perlukan sokongan moral dr insan yg sudi ….

Aku bersyukur kerana mempunyai kakak yg sentiasa yakin dengan apa yg aku buat… dan sentiasa memberi sokongan terhadap aku… im proud to say that coz u know me better… sbb kakak aku yg menjaga aku dr kecil hingga skg… yeah… my parent both of them … kembali kepada ALLAH… so hanya kakak aku yg berpeluh.. berpenat lelah… dan bermcm2 ber lagi untuk membesarkan aku utk menjadi insan yg berguna … sudah tentu utk diri aku sendiri… utk masyarakat… hahahah no way.. just for my self… i dont care bout masyarakat… coz … they love to see ppl fall down..

ok lah.. byk pulak celoteh aku ni hahaha…. kepada yg sudi baya.. thx ya…

ciao

KEDUDUKAN MELAYU TERGUGAT????

Posted in Isu Semasa, Politik, Renungan on September 10, 2008 by Immette At-Tibranee

In the wake of Ahmad’s suspension, here’s a piece in BM I had the honour of co-authoring with YB Nik 🙂 I have one hesitation about writing this much about Ahmad Ismail. It came to my attention that his ‘power’ goes only so far as he has access to the media and dominates the public sphere. Let us remember him as all that is wrong and bankrupt with BN, and move on to greater things. Hidup Melayu! oleh Nathaniel Tan dan Nik Nazmi Nik Ahmad Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam. Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik. Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu? Orang Cina? Kaum-kaum ‘pendatang’ lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu? Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang ‘pendatang’ yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka? Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini – ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari. Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri. Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua. Polemik kaum Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu. Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi “Melayu!” tetapi hati berbisik “Saya dahulu!” Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak – mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya – untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus. Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa. Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan. Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman. Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman. Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai. Hidup mewah Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah. Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut. Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar. Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru. Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat. Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat. Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS. Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela. Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat. Nathaniel Tan merupakan pengendali blog http://www.jelas.info/. Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia dan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Blognya boleh dicapai di http://www.niknazmi.com/

Program Ihya Ramadhan Satu Lagi Keunikan Kelantan

Posted in Isu Agama, Isu Semasa, Renungan, Sosial on September 9, 2008 by Immette At-Tibranee

NEGERI Kelantan Darul Naim penuh dengan berbagai keunikan. Keunikan itulah menyebabkan Kelantan berbeza dan dilihat istimewa berbanding dengan negeri-negeri lain. Adakalanya keunikan itu cuba ditiru atau dikorbankopi oleh negeri-negeri lain tetapi tidak menjadi.

Keunikan itu bukan saja peninggalan generasi yang terdahulu, namun keunikan itu juga adalah hasil kreatif, atau pun dihasilkan oleh pemimpin dan masyarakat terkemudian. Ini menggambarkan rakyat Kelantan kreatif dan inovatif dalam mencipta keunikan yang menempati pula dengan budaya dan pegangan hidupnya (agama).

Ia bukan saja unik kerana memiliki kekayaan dari segi kesenian dan kebudayaan, tetapi dari segi pratikal Islamnya. Kerana keunikan itulah juga maka Kelantan dikenali dengan nama Serambi Makkah. Nama jolokan yang diberikan sejak hampir 100 tahun itu kekal sehingga ke hari ini.

Menarik dan mengkagumkan jolokan itu kekal pada Kelantan seperti mana utuhnya mutu logam emas yang tidak pernah terhakis dan mengalami penurunan nilai harganya. Dalam keadaan apa pun emas itu tetap mahal, maka seperti itulah juga “keistimewaan’ yang menjadi milik Kelantan itu.

Misalnya, kemunculan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Kelantan bermula tahun 1990 memberi satu lagi keunikan tersendiri kepada Kelantan. Kelantan muncul sebagai negeri pertama berMenteri Besarkan seorang tok guru bertitlekan ulamak. Kebanyakan menteri-menteri besar di negeri lain berkelulusan akademik atau sekular.


Kehadirannya (Nik Aziz) memberi sumbangan dan kesenimbungan kepada kerja-kerja mengagungkan Islam dan sekaligus mencatatkkan satu lagi keunikan di Kelantan.

Salah satu antara beberapa keunikan idea dan pendekatan pentadbiran Tok Guru Nik Aziz yang sangat terasa ialah mengenai kewujudan program Ihya Ramdhan yang kini sudah menjadi sebutan dan kebanggaan rakyat Kelantan sendiri kerana ianya wujud di Kelantan saja.

