Di manakah silap Nizar Jamaluddin?

SEPERTI mana saya catatkan dalam posting sebelum ini kemurahan hati MB Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin memberi 400 hektar tanah kepada sekolah Cina bukan satu dosa kerana ia adalah untuk kepentingan pendidikan. Rasulullah s.a.w. sendiri sangat suka kepada pendidikan dan menyeru agar umatnya menuntut ilmu hingga ke negeri Cina.

Kalau orang Cina sudah datang ke tanah air kita, berladang dan berbudaya lagi bagus! Tidak payahlah kita merantau jauh ke benua Cina, kita menuntut dengan mereka di sini saja. Sudah tentu sekolah-sekolah Cina yang ada di negara ini walaupun masih terikat dengan kurikulum kebangsaan, namun tentu ada resipi pendidikan yang diwarisi dari datuk nenek mereka dan diterapkan dalam sekolah-sekolah berkenaan.

 

Jadi tidak ada salah tindakan Nizar itu.
Apa yang berlaku ialah kenapa timbul kekeliruan berhubung anugerah itu disebabkan tidak adanya penjelasan berhubung pemberian tanah itu seperti mana yang sebenarnya. Menurut penjelasan oleh Setiasauah Politiknya, Misbahul Munir dalam blognya, [misbah.blogspot.com]pemberian itu bukan selamanya, tetapi atas dasar pajakan selama 30 tahun saja. Pemberian itu juga bukan sesuatu yang anih.

 

Misbah memberi contoh kerajaan Kelantan juga turut memberi tanah kepada sekolah-sekolah Cina di negeri itu. Jumlahnya lebih besar lagi. Menurut Misbah sebanyak 3,000 ekar. Nampaknya apa dilakukan kerajaan Kelantan menjadi ikutan kerajaan Perak. Yalah bukankah Kelantan menjadi role model ia harus ditiru dan diikuti.
Dalam pada itu jelas Misbah kerajaan Perak juga telah bersetuju untuk memberi semula geran perkapita sebanyak RM1.3 kepada 18 buah sekolah agama. Ia akan diagihkan di sepanjang bulan Ramadhan ini. Geran perkapita itu menurut Misbah ia dinafikan oleh kerajaan sebelum ini. Apakah tindakan itu tidak menunjukkan keperihatinan kerajaan Pakatan kepada sekolah agama?

 

Sebenarnya apa dilakukan Nizar itu adil dan saksama dan menunaikan kewajibannya sebagai pemimpin. Mungkin selepas ini sekolah Tamil dan Orang Asli pula akan mendapat hak dan bahagian masing-masing. Kerajaan Pakatan kena berpakat.

 

Tetapi kenapa ia menjadi masalah, apa yang saya nampak ialah kelemahan pihak Kerajaan Perak sendiri kerana gagal menjelaskan perkara itu. Disebabkan perkara ini kurang diberikan keutamaan maka berlaku kekeliruan seperti kini dan mudah pula ia dieksploitasikan oleh pihak lain.

 

Sepatutnya apa-apa juga dasar dan polisi sebelum dilaksanakan perlu dijelaskan sejelas-jelasnya.

 

Sepatutnya pegawai penerangan negeri dan juga lujnah penerangan parti Pas, DAP dan PKR menghebahkan mengenai kedudukan itu kepada ahli parti masing-masing. Mereka harus menggunakan apa saja ruang dan kesempatan untuk memberi penjelasan kepada rakyat sebagai mengelakkan kekeliruan.

Mereka tidak boleh tunggu dan harapkan kerjasama media arus perdana untuk bantu menjelaskannya. Selamanya media arus perdana tidak akan bersimpati dan memberi gambaran sebenar melainkan terus memutarbelitkan apa saja untuk kepentingan pihak yang mereka taukehi.

 

Kerja-kerja menerangkan polisi dan dasar kerajaan ini perlu diperluaskan dan menggunakan apa saja saluran dan kesempatan. Semua pihak di Perak seharusnya mengambil inisiatif dan peranan masing-masing. Sebab itulah di Kelantan ada individu tertentu menubuhkan institusi medianya sendiri untuk menjadi propagandis kepada kerajaan bagi menjelaskan dasar, polisi dan projek-projek baru diperkenalkan.

