Archive for the Isu Agama Category

Di manakah silap Nizar Jamaluddin?

Posted in Isu Agama, Isu Semasa, Politik on September 9, 2008 by Immette At-Tibranee

SEPERTI mana saya catatkan dalam posting sebelum ini kemurahan hati MB Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin memberi 400 hektar tanah kepada sekolah Cina bukan satu dosa kerana ia adalah untuk kepentingan pendidikan. Rasulullah s.a.w. sendiri sangat suka kepada pendidikan dan menyeru agar umatnya menuntut ilmu hingga ke negeri Cina.

Kalau orang Cina sudah datang ke tanah air kita, berladang dan berbudaya lagi bagus! Tidak payahlah kita merantau jauh ke benua Cina, kita menuntut dengan mereka di sini saja. Sudah tentu sekolah-sekolah Cina yang ada di negara ini walaupun masih terikat dengan kurikulum kebangsaan, namun tentu ada resipi pendidikan yang diwarisi dari datuk nenek mereka dan diterapkan dalam sekolah-sekolah berkenaan.

 

Jadi tidak ada salah tindakan Nizar itu.
Apa yang berlaku ialah kenapa timbul kekeliruan berhubung anugerah itu disebabkan tidak adanya penjelasan berhubung pemberian tanah itu seperti mana yang sebenarnya. Menurut penjelasan oleh Setiasauah Politiknya, Misbahul Munir dalam blognya, [misbah.blogspot.com]pemberian itu bukan selamanya, tetapi atas dasar pajakan selama 30 tahun saja. Pemberian itu juga bukan sesuatu yang anih.

 

Misbah memberi contoh kerajaan Kelantan juga turut memberi tanah kepada sekolah-sekolah Cina di negeri itu. Jumlahnya lebih besar lagi. Menurut Misbah sebanyak 3,000 ekar. Nampaknya apa dilakukan kerajaan Kelantan menjadi ikutan kerajaan Perak. Yalah bukankah Kelantan menjadi role model ia harus ditiru dan diikuti.
Dalam pada itu jelas Misbah kerajaan Perak juga telah bersetuju untuk memberi semula geran perkapita sebanyak RM1.3 kepada 18 buah sekolah agama. Ia akan diagihkan di sepanjang bulan Ramadhan ini. Geran perkapita itu menurut Misbah ia dinafikan oleh kerajaan sebelum ini. Apakah tindakan itu tidak menunjukkan keperihatinan kerajaan Pakatan kepada sekolah agama?

 

Sebenarnya apa dilakukan Nizar itu adil dan saksama dan menunaikan kewajibannya sebagai pemimpin. Mungkin selepas ini sekolah Tamil dan Orang Asli pula akan mendapat hak dan bahagian masing-masing. Kerajaan Pakatan kena berpakat.

 

Tetapi kenapa ia menjadi masalah, apa yang saya nampak ialah kelemahan pihak Kerajaan Perak sendiri kerana gagal menjelaskan perkara itu. Disebabkan perkara ini kurang diberikan keutamaan maka berlaku kekeliruan seperti kini dan mudah pula ia dieksploitasikan oleh pihak lain.

 

Sepatutnya apa-apa juga dasar dan polisi sebelum dilaksanakan perlu dijelaskan sejelas-jelasnya.

 

Sepatutnya pegawai penerangan negeri dan juga lujnah penerangan parti Pas, DAP dan PKR menghebahkan mengenai kedudukan itu kepada ahli parti masing-masing. Mereka harus menggunakan apa saja ruang dan kesempatan untuk memberi penjelasan kepada rakyat sebagai mengelakkan kekeliruan.

Mereka tidak boleh tunggu dan harapkan kerjasama media arus perdana untuk bantu menjelaskannya. Selamanya media arus perdana tidak akan bersimpati dan memberi gambaran sebenar melainkan terus memutarbelitkan apa saja untuk kepentingan pihak yang mereka taukehi.

 

Kerja-kerja menerangkan polisi dan dasar kerajaan ini perlu diperluaskan dan menggunakan apa saja saluran dan kesempatan. Semua pihak di Perak seharusnya mengambil inisiatif dan peranan masing-masing. Sebab itulah di Kelantan ada individu tertentu menubuhkan institusi medianya sendiri untuk menjadi propagandis kepada kerajaan bagi menjelaskan dasar, polisi dan projek-projek baru diperkenalkan.