Ihya Ramdhan yang menganjurkan program solat Terawih di bawah khemah ala-ala di Arafah di musim haji diadakan di tengah-tengah bandar Kota Baru. Ianya dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang dibawah tanggungjawab Exco Takiyuddin Hassan.

Program ini mula diwujudkan pada Ramadhan 1415 (1994) dan kini sudah berusia 14 tahun. Ia adalah idea Nik Aziz. Dari program ini menunjukkan betapa bersungguh dan seriusnya Nik Aziz dalam mengembangkan syiar Islam di Kelantan dan mengekalkan Kelantan sebagai negeri Serambi Makkah.

Tujuan program ini diwujudkan ialah untuk menyemarakan suasana Ramadhan yang mahu jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan penuh dengan kebajikan dan amal ibdat. Sejarah awalnya atau tapak program ini ialah berhampiran setsen bas di tengah bandar Kota Bharu. Sebuah khemah khas seluas 12’ x 18’ didirikan di situ.

Mulanya ia lebih untuk memberi kemudahan dan menyediakan tempat berbuka (juadah dan morel) dan solat Terawih kepada para peniaga, pemandu teksi, pengayuh beca yang tidak sempat pulang ke rumah dan juga kepada para musafir yang tidak sempat ke masjid.

Peringat awal program ini diperkenalkan ia diketawakan oleh pihak tertentu dan menuduh ia adalah projek politik Pas. Pas dikatakan hendak menunjuk-nunjuk dengan program Islamnya.

Namun cemuhan itu tidak dipedulikan. Program itu terus dijalankan. Dari setahun ke setahun ia mendapat sambutan. Dari sebuah khemah kecil kini terpaksa dibangunkan khemah yang berkali ganda besarnya dan tapaknya kini sudah berubah ke pekarangan stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Prasarananya kini juga lebih selesa, menarik dan meriah apabila ia dijadikan Qaryah Ramadhan atau perkampungan Ramadhan.

Di perkampungan berkenaan programnya bukan saja lagi setakat mengerjakan solat sunat Terawih tetapi di situlah juga menjadi medium perhubungan ukhwah dan persaudaraan baik sesama muslim atau pun dengan bukan muslim apapbila majlis melibatkan bukan Muslim juga turut sama diadakan.

Sesungguhnya program Ihya Ramdhan yang dipenuhi dengan segala macam menu itu sesuatu yang unik dan menarik. Progam itu kini telah dimasukkan ke dalam kelendar Tahun Melawat Kelantan 2008, ini menyebabkan pelancung yang datang ke Kelantan bukan saja untuk membeli belah, melihat alam dan sosialnya yang berbeza namun turut sama beribadat.

Jelas sekali pihak Umno tidak dapat menyelami maksud serapang dua mata Nik Aziz dalam mengadakan program berkenaan. Di samping untuk mengimarakkan Ramdhan program itu juga menjadi medium untuk berdakwah, menyelesaikan tanggungjawab sebagai khalifah yang cukup efektik.

Kini terbukti program itu berjaya dan mendapat sambutan. Setiap malam lebih 1,500 orang datang berjemaah di khemah Terawih itu. Adakalanya khemah yang mampu memuatkan 1,200 jemah sekaligus itu melimpah keluar dan terpakasa didirikan khemah tambahan.

Mereka yang datang pula bukan saja dari segenap daerah di Kelantan tetapi ada yang datang dari luar termasuk Kuala Lumpur dan Singapura, mereka datang khas untuk sama-sama merasai kenikmatan mendirikan solat sunat Terwaih di situ dengan membawa keluarga masing-masing.

Disebabkan keunikan program itu begitu ketara sekali dan ia dapat menjadi medium membentuk ukhwah sesama manusia termasuk dengan bukan Islam adalah elok kalau negeri-negeri lain juga turut sama mengadakan program berkenaan. Atau kalau perlu program Ihya Ramdhan yang diilhamkan oleh Kelantan itu dijadikan prgoram diperingkat nasional.

Daripada menganjurkan tilwalah membaca al-Quran yang menelan belanja berjuta ringgit pada setiap tahun tapi kesannya tidak seberapa, rasanya elok kalau dibelanjakan wang itu untuk mengadakan program Ihya Ramdhan itu.