 

Dalam hal ini Setiausaha Poltiik dan Setiausaha Akhbar MB itu perlulah aktif dan kreatif bagaimana hendak mengatasi masalah itu.

 

Selain itu kenapa niat baik Nizar itu menjadi isu dan dikelirukan kerana beliau nampaknya kurang cermat dan mengabaikan taktikal politik dalam membuat pengumuman itu. Beliau sepatutnya tidak mendahului menghebahkan mengenai pemberian tanah kepada sekolah Cina itu sebaliknya mengumumkan mengenai pemberian perkapita kepada sekolah agama terlebih dahulu.

 

Beliau kena faham sensitiviti orang Melayu. Beliau adalah MB Melayu jadi orang Melayu mengharapkan beliau perlu memberi keutamaan kepada orang Melayu. Apa yang berlaku ke atas Nizar itu sama dengan apa yang dialami oleh Khalid Ibrahim di Selangor apabila Khalid mengumumkan peruntukan untuk projek babi sebanyak RM100 juta mendahului pengumuman projek atau intensif lain kepada rakyat.
Kerana projek itu kepentingan orang Cina menyebabkan orang Melayu di Selangor merasakan Khalid telah mengutamakan orang Cina dan mengabaikan orang Melayu. Apa lagi projek berkenaan (babi dan pemberian tanah itu) adalah atas inisiatif DAP menyebabkan orang merasakan Kahlid dan Nizar menjadi alat kepada DAP. Padahal realitinya apa yang beliau lakukan itu ialah kerana tanggungjawabnya sebagai MB tanpa mengira kaum.
Hendaknya di masa akan datang Nizar lebih berhati-hati dan perlu bermain politik bagi menjaga hati pihak-pihak tertentu bagi mengelakkan timbul kekeliruan dan salah faham
( SUMBER : http://msomelayu.blogspot.com/ )

4 Responses to “Di manakah silap Nizar Jamaluddin?”

  1. nape lak kt kena bg hak sama rata dgn bgsa lain?bkn ke asl usul mrk cuma pndtg yg bdgang dtnh melayu?kmudian mndpt hak krkyatan dsini.kita ttp kene ingt smpi bila2 mrk ttp aslnya sbgi pndtg.tnh mly bkn ke hak org mly?apa pn klbhan&kutamaan hnya utk org mly.mngapa kt sbgi org mly perlu btolak ansur dgn bgsa lain?apakh tdk cukp kbebasn yg kt bg pd mrk slm ini?mrk bebas dlm b’agama,bbudaya mlh ekonomi negara ini bknkh mrk yg memonopolinya?msh x cukp apa yg mrk p’olehi?apa yg kita liht hr ni,org mly sdh tll jauh ktggln dr sgl aspek.skiranya mrk mahu semua yg org mly dpt,apa lg klbihan org mly yg tggl?1 hr nnt org mly sndiri trpksa merempat d tnh air sndiri.mgkn inilh slh 1 sbb mngapa brunei kuar dr mlysia.prkara ni akhirnya akn jd jgk jika kita terus biarkn pmbgkg mnjd kerajaan.org cina kini semakin tamak!org india pula semakin sombong tp sombong mereka sombong bodoh?fikirknlh….seandainya kt ini sbg pndtg,apakh kita akn dpt layanan sprti yg bgsa cina&india mahukn skrg?kt lihat sndiri org2 mly d singapura.apakh mrk bebas b’agama?mmakai tudung jg mnjd masalh pd krjaan singapura&org mly dperlekehkn.apakh kt dsini mahu mlihat bgsa mly dlayan sprti itu?pastinya kt x mahu.jd dr prmulaan lg kt harus ptahankn hak kt sbgi org mly.apapn alasn yg mrk beri,kt harus sntiasa ingatkn mrk bhwasanya asal usul mrk hanya sbagai pndatang.hak pndatang tdk blh dberi hak yg sama sprti yg org mly perolehi.apa jua alasan,org mly berhak mndpt lbh dr apa yg bgsa lain dr sgl aspek.kt perlu mnyambung pjuangan tun hussein onn yg mmprjuangkn hak org mly!tp apa yg mnyedihkn skrg bgsa cina terutamanya sdh mula berani mnyentuh hal2 sensitifviti org mly.apakh logik kndg babi nk dbsrkn d pnmpatan org mly?akhirnya nnt org mly kuar dr pnmptan mrk kmudian org cina akn mrmps tnh org2 mly!itulh keinginan mrk sbnrnya.mrk mahu org mly berundur!dr situpn kt blh mmbaca tindak tanduk mrk.x kanlh kt x blh bfikir sndiri?nizar jamaludin x ubah mcm lembu dtarik hdgnya.beliau hanya mnerima arahan dr bgsa cina(DAP).apakah beliau sdh lupa agaknya tujuan PAS?mnjdkn mlsia sbgai ngr islam?bknkh org mly penganut agama islam?jika bgsa lain perlu dberi keutamaan,dmana arah sbnrnya tujuan PAS?adakh semata2 ingin mndpt nama&kuasa semata2?fikirkanlah wahai mly semua………apapn alasn yg kalian berikn,pertahanknlh hak org mly.cukup2lah kebebasan yg pernah kt berikn pd bgsa lain.jgn lg dberi pd mrk hak sama rata dgn org mly.ini tanah air kita,apapun hak kt harus melebihi dr mrk.