 

Dalam hal ini Setiausaha Poltiik dan Setiausaha Akhbar MB itu perlulah aktif dan kreatif bagaimana hendak mengatasi masalah itu.

 

Selain itu kenapa niat baik Nizar itu menjadi isu dan dikelirukan kerana beliau nampaknya kurang cermat dan mengabaikan taktikal politik dalam membuat pengumuman itu. Beliau sepatutnya tidak mendahului menghebahkan mengenai pemberian tanah kepada sekolah Cina itu sebaliknya mengumumkan mengenai pemberian perkapita kepada sekolah agama terlebih dahulu.

 

Beliau kena faham sensitiviti orang Melayu. Beliau adalah MB Melayu jadi orang Melayu mengharapkan beliau perlu memberi keutamaan kepada orang Melayu. Apa yang berlaku ke atas Nizar itu sama dengan apa yang dialami oleh Khalid Ibrahim di Selangor apabila Khalid mengumumkan peruntukan untuk projek babi sebanyak RM100 juta mendahului pengumuman projek atau intensif lain kepada rakyat.
Kerana projek itu kepentingan orang Cina menyebabkan orang Melayu di Selangor merasakan Khalid telah mengutamakan orang Cina dan mengabaikan orang Melayu. Apa lagi projek berkenaan (babi dan pemberian tanah itu) adalah atas inisiatif DAP menyebabkan orang merasakan Kahlid dan Nizar menjadi alat kepada DAP. Padahal realitinya apa yang beliau lakukan itu ialah kerana tanggungjawabnya sebagai MB tanpa mengira kaum.
Hendaknya di masa akan datang Nizar lebih berhati-hati dan perlu bermain politik bagi menjaga hati pihak-pihak tertentu bagi mengelakkan timbul kekeliruan dan salah faham
( SUMBER : http://msomelayu.blogspot.com/ )
Advertisements

Program Ihya Ramadhan Satu Lagi Keunikan Kelantan

Posted in Isu Agama, Isu Semasa, Renungan, Sosial on September 9, 2008 by Immette At-Tibranee

NEGERI Kelantan Darul Naim penuh dengan berbagai keunikan. Keunikan itulah menyebabkan Kelantan berbeza dan dilihat istimewa berbanding dengan negeri-negeri lain. Adakalanya keunikan itu cuba ditiru atau dikorbankopi oleh negeri-negeri lain tetapi tidak menjadi.

Keunikan itu bukan saja peninggalan generasi yang terdahulu, namun keunikan itu juga adalah hasil kreatif, atau pun dihasilkan oleh pemimpin dan masyarakat terkemudian. Ini menggambarkan rakyat Kelantan kreatif dan inovatif dalam mencipta keunikan yang menempati pula dengan budaya dan pegangan hidupnya (agama).

Ia bukan saja unik kerana memiliki kekayaan dari segi kesenian dan kebudayaan, tetapi dari segi pratikal Islamnya. Kerana keunikan itulah juga maka Kelantan dikenali dengan nama Serambi Makkah. Nama jolokan yang diberikan sejak hampir 100 tahun itu kekal sehingga ke hari ini.

Menarik dan mengkagumkan jolokan itu kekal pada Kelantan seperti mana utuhnya mutu logam emas yang tidak pernah terhakis dan mengalami penurunan nilai harganya. Dalam keadaan apa pun emas itu tetap mahal, maka seperti itulah juga “keistimewaan’ yang menjadi milik Kelantan itu.

Misalnya, kemunculan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Kelantan bermula tahun 1990 memberi satu lagi keunikan tersendiri kepada Kelantan. Kelantan muncul sebagai negeri pertama berMenteri Besarkan seorang tok guru bertitlekan ulamak. Kebanyakan menteri-menteri besar di negeri lain berkelulusan akademik atau sekular.


Kehadirannya (Nik Aziz) memberi sumbangan dan kesenimbungan kepada kerja-kerja mengagungkan Islam dan sekaligus mencatatkkan satu lagi keunikan di Kelantan.

