Archive for the Politik Category

WANG RAKYAT atau WANG KERAJAAN ( PARTI )

Posted in Ekonomi, Isu Semasa, Politik on March 6, 2011 by Immette At-Tibranee

Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar.

Seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut ‘kerajaan bermurah hati membantu’.

Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka. Maka di sini disebutkan beberapa perkara; Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung.

Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai. Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan.

Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat. Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar. Bazir wang rakyat Istilah ‘wang pembayar cukai’ atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”.

Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”. Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat.

Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seorang-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari ‘harta persendirian’ tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik. Peminta sedekah Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau istiharkan dalam kempen politik mereka.

Sesebuah kerajaan bukan dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat. Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya. Istilah ‘taxpayer money’, atau ‘taxpayer funds’ atau ‘taxpayers dollars’ sering digunakan dalam media negara maju apabia memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan.

Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.

Penulis : Dr Mohd Asri Zainul Abidin

KEDUDUKAN MELAYU TERGUGAT????

Posted in Isu Semasa, Politik, Renungan on September 10, 2008 by Immette At-Tibranee

In the wake of Ahmad’s suspension, here’s a piece in BM I had the honour of co-authoring with YB Nik 🙂 I have one hesitation about writing this much about Ahmad Ismail. It came to my attention that his ‘power’ goes only so far as he has access to the media and dominates the public sphere. Let us remember him as all that is wrong and bankrupt with BN, and move on to greater things. Hidup Melayu! oleh Nathaniel Tan dan Nik Nazmi Nik Ahmad Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam. Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik. Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu? Orang Cina? Kaum-kaum ‘pendatang’ lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu? Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang ‘pendatang’ yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka? Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini – ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari. Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri. Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua. Polemik kaum Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu. Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi “Melayu!” tetapi hati berbisik “Saya dahulu!” Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak – mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya – untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus. Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa. Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan. Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman. Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman. Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai. Hidup mewah Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah. Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut. Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar. Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru. Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat. Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat. Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS. Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela. Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat. Nathaniel Tan merupakan pengendali blog http://www.jelas.info/. Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia dan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Blognya boleh dicapai di http://www.niknazmi.com/

Di manakah silap Nizar Jamaluddin?

Posted in Isu Agama, Isu Semasa, Politik on September 9, 2008 by Immette At-Tibranee

SEPERTI mana saya catatkan dalam posting sebelum ini kemurahan hati MB Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin memberi 400 hektar tanah kepada sekolah Cina bukan satu dosa kerana ia adalah untuk kepentingan pendidikan. Rasulullah s.a.w. sendiri sangat suka kepada pendidikan dan menyeru agar umatnya menuntut ilmu hingga ke negeri Cina.

Kalau orang Cina sudah datang ke tanah air kita, berladang dan berbudaya lagi bagus! Tidak payahlah kita merantau jauh ke benua Cina, kita menuntut dengan mereka di sini saja. Sudah tentu sekolah-sekolah Cina yang ada di negara ini walaupun masih terikat dengan kurikulum kebangsaan, namun tentu ada resipi pendidikan yang diwarisi dari datuk nenek mereka dan diterapkan dalam sekolah-sekolah berkenaan.

 

Jadi tidak ada salah tindakan Nizar itu.
Apa yang berlaku ialah kenapa timbul kekeliruan berhubung anugerah itu disebabkan tidak adanya penjelasan berhubung pemberian tanah itu seperti mana yang sebenarnya. Menurut penjelasan oleh Setiasauah Politiknya, Misbahul Munir dalam blognya, [misbah.blogspot.com]pemberian itu bukan selamanya, tetapi atas dasar pajakan selama 30 tahun saja. Pemberian itu juga bukan sesuatu yang anih.

 

Misbah memberi contoh kerajaan Kelantan juga turut memberi tanah kepada sekolah-sekolah Cina di negeri itu. Jumlahnya lebih besar lagi. Menurut Misbah sebanyak 3,000 ekar. Nampaknya apa dilakukan kerajaan Kelantan menjadi ikutan kerajaan Perak. Yalah bukankah Kelantan menjadi role model ia harus ditiru dan diikuti.
Dalam pada itu jelas Misbah kerajaan Perak juga telah bersetuju untuk memberi semula geran perkapita sebanyak RM1.3 kepada 18 buah sekolah agama. Ia akan diagihkan di sepanjang bulan Ramadhan ini. Geran perkapita itu menurut Misbah ia dinafikan oleh kerajaan sebelum ini. Apakah tindakan itu tidak menunjukkan keperihatinan kerajaan Pakatan kepada sekolah agama?

 

Sebenarnya apa dilakukan Nizar itu adil dan saksama dan menunaikan kewajibannya sebagai pemimpin. Mungkin selepas ini sekolah Tamil dan Orang Asli pula akan mendapat hak dan bahagian masing-masing. Kerajaan Pakatan kena berpakat.