  2. Aina, kenapa sekarang ini semua org ribut dengan kebangkitan PR ( bukan pembangkang dlm sistem demokrasi sbb saapa yg kuat dia akn jd kerajaan ). so tak de sitilah kerajaan atau pembangkang.

    sekarang ni, klu aina nk tahu, kelantan 95% melayu, kalau betul2 kerajaan BN skg ingin membantu kelantan, kenapa semua peruntukkan pembangunan di beri kepada JPP ( jabatan pembangunan persekutuan ) bukan kepada Kerajaan kelantan sendiri? dan kenapa segala projek pembangunan di bekukan dan di batalkan? kenapa pelabur tidak dibenarkan membuat pelaburan di kelantan? kenapa peruntukkan sekolar agama atau SAR kerajaan BN bekukan, kalau dia btl2 nk bantu org melayu? dan siapa kah yang menghapuskan pengajian BM kepada BI subjek sain dan matametik? kalau sy nk senaraikan semua apa yg kerajaan BN buat rasanya tak tidor satu mlm aina ingin membacanya. jangan suka menunding jari kepada org lain sbb 4 jari menghala kepada diri kita.

    dah selama 18 tahun kelantan di perintah oleh PAS, tak de pun berlaku pergaduhan melayu dan cina or india di kelantan? kenapa perlu takut pd bayangan? apa yang ada pada melayu? kalau aina di beri pilihan, aina ingin mempertahan kan melayu atau islam, yang mana satu aina akan pilih? tak semua melayu islam, sedangkan islam ada melayu, india dan cina. Islam di bawa bukan utk org melayu sahaja, tp utk semua kaum atau umat manusia di bumi ni. berpijaklah di bumi nyata aina. jgn kita terlalu kolot dlm membuat penghujahan. terima lah kenyataan bawa malaysia milik semua kaum bukan melayu sahaja. lagi pun dlm pelembagaan negara telah tercatit yang hak org melayu tak boleh di ganggu gugat.

    dalam pilihan raya, siapa yang menentukan pembahagian kawasan untuk pilihan raya? BN or PR? siapakah yang pecahkan undi2 melayu? BN or PR? so jangan slaah kan cina atau PR sekiranya CINA banyak pegang kerusi parlimen di malaysia. sbb yang bodohnya bukan PR tp kerajaan BN ( UMNO ). yang memecah belahkan melayu bukan PAS or PKR tp UMNO. cuba dtg ke kelantan, tgk mcm mana UMNO buat kat melayu kelantan. mereka

  3. Aina, kenapa sekarang ini semua org ribut dengan kebangkitan PR ( bukan pembangkang dlm sistem demokrasi sbb saapa yg kuat dia akn jd kerajaan ). so tak de sitilah kerajaan atau pembangkang.

    sekarang ni, klu aina nk tahu, kelantan 95% melayu, kalau betul2 kerajaan BN skg ingin membantu kelantan, kenapa semua peruntukkan pembangunan di