Salah satu antara beberapa keunikan idea dan pendekatan pentadbiran Tok Guru Nik Aziz yang sangat terasa ialah mengenai kewujudan program Ihya Ramdhan yang kini sudah menjadi sebutan dan kebanggaan rakyat Kelantan sendiri kerana ianya wujud di Kelantan saja.

Ihya Ramdhan yang menganjurkan program solat Terawih di bawah khemah ala-ala di Arafah di musim haji diadakan di tengah-tengah bandar Kota Baru. Ianya dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang dibawah tanggungjawab Exco Takiyuddin Hassan.

Program ini mula diwujudkan pada Ramadhan 1415 (1994) dan kini sudah berusia 14 tahun. Ia adalah idea Nik Aziz. Dari program ini menunjukkan betapa bersungguh dan seriusnya Nik Aziz dalam mengembangkan syiar Islam di Kelantan dan mengekalkan Kelantan sebagai negeri Serambi Makkah.

Tujuan program ini diwujudkan ialah untuk menyemarakan suasana Ramadhan yang mahu jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan penuh dengan kebajikan dan amal ibdat. Sejarah awalnya atau tapak program ini ialah berhampiran setsen bas di tengah bandar Kota Bharu. Sebuah khemah khas seluas 12’ x 18’ didirikan di situ.

Mulanya ia lebih untuk memberi kemudahan dan menyediakan tempat berbuka (juadah dan morel) dan solat Terawih kepada para peniaga, pemandu teksi, pengayuh beca yang tidak sempat pulang ke rumah dan juga kepada para musafir yang tidak sempat ke masjid.

Peringat awal program ini diperkenalkan ia diketawakan oleh pihak tertentu dan menuduh ia adalah projek politik Pas. Pas dikatakan hendak menunjuk-nunjuk dengan program Islamnya.

Namun cemuhan itu tidak dipedulikan. Program itu terus dijalankan. Dari setahun ke setahun ia mendapat sambutan. Dari sebuah khemah kecil kini terpaksa dibangunkan khemah yang berkali ganda besarnya dan tapaknya kini sudah berubah ke pekarangan stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Prasarananya kini juga lebih selesa, menarik dan meriah apabila ia dijadikan Qaryah Ramadhan atau perkampungan Ramadhan.

Di perkampungan berkenaan programnya bukan saja lagi setakat mengerjakan solat sunat Terawih tetapi di situlah juga menjadi medium perhubungan ukhwah dan persaudaraan baik sesama muslim atau pun dengan bukan muslim apapbila majlis melibatkan bukan Muslim juga turut sama diadakan.

Sesungguhnya program Ihya Ramdhan yang dipenuhi dengan segala macam menu itu sesuatu yang unik dan menarik. Progam itu kini telah dimasukkan ke dalam kelendar Tahun Melawat Kelantan 2008, ini menyebabkan pelancung yang datang ke Kelantan bukan saja untuk membeli belah, melihat alam dan sosialnya yang berbeza namun turut sama beribadat.

Jelas sekali pihak Umno tidak dapat menyelami maksud serapang dua mata Nik Aziz dalam mengadakan program berkenaan. Di samping untuk mengimarakkan Ramdhan program itu juga menjadi medium untuk berdakwah, menyelesaikan tanggungjawab sebagai khalifah yang cukup efektik.

Kini terbukti program itu berjaya dan mendapat sambutan. Setiap malam lebih 1,500 orang datang berjemaah di khemah Terawih itu. Adakalanya khemah yang mampu memuatkan 1,200 jemah sekaligus itu melimpah keluar dan terpakasa didirikan khemah tambahan.

Mereka yang datang pula bukan saja dari segenap daerah di Kelantan tetapi ada yang datang dari luar termasuk Kuala Lumpur dan Singapura, mereka datang khas untuk sama-sama merasai kenikmatan mendirikan solat sunat Terwaih di situ dengan membawa keluarga masing-masing.

Disebabkan keunikan program itu begitu ketara sekali dan ia dapat menjadi medium membentuk ukhwah sesama manusia termasuk dengan bukan Islam adalah elok kalau negeri-negeri lain juga turut sama mengadakan program berkenaan. Atau kalau perlu program Ihya Ramdhan yang diilhamkan oleh Kelantan itu dijadikan prgoram diperingkat nasional.

Daripada menganjurkan tilwalah membaca al-Quran yang menelan belanja berjuta ringgit pada setiap tahun tapi kesannya tidak seberapa, rasanya elok kalau dibelanjakan wang itu untuk mengadakan program Ihya Ramdhan itu.

Adalah elok kalau pegawai Jabatan Islam Malaysia (Jakim) dan juga Pegawai-Pegawai Jabatan Agam Islam Negeri-Negeri atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sendiri datang melihat bagaimana program itu berjalan kemudian mengkajinya untuk diangkat menjadi progam peringkat kebanggaan dengan beberapa pindaan dan ubahsuai mana-mana yang patut.

 

( SUMBER : http://msomelayu.blogspot.com/ )

Isu Azan: BOHONG!!! – Teresa Kok

Posted in Isu Agama, Isu Semasa, Politik on September 8, 2008 by Immette At-Tibranee

BOHONG..!!!Itu kerja pihak tak bertanggung jawab..!

Itu reaksi pertama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan ketika dihubungi untuk pengesahan dakwaan beberapa pihak bahawa beliau terlibat dalam mengetuai petisyen penduduk di Puchong meminta supaya azan subuh dikawasan tersebut diperlahankan.

Menurut Teresa, sekiranya beliau menerima dakwaan tersebut, perkara tersebut akan dirujuk kepada EXCO yang bertanggung jawab dalam hal ehwal agama Islam negeri ini.

“Jika betul saya ada menerima aduan tersebut, saya akan rujuk isu tersebut kepada EXCO berkenaan iaitu Datuk Dr.Hassan Ali yang menguruskan portfolio berkaitan hal ehwal islam di Selangor.

“Buat apa nak hantar petisyen kepada Datuk Satim Diman? Beliau (Datuk Satim Diman) tak ada kaitan dalam pentadbiran di Selangor, kenapa nak rujuk pada orang yang tak ada kaitan dengan pentadbiran?”

Teresa Kok yang juga ADUN Kinrara sebelum ini didakwa terlibat dalam mengetuai satu petisyen penduduk Puchong kepada Datuk Satim Diman meminta supaya azan subuh diperlahankan kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam.(ini sah-sah kereje puaka-puaka UMNO/BN nih).

Teresa berkata dakwaan tersebut hanya satu pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggung jawab & bermotifkan politik.

“mereka sengaja menggunakan isu ini untuk mencaci serta memburukkan saya sebagai wakil rakyat DAP yang suka menimbulkan isu sensitiviti serta api perkauman.yang jelas, saya tidak pernah terlibat dalam isu tersebut & dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata”.

Teresa seterusnya berkata, walaupun berlainan agama, beliau masih prihatin terhadap isu melibatkan agama serta perkauman ini.

Oleh itu Teresa mencabar pihak berkenaan agar tampil mengemukakan bukti berhubung tuduhan tersebut.

“saya ingin tegaskan disini bahawa saya tidak pernah menulis surat atau berjumpa sendiri dengan Datuk Satim Diman seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

“Jika betul mereka mempunyai bukti mengenai dakwaan tersebut, dipersilakan tampil dengan bukti sebagaimana dakwaan” jelas Teresa lagi

 

( SUMBER : http://skuaddunbatucaves.blogspot.com/ )

SELAMAT BERPUASA

Posted in Isu Agama on August 31, 2008 by Immette At-Tibranee

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

Ibadat berpuasa telah di syariatkan kepada ummat sebelum kita dan di antara matlamat berpuasa ialah لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ supaya kamu bertaqwa. Taqwa adalah sifat muslimin yang tinggi dan terpuji yang menjadi bekalan untuk mendapat syurga Allah.