 

Tetapi kenapa ia menjadi masalah, apa yang saya nampak ialah kelemahan pihak Kerajaan Perak sendiri kerana gagal menjelaskan perkara itu. Disebabkan perkara ini kurang diberikan keutamaan maka berlaku kekeliruan seperti kini dan mudah pula ia dieksploitasikan oleh pihak lain.

 

Sepatutnya apa-apa juga dasar dan polisi sebelum dilaksanakan perlu dijelaskan sejelas-jelasnya.

 

Sepatutnya pegawai penerangan negeri dan juga lujnah penerangan parti Pas, DAP dan PKR menghebahkan mengenai kedudukan itu kepada ahli parti masing-masing. Mereka harus menggunakan apa saja ruang dan kesempatan untuk memberi penjelasan kepada rakyat sebagai mengelakkan kekeliruan.

Mereka tidak boleh tunggu dan harapkan kerjasama media arus perdana untuk bantu menjelaskannya. Selamanya media arus perdana tidak akan bersimpati dan memberi gambaran sebenar melainkan terus memutarbelitkan apa saja untuk kepentingan pihak yang mereka taukehi.

 

Kerja-kerja menerangkan polisi dan dasar kerajaan ini perlu diperluaskan dan menggunakan apa saja saluran dan kesempatan. Semua pihak di Perak seharusnya mengambil inisiatif dan peranan masing-masing. Sebab itulah di Kelantan ada individu tertentu menubuhkan institusi medianya sendiri untuk menjadi propagandis kepada kerajaan bagi menjelaskan dasar, polisi dan projek-projek baru diperkenalkan.

 

Dalam hal ini Setiausaha Poltiik dan Setiausaha Akhbar MB itu perlulah aktif dan kreatif bagaimana hendak mengatasi masalah itu.

 

Selain itu kenapa niat baik Nizar itu menjadi isu dan dikelirukan kerana beliau nampaknya kurang cermat dan mengabaikan taktikal politik dalam membuat pengumuman itu. Beliau sepatutnya tidak mendahului menghebahkan mengenai pemberian tanah kepada sekolah Cina itu sebaliknya mengumumkan mengenai pemberian perkapita kepada sekolah agama terlebih dahulu.

 

Beliau kena faham sensitiviti orang Melayu. Beliau adalah MB Melayu jadi orang Melayu mengharapkan beliau perlu memberi keutamaan kepada orang Melayu. Apa yang berlaku ke atas Nizar itu sama dengan apa yang dialami oleh Khalid Ibrahim di Selangor apabila Khalid mengumumkan peruntukan untuk projek babi sebanyak RM100 juta mendahului pengumuman projek atau intensif lain kepada rakyat.
Kerana projek itu kepentingan orang Cina menyebabkan orang Melayu di Selangor merasakan Khalid telah mengutamakan orang Cina dan mengabaikan orang Melayu. Apa lagi projek berkenaan (babi dan pemberian tanah itu) adalah atas inisiatif DAP menyebabkan orang merasakan Kahlid dan Nizar menjadi alat kepada DAP. Padahal realitinya apa yang beliau lakukan itu ialah kerana tanggungjawabnya sebagai MB tanpa mengira kaum.
Hendaknya di masa akan datang Nizar lebih berhati-hati dan perlu bermain politik bagi menjaga hati pihak-pihak tertentu bagi mengelakkan timbul kekeliruan dan salah faham
( SUMBER : http://msomelayu.blogspot.com/ )

Di dunia mana pun, mereka boleh lompat parti

Posted in Isu Semasa, Politik on September 8, 2008 by Immette At-Tibranee

Kelab Penyokong Kerajaan (BBC Club) mengadakan lawatan kerja ke Taiwan mulai hari ini hingga 17 Sep. 50 ahli BBC dijangka menyertai lawatan tersebut. Kata Pengerusi BBC Datuk Tiong, lawatan tersebut untuk mengkaji sistem pertanian di Taiwan.

Saya nak bagitahu Datuk Tiong berhentilah memperbodohkan rakyat. Dia ingat kita ni macam dia agaknya. Kita tahu mereka sebenarnya nak lari dari hakikat 16 Sept.

 

Dia ingat ni zaman kita dok atas pokok naik kete lembu lagi kot..

Datuk Tiong..u boleh bawak lari semua MP Be End lah..pegi kutub utara pun tak pe, buat kajian macam mane nak tanam padi dalam ais!

Orang macam Tiong yang telah mengaut keuntungan yang banyak dalam deal Port Klang Free Zone memang lah akan kecut kalau Be End tumbang.