Adalah elok kalau pegawai Jabatan Islam Malaysia (Jakim) dan juga Pegawai-Pegawai Jabatan Agam Islam Negeri-Negeri atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sendiri datang melihat bagaimana program itu berjalan kemudian mengkajinya untuk diangkat menjadi progam peringkat kebanggaan dengan beberapa pindaan dan ubahsuai mana-mana yang patut.

 

( SUMBER : http://msomelayu.blogspot.com/ )

Akta Pekerja 1955 hanya kayakan majikan – MTUC

Posted in Isu Semasa, Renungan, Sosial on September 4, 2008 by Immette At-Tibranee

Akta Kerja tahun 1955 merupakan ‘akta kuno’ yang masih digunapakai di negara ini kononya untuk melindungi para pekerja tetapi sebenarnya memperkayakan majikan, kata Naib Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), Abdul Razak Hamid.

Akta itu katanya, hanya mengandungi faedah minima yang khusus untuk kerja lebih masa, cuti tahun, cuti bersalin dan lain sedangkan untuk mengwujudkan kesatuan bagi faedah sesama pekerja dihalang.

“Akta Kerja tahun 1955 tidak boleh pakai lagi dan patut ditukar dengan akta yang lebih bagus dan bermanafaat pada pekerja. Itu akta penjajah yang dah kuno.Dah tak releven dipakai oleh negara sekarang, ” katanya dalam program Wacana Pekerja Industri yang diadakan di Dewan Komplek Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini.

Pihak majikan tidak berpuas hati sekiranya akta pekerja itu diubah atau digubalkan kembali sejajar dengan kehendak semasa demi kebaikan pekerja yang bertungkus lumus melaksanakan tugasan yang diberikan.

Contohnya, bila seorang wanita bersalin ia akan dapat cuti 60 hari. Di tambah lagi jika terdapat cuti umum tetapi majikan melobi agar kerajaan tidak memberikan cuti tambahan berkenaan kononnya merugikan.

Paling menghairankan katanya, Ahli Parlimen yang ada menyokong cadangan majikan industri yang hanya menjagai kepentingan syarikat mereka daripada hak pekerja.

“MTUC kesal bila pekerja mendapat cuti contohnya bersalin mereka akan dapat 60 hari, itu yang termaktub dalam akta tapi majikan industri seluruh negara pergi melobi Ahli Parlimen tertentu supaya jangan bagi cuti tambahan sekiranya ada cuti umum lain semasa seseorang pekerja itu bercuti. Ia merugikan tapi sebenarnya ia hak pekerja kerana ia cuti umum, ” katanya yang juga Pengerusi MTUC Pulau Pinang.

Sikap Ahli Parlimen kerajaan itu tambahnya, tidak matang untuk membantu pekerja industri dan mungkin mereka sendiri tidak tahu menahu betapa sukarnya bekerja dalam bidang industri.

Akta kerja hanya melindungi pekerja yang mendapat gaji RM1,500 ke bawah sahaja dan tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pekerja yang mendapat gaji lebih dari itu.

Maka, tidak hairan banyak gologan ini teraniaya bila dibuang kerja termasuk sukar mendapat pampasan.

“Ini dia dinamakan akta ‘koboi’ majikan hanya pentingkan diri. Nak pergi ke Pejabat Buruh lagi pening bila mereka mengkelaskan golongan ini bukan pekerja ekoran akta yang sengaja mengasingkan pangkat mengikut gaji sedangkan semua yang terlibat dengan industri adalah kaum pekerja, ” tegasnya.

Jelas Abdul Razak, satu lagi contoh yag paling ketara ialah bila golongan pekerja tiada kesatuan sebagai pelindung mereka akan hilang pedoman dan tempat bergantung bila mereka dibuang kerja.

Akta Perhubungan Perusahaan diwujudkan untuk melindungi mana-mana pekerja yang ada kesatuan manakala kepada pekerja yang tiada kesatuan akan mengigit jari.

“Bila ada Kesatuan Sekerja barulah akta itu boleh membantu. Justeru itu, ramai majikan tidak menggalakkan penubuhan kesatuan kerana ia boleh menjerat majikan seandainya majikan melakukan pembuangan pekerja, ” katanya dalam progam anjuran Lajnah Pekerja Industri PAS Pulau Pinang.

Jika berlaku begitu, mangsa pembuangan dikehendaki mengutus surat pada majikan agar mengiktiraf mereka sebagai pekerja baru Akta Perusahaan boleh diguna pakai.

Menurutnya, “mana ada majikan akan memberi jawapan yang memenangkan pekerja yang dibuang.”