وَلَوْ أَنَّهُمْ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَمَثُوبَةٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ خَيْرٌ ۖ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertakwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui. Al baqarah

Marilah kita berdoa agar kita termasuk dari orang yang mengerjakan ibadat puasa dengan ikhlas dan sempurna untuk mendapat keridhaan Allah dan menjadi muslim yang bertaqwa yang mendapat pahala berganda dari Allah. Ameen”

Penduduk bukan Islam hidup aman di bawah pentadbiran PAS

Posted in Isu Agama, Isu Semasa, Politik on August 20, 2008 by Immette At-Tibranee

Masyarakat bukan Islam di negeri ini dapat hidup aman dan sentosa biar pun pentadbiran negeri ditadbir di bawah kepemimpinan ulama sejak lebih 18 tahun lalu.

Perkara itu diakui pemimpin masyarakat Cina di sini Lim Guan Seng yang juga Penghulu Tanpa Mukim Dun Tanjung Mas,

Menurutnya, walau pun Kelantan ditadbir di bawah PAS, namun kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan masyarakat bukan Islam bagi mendapat hak sebagai rakyat.

�Apa yang masyarakat Melayu dapat, itu yang kami perolehi seperti skim insurans warga emas (Kifaalah), sumbangan untuk orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik dan pelbagai lagi.

�Kami merasakan begitu selesa di bawah kerajaan Kelantan kerana konsep keadilan yang dilaksanakan oleh pemimpin kerajaan negeri terhadap masyarakat Tionghua dan kaum-kaum lain,� ujarnya di sini.

Pegawai Penerangan, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Chia Chu Lay pula berkata, banyak keistimewaan yang diperolehi masyarakat bukan Islam di bawah kepemimpinan PAS.

Antaranya kata beliau kerajaan PAS melantik wakil rakyat bukan Melayu, iaitu Dato’ Anuar Tan Abdullah sebagai anggota Exco kerajaan negeri.

�Walaupun beliau seorang Muslim, tetapi hakikatnya dia tetap sebangsa dengan kami,� ujarnya.

Beliau juga berkata, sebelum ini penduduk bukan Islam di luar Kelantan terpengaruh dengan dakyah yang mengatakan masyarakat minoriti di sini kurang mendapat pembelaan kerajaan negeri.

Baru-baru ini, seramai 100 pelawat dari Ipoh , Parit buntar dan Gual Badak melawat Kelantan. Mereka diberi penerangan mengenai kerajaan negeri oleh Lim Guan Seng dan Chia.

Abim risau suara pertikai Islam, Melayu

Posted in Isu Agama, Isu Semasa on August 18, 2008 by Immette At-Tibranee

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dalam muktamar tahunannya melahirkan lagi kebimbangannya tentang kemunculan suara-suara yang dianggapnya cuba mengganggu dan menggugat kepentingan Melayu dan Islam.

Satu seminar yang diadakan bersempena muktamarnya yang ke-37 di Seremban kelmarin menyatakan wujud golongan yang cuba mempertikaikan asas kenegaraan berselindung di balik nama “globalisasi, liberalisasi dan hak-hak asasi”.

Seminar yang diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) itu beranggapan golongan itu – yang tidak dinamakan – berbuat demikian “secara melulu demi memenuhi agenda kelompok mereka yang jelas tidak meraikan semangat permuafakatan” sejak kemerdekaan.

Abim, melalui resolusi seminar Seminar Islam dan Cabaran Semasa dengan tema Memperkasa Perjuangan Agama dan Bangsa, menambah tindakan golongan itu “hanya akan mengundang bahaya terhadap kestabilan dan keharmonian masyarakat yang telah terbina selama ini.”

Teks lengkap resolusi seminar, membincangkan kedudukan Islam dan Melayu dalam negara dan cabaran kepelbagaian budaya dan amalan demokrasi politik negara moden, yang disertai 800 perwakilan seperti di bawah:

Menginsafi perkembangan mutakhir yang menyaksikan terdapat kecenderungan pihak-pihak tertentu di negara ini atas nama globalisasi, liberalisasi dan hak-hak asasi terutamanya selepas pilihanraya umum ke-12 untuk menafsir dan mengolah asas-asas yang membentuk teras negara-bangsa Malaysia secara melulu demi memenuhi agenda kelompok mereka yang jelas tidak meraikan semangat permuafakatan yang telah terbina sejak lebih 50 tahun Merdeka, maka kami peserta Muktamar Sanawi Abim ke-37 dan Seminar Islam dan Cabaran Semasa bertemakan Memperkasa Perjuangan Agama dan Bangsa dengan ini ingin menyatakan pendirian kami bahawa:

1. Percubaan demi percubaan untuk membentuk persepsi baru mengenai pensejarahan Malaysia dengan sengaja menghilangkan kepentingan peranan faktor-faktor yang melatari sejarah, sosio-budaya, geo-politik tanahair dan yang lebih utama peranan Islam itu sendiri dalam pembentukan negara-bangsa hanya akan mengundang bahaya terhadap kestabilan dan keharmonian masyarakat yang telah terbina selama ini.

2. Angin perubahan atas nama globalisasi, liberalisasi dan hak-hak asasi janganlah dijadikan alasan untuk melunturkan hak-hak istimewa orang Melayu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan Raja-Raja Melayu dan kedudukan khusus Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

3. Menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin dan cintakan keamanan agar mempertahankan kontrak sosial sebagai asas pembinaan negara-bangsa kita dan pembentukan masyarakat majmuk Malaysia serta menolak sebarang usaha untuk mencetuskan ketidakharmonian dalam hubungan kaum di negara ini dengan mengganggu-gugat fabrik sosial yang telah terbina kukuh dan terbukti berjaya selama ini.

4. Mendesak pihak kerajaan supaya memperbaharui komitmen terhadap dasar-dasar utama pendidikan, kebudayaan dan bahasa yang jelas jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh akan menjadi teras utama dalam pembinaan perpaduan nasional.

Kita juga berpegang kepada firman Allah bahawa manusia dijadikan berbangsa-bangsa dan berkaum-kaum supaya mereka dapat mengenali antara satu sama lain, bukan untuk dipecah-pecahkan melalui politik perkauman.

Ini sekali gus tidaklah menghalang penerimaan secara positif kepelbagaian budaya dan agama kaum-kaum lain di Malaysia dan peranan mereka dalam proses pembinaan perpaduan nasional.

5. Mendesak kerajaan menjunjung tinggi integriti dan akauntabiliti dalam pentadbiran awam, institusi kehakiman, perundingan dan polis. Institusi-institusi ini perlu dikendalikan oleh manusia yang cekap, tegas, telus dan adil serta tidak memilih bulu.

6. Menyeru semua pihak agar usaha-usaha agresif untuk memperkasa institusi-institusi umat Melayu termasuklah institusi Raja-raja Melayu, majlis agama dan para ulama, ilmuan dan tokoh masyarakat, pertubuhan-pertubuhan masyarakat, media Melayu dan kelompok usahawan dan perniagaan Melayu demi melahirkan generasi Melayu Islam yang lebih tersusun dari sudut visi dan misi perjuangan mereka serta lebih terserlah kepimpinan akhlak, keilmuan dan kemasyarakatan mereka dalam menghadapi cabaran globalisasi, liberalisasi dan sekularisasi.

( SUMBER : http://www.malaysiakini.com/news/88009 )

PM : Islam Not Above The Constitution ( PM HADHARI )

Posted in Isu Agama, Politik, Renungan on August 17, 2008 by Immette At-Tibranee
SEKADAR UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Saya tidak sekali-kali berhasrat membabitkan diri dalam kontroversi forum anjuran Bar Council beberapa hari yang lalu. Bagaimanapun, saya ulang siar di sini tiga postings saya dalam kuda-kepang pada hujung 2007 di mana maksudnya adalah jelas dan terang. – Ruhanie Ahmad

Saturday, June 2, 2007
ISLAM TAK MENGATASI PERLEMBAGAAN?
[ISLAM IS NOT ABOVE CONSTITUTION?]

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kini seolah-olah berhadapan dengan satu masalah serius berbangkit daripada kenyataannya sendiri mengenai agama Islam di negara ini yang dibuat dalam satu sidang akhbar pada 31 Mei 2007.

Akhbar The Sun terbitan 1 Jun 2007, dengan jodol Islam Not Above The Constitution, Says PM, memetik Datuk Seri Abdullah sebagai berkata seperti berikut:

KUALA LUMPUR (May 31, 2007): Islam is not above the Federal Constitution, and the decision by the Federal Court on Lina Joy’s appeal was not politically motivated, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. – The Sun, June 1, 2007

http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=18093

Agensi Berita Nasional, Bernama 31 Mei 2007 pula memetik beliau dengan kenyataan berikut:

Abdullah also dismissed a suggestion from a foreign journalist that Islamic law was now above the Federal Constitution in the country.

“There is no such thing (of Islamic law being above the Federal Constitution). The Federal Constitution is the Federal Constitution. There is a set of laws we have to follow. It is something that we have to follow, that’s all,” he said. – Bernama, May 31, 2007, www.bernama.com

Akhbar Utusan Malaysia 1 Jun 2007 pula memetik beliau dengan kata-kata seperti berikut:

Abdullah turut menyangkal dakwaan seorang wartawan media asing bahawa undang-undang Islam kini mengatasi Perlembagaan Persekutuan negara ini. – Utusan Malaysia, 1 Jun 2007.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

Kenyataan Datuk Seri Abdullah dalam The Sun membawa maksud bahawa Islam sebagai agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat Muhamad “is not above the Federal Constitution.”

Kenyataannya dalam Bernama memberikan tafsiran bahawa beliau menafikan yang “Islamic law being above the Federal Constitution.”

Kenyataannya yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pula memberikan tafsiran bahawa beliau menyangkal “undang-undang Islam mengatasi Perlembagaan Persekutuan.”

Kenyataan Datuk Seri Abdullah yang telah dipetik oleh The Sun adalah sangat mengelirukan, berbahaya dan boleh mengundang implikasi negatif daripada segolongan umat Islam di negara ini.

Kenyataan beliau yang dipetik oleh Bernama dan Utusan Malaysia yang menyangkal bahawa “undang-undang Islam mengatasi Perlembagaan Prsekutuan” juga boleh mendatangkan pelbagai takrifan.

Saya tidak berhak untuk mengulas lebih daripada apa yang saya nyatakan seperti di atas. Tetapi, sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, saya berhak meminta Datuk Seri Abdullah untuk menyatakan benarkah beliau berkata “Islam is not above the Federal Constitution.” ?

Jelaskanlah dengan sebaik-baiknya kepada kita semua, terutama sekali sewaktu agama Islam di Malaysia kini memang sedang cuba dipersenda-sendakan oleh pihak yang sedang memilih untuk mempersendakannya.

Kalau Perdana Menteri tidak pernah berkata seperti yang dipetik oleh The Sun, tetapi hanya menyatakan seperti yang telah dipetik oleh Bernama dan Utusan Malaysia, maka akhbar The Sun mestilah bertindak sewajarnya dengan seberapa segera sebelum api kemarahan umat Islam memuncak dan membara akibat kesilapan strategik yang berkenaan. – Ruhanie Ahmad, Posted by kudakepang at 11:27 PM

Sunday, June 3, 2007
PM DAN PENASIHAT ISLAM DI JPM
MESTILAH PERBETULKAN KENYATAAN
“ISLAM IS NOT ABOVE CONSTITUTION”

Kali ini saya memilih untuk menjawab komen Saudara Hamizi, Saudara Ariff dan surfer yang menggunakan nama samaran Pesanan, dengan scara terbuka – tidak hanya terhad di ruang komentar semata-mata.

Terlebih dulu saya ucapkan berbanyak terima kasih. Keduanya, izinkan saya nyatakan di sini bahawa apa yang telah saya paparkan dalam blog ini – http://www.kuda-kepang.blogspot.com – dengan tajuk Islam Tak Mengatasi Perlembagaan?, atau Islam Is Not Above Constitution?, adalah satu usaha yang positif.

Apa yang saya paparkan dalam tulisan itu – mengenai kenyataan PM yang dipetik oleh akhbar the Sun adalah serius. Saya katakan serius kerana bagaimanakah PM boleh mengatakan dalam akhbar The Sun bahawa “Islam is not above the Federal Constitution”?

Saya amat musykil terhadap kenyataan ini kerana Islam adalah agama Allah. Islam mengatasi seluruh undang-undang yang diperbuat oleh umat manusia!!!