Di zaman cyber tanpa sempadan ini, hang nak lari kemana? Kalu MP Be End nak lompat ke PR dari dunia mana pun dia boleh buat..they are just one phone call away lah Tiong..

Anyway, saya nak ucapkan terima kasih kepada Tiong kerana kalau 16 Sep tak jadi, Anwar dah ada alasan kenapa tak jadi..kerana BBC dah angkut habis ahli parlimen Be End terbang keluar dengan Tiong..Anwar hanya perlu tetapkan satu tarikh lain..bukannya susah mana…..

( SUMBER : http://skuaddunbatucaves.blogspot.com/ )

BPR : Sila Siasat Percutian MP

Posted in Isu Semasa, Politik on September 8, 2008 by Immette At-Tibranee
Mula-mulanya saya dengar ahli BNBBC nak makan angin ke Australia atau New Zeland. Kata saya, eloklah kerana mereka boleh jimat duit tidur di istana Patrick Lim di Perth. Hari ni, dengar kabar beritanya, ahli BNBBC pergi pula ke Taiwan dan Macau.

Ini trip apa? Trip main judi di kasino ke? Inilah bahana bila pengerusi BNBBC diberikan kepada bukan UMNO. Ada peluang makan angin, tong-sua jadi destinasi pertama dan utama! Ini bukan kenyataan rasis. Tapi, tak fikir ke yang ahli BNBBC pun ramai yang Islam dan tengah jalani ibadat puasa?

Anaiya betul ahli BNBBC yang Islam. Dalam bulan puasa macam ni pergi melancong ke Taiwan dan Macau. Jahanam. Makan mestinya susah. Toleh kanan ada bak, toleh kiri ada celeng. Lantaklah kau orang. Inilah nasib bertuankan pemimpin lemah, tempang dan kurang bijak.

Apa pun, kisah BNBBC pergi makan ni memang satu lagi kisah pelik di zaman penerintahan Abdullah Badawi. Tiba-tiba je seluruh Ahli Parlimen BN yang menganggotai Kelab Penyokong BN Parlimen Malaysia (BNBBC) dibawa pergi makan angin keluar negara?

Anehnya betul. Kenapa pergi makan angin serentak dan ramai-ramai? Ini tak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen Malaysia. Sebelum ni, kalau ada rombongan Ahli Parlimen keluar negara, mereka pergi dalam kumpulan kecil, antara empat atau lima orang, untuk hadiri mesyuarat tahunan Ahli-Ahli Parlimen ASEAN (AIPO), Persatuan Parlimen Komonwel (CPA), Kesatuan Parlimen Antarabangsa (IPU), Persidangan Agung PBB (UNGA) dan lain-lainnya. Rombongan ini juga tidak hanya terhad kepada Ahli Parlimen BN, malahan termasuk Ahli Parlimen pembangkang.

Misterinya kali ini, sapa tanggung lawatan BNBBC ini? Lazimnya, kalau Ahli Parlimen keluar negara untuk CPA atau IPU, perjalanan mereka ditanggung oleh pertubuhan berkenaan. Kalau AIPO, ia ditanggung oleh Parlimen Malaysia?

Kali ni, sapa tanggung perjalanan BNBBC pergi makan angin? Parlimen Malaysia? Kalau Parlimen Malaysia, maknanya BNBBC pergi makan angin guna duit rakyat, guna duit pembayar cukai. Masuk akal ke perkara ini boleh diizinkan oleh kerajaan Abdullah?

Kalau Parlimen Malaysia tak tanggung perjalanan dan makan minum BNBBC, sapa tanggung? Presidennya, Datuk Seri Ting King Sing memang jutawan. Tapi, kalau dia tanggung semua, apa habuan balik kerajaan kepadanya? Kalau dia kaut belanja tu daripada sumbangan swasta, apa habuan balik kepada pihak swasta berkenaan? Jangan sampai jual maruah bangsa atau gadai kedaulatan negara semata-mata kerana BNBBC nak makan angin!

Satu lagi perkara aneh pasal BNBBC ni ialah, kenapa rancangan makan angin ni dibuat secara mengejut? Kenapa di buat dalam bulan puasa? Kenapa daripada 7 hingga 16 September 2008? Kenapa sampai Abdullah dan Najib sendiri pertahankan cerita BNBBC keluar negara ni? Adakah apa-apa udang di sebalik batu?

Kepada Abdullah atau Najib, elok kita beritahu satu hal. Sedarlah, rakyat bukan bodoh. Jadi, jangan perbodohkan diri anda untuk memperbodohkan rakyat. Kepada Abdullah dan Najib, anda kena jelaskan duit sapa digunakan untuk BNBBC keluar negara? Kalau duit rakyat, apa rasionalnya? Kalau duit BNBBC, mana kelab tu banyak sangat duit? Kalau duit pengerusinya, mana manusia tu kaut duit berjuta ringgit? Kalau setiap ahli bayar tambang, penginapan dan makan minum sendiri, berapa sangatlah elaun Ahli Parlimen untuk mampu menanggung semua ini secara sendirian berhad? Kalau duit tu tajaan swasta, siapa mereka dan apa pulangannya?