Wacana Pekerja Industri yang dirasmikan oleh Naib Presiden PAS,Mohamad Sabu itu turut dibarisi ahli panel Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Anuar Tahir dan Pengerusi Lajnah Industri PAS Pulau Pinang, Bukhari Ghazali.

Khas untuk YB-YB Barisan Nasional

Posted in Isu Semasa, Politik, Renungan on September 1, 2008 by Immette At-Tibranee

Sebenarnya ambo pun tak pasti samada YB-YB BN baca ke tidak artikal dalam TKO ni, tapi inilah satu-satunya tempat untuk kami yang bukan penyokong kerajaaan meluahkan buah fikiran.. lantas berfikiran positif.. semuga ada juga le YB BN yang prihatin dan yang telah membuka mata terhadap krisis yang dialami oleh negara untuk membaca buah fikiran penyokong PR.

Sebelum YB-YB dari kerajaan BN membuat keputusan yang akan membawa perubahan kepada ekonomi dan maruah kerajaan Malaysia, ambo dengan rendah hati meminta supaya YB-YB dapat meluangkan masa berharga YB untuk memikirkan dan memahami segala isu yang akan ambo tuliskan ini.

1)Sanggupkah YB melihat kekayaan negara dirompak untuk kesekian kalinya oleh perompak tegar bernama KJ yang telah menimbunkan harta kekayaannya melalui temasek group. bacalah isu penjualan dan pembelian balik kumpulan pantai, dalamilah isu kontroversi ECM LIBRA, fikirkanlah pembaziran maybank untuk pembelian Bank Internasional Indonesia yang yang boleh merugikan sehingga 3.6 billion ringgit, pemberian kontrak sistem maklumat polis kepada syarikat singapura dan yang paling baru desas-desus untuk menjual saham PETRONAS kepada Temasek Group

2) Tegakah YB-YB untuk melihat lagi Si KJ ni menguasai kekayaan negra yang diuruskan oleh Khazanah Nasional (yang mengawal halatuju GLC seperti TNB, MAYBANK, PETRONAS) melalui orang suruhannya Azman Mokhtar. CEO maybank, Wahid Omar juga adalah proksi terbaru anak muda yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri ini.

3) Tak kasihankah YB-YB melihat kesusahan rakyat bawahan yang ada rumah tapi hanya dilayak dipanggil pondok buruk, lantai kayu dan atapnya berlubang disana-sini, anak-anak mereka memakai baju yang lusuh untuk ke sekolah, rezeki mereka hanya kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. sedangkan kekayaan Dollah anak beranak telah mencecah 6 billion ringgit. begitu juga dengan adik Najib yang telah tersenarai antara manusia terkaya di Asia oleh Majalah FORBES.

4) Tak tersentuhkan perasaan YB-YB dengan keluhan masyarakat pekerja kelas pertengahan yang siang-malam bekerja tapi hanya cukup-cukup untuk membeli ikan yang dah merah matanya dan lembik isinya, menbayar bil eletrik yang telah meningkat sejak julai 2008 dan bila tiba hujung bulan berlaukkan telur goreng je, itupun sebiji dikongsi tiga.

5) Tak sedihkah YB-YB bila berselisih dijalanraya melihat satu keluarga mempunyai anak dua atau tiga orang, yang masih kecil.. hanya mampu menaiki motosikal meredah hujan lebat, dalam kesejukkan lagi lantaran tidak mampu memiliki kereta hatta sebuah kancil second-hand. Sedangkan dengan mudahnya proton menjual MV AGUSTA dengan hanya euro sahaja.

6) Tak bergetarkah hati nurani YB-YB bila membaca berita, dianggarkan terdapat 250 ribu orang melayu yang telah murtad, ada yang pendidikan agamanya cukup baik tapi bila keluar ke ibu negara, lupa tentang agama dan dosa pahala. Apakah perasaan YB-YB bila membaca berita kewujudan kelab gay ekslusif, golongan yang mewarisi kemungkaran kaum nabi luth sehingga diterbalikkan buminya semakin bercambah di malaysia. Sedangkan alim ulamak kerajaan hanya mampu memekakkan telinga dan membisu sejuta bahasa.

kepada YB-YB yang kebanyakkannya adalah cerdik pandai, lihatlah semua isu-isu ini, dan fikirkanlah dengan akal yang waras dan hati yang bersih kerana hanya dengan kewarasan akal dan keikhlasan hati saja yang dapat membantu menegakkan keadilan.