Mungkin PM hanya mahu mengatakan seperti yang dilaporkan oleh Bernama dan Utusan Malaysia bahawa “Islamic (syariah) laws are not above constitution” atau “undang-undang Islam (syariah) tidak mengatasi perlembagaan.”

Kalau itulah yang sebenarnya dimaksudkan oleh PM, kenyataan itu pun agak mengelirukan kerana sestengah pihak yang jahil pastinya tidak dapat membezakan hukum Islam yang ditentukan oleh Allah dengan undang-undang syarie yang digubal oleh manusia berasaskan Quran dan hadis!

Saya lebih terdorong untuk mempercayai bahawa yang dimaksudkan oleh PM adalah undang-undang syariah tidak mengatasi perlembagaan.

Kalau inilah hakikatnya, pegawai-pegawai PM dan penasihat agama Islam di JPM mestilah membuat pembetulan dengan seberapa segera, tepat dan jelas terhadap kenyataan PM yang dilaporkan oleh akhbar The Sun bahawa “Islam is not above the Federal Constitution.”

Sebab itulah saya merayu dengan kata-kata: “jelaskanlah dengan sebaik-baiknya kepada kita semua” akan apa yang dilaporkan oleh The Sun itu supaya pembetulan dapat dibuat dengan sewajarnya, “terutama sekali sewaktu agama Islam di Malaysia kini memang sedang cuba dipersenda-sendakan oleh pihak yang sedang memilih untuk mempersendakannya.”

Sebab itulah juga saya nyatakan bahawa “kalau Perdana Menteri tidak pernah berkata seperti yang dipetik oleh The Sun, tetapi hanya menyatakan seperti yang telah dipetik oleh Bernama dan Utusan Malaysia, maka akhbar The Sun mestilah bertindak sewajarnya dengan seberapa segera sebelum api kemarahan umat Islam memuncak dan membara akibat kesilapan strategik yang berkenaan.”

Jadi, salahkah saya membuat saranan seperti di atas? Salahkah saya bertindak menerusi blog ini supaya kenyataan PM yang sangat-sangat menglirukan itu dikoreksi dengan seberapa segera?

Salahkah saya katakan bahawa kalau tidak diperbetulkan segera, kenyataan PM itu boleh membawa implikasi serius? Kalau kenyataan itu tidak diperbetulkan, apa akan jadi kepada Islam yang diberikan status agama rasmi dalam perlembagaan negara kita ini?

Fikirkanlah dengan tenang. Sama-samalah kita berdoa semoga PM, Penasihat Islam PM Di JPM, serta seluruh pegawainya yang bijak laksana akan menerima teguran ini dengan hati terbuka demi kepentingan bersama. Sama-samalah juga kita berharap semoga satu pembetulan yang sewajarnya dibuat dengan segera. – Ruhanie Ahmad, Posted by kudakepang at 6:06 PM

Friday, September 14, 2007
SATU RENUNGAN DI AWAL RAMADHAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah dipetik oleh Channel News Asia – sebuah agensi berita berpangkalan di Singapura – sebagai berkata pada 12 September 2007, bahawa umat Islam Malaysia yang berhasrat meninggalkan agama tersebut perlu diberikan kaunseling oleh pihak-pihak berkuasa agama, dan, sekiranya mereka terus memilih untuk keluar daripada agama Islam, mereka perlu diizinkan berbuat demikian.

Menurut agensi berita itu, Abdullah kemudiannya menjelaskan bahawa kenyataan beliau dibuat atas kapasiti peribadinya sendiri.

Cuba kita rasionalkan, mengapakah agensi berita terbabit menyatakan yang Abdullah membuat kenyataan itu atas kapasiti peribadinya sendiri? Apakah ini bermaksud bahawa pendirian rasmi Abdullah adalah berbeza daripada pendirian peribadinya? Mengapakah Abdullah membuat kenyataan itu sempena awal Ramadhan? Mengapakah jadi begini? Apa sudah jadi?
Untuk membaca posting sepenuhnya, sila layari blog puteramaya di link: http://puteramalaysia.blogspot.com
 :