Pendek kata, Abdullah dan Najib jangan cuba bodohkan rakyat. Sekali boleh. Dua kali pun boleh. Tapi, kalau dan setiap kali rakyat nak dibodohkan, tentu rakyat akan berontak untuk menjengkal muka pemimpin besar mereka. Kalau dah kena jengkal muka pun tak sedar diri lagi, rakyat akan bangkit menyingkirkan pemimpin besar ini keluar daripada kerusi mereka dalam kerajaan.

Memang perbuatan rakyat menyingkirkan pemimpin besar negara tak pernah berlaku di Malaysia. Ini bukan budaya kita. Tapi, jangan kata ianya mustahil akan berlaku kalau Abdullah dan Najib dah melampau sangat nak bodoh-bodohkan rakyat pada setiap waktu!

Oleh itu, jom kita gesa BPR siasat kisah cuti-cuti BNBBC ini. BPR kena beritahu rakyat jelata, dari mana BNBBC dapat dana untuk trip tersebut. Harap jelaskan kepada rakyat dengan jelas dan secara terperinci. BPR juga kena beritahu rakyat jelata akan matlamat dan manfaat lawatan itu. Waktu yang sewajarnya didedikasikan Ahli Parlimen kepada rakyat tak wajar dibazirkan kerana sesuatu muslihat politik Abdullah dan Najib! –

( SUMBER : http://politica-net.blogspot.com/2008/09/bpr-perlu-siasat-punca-dana-bnbbc-makan.html )

Isu Azan: BOHONG!!! – Teresa Kok

Posted in Isu Agama, Isu Semasa, Politik on September 8, 2008 by Immette At-Tibranee

BOHONG..!!!Itu kerja pihak tak bertanggung jawab..!

Itu reaksi pertama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan ketika dihubungi untuk pengesahan dakwaan beberapa pihak bahawa beliau terlibat dalam mengetuai petisyen penduduk di Puchong meminta supaya azan subuh dikawasan tersebut diperlahankan.

Menurut Teresa, sekiranya beliau menerima dakwaan tersebut, perkara tersebut akan dirujuk kepada EXCO yang bertanggung jawab dalam hal ehwal agama Islam negeri ini.

“Jika betul saya ada menerima aduan tersebut, saya akan rujuk isu tersebut kepada EXCO berkenaan iaitu Datuk Dr.Hassan Ali yang menguruskan portfolio berkaitan hal ehwal islam di Selangor.

“Buat apa nak hantar petisyen kepada Datuk Satim Diman? Beliau (Datuk Satim Diman) tak ada kaitan dalam pentadbiran di Selangor, kenapa nak rujuk pada orang yang tak ada kaitan dengan pentadbiran?”

Teresa Kok yang juga ADUN Kinrara sebelum ini didakwa terlibat dalam mengetuai satu petisyen penduduk Puchong kepada Datuk Satim Diman meminta supaya azan subuh diperlahankan kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam.(ini sah-sah kereje puaka-puaka UMNO/BN nih).

Teresa berkata dakwaan tersebut hanya satu pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggung jawab & bermotifkan politik.

“mereka sengaja menggunakan isu ini untuk mencaci serta memburukkan saya sebagai wakil rakyat DAP yang suka menimbulkan isu sensitiviti serta api perkauman.yang jelas, saya tidak pernah terlibat dalam isu tersebut & dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata”.

Teresa seterusnya berkata, walaupun berlainan agama, beliau masih prihatin terhadap isu melibatkan agama serta perkauman ini.

Oleh itu Teresa mencabar pihak berkenaan agar tampil mengemukakan bukti berhubung tuduhan tersebut.

“saya ingin tegaskan disini bahawa saya tidak pernah menulis surat atau berjumpa sendiri dengan Datuk Satim Diman seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

“Jika betul mereka mempunyai bukti mengenai dakwaan tersebut, dipersilakan tampil dengan bukti sebagaimana dakwaan” jelas Teresa lagi

 

( SUMBER : http://skuaddunbatucaves.blogspot.com/ )

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

Posted in Isu Semasa, Politik on September 8, 2008 by Immette At-Tibranee

8 September 2008

Pakatan Rakyat Menjunjung Prinsip Perlembagaan Persekutuan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini, 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.

Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu.

Sekian, terima kasih.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

YB Dato’ Husam Musa
Naib Presiden PAS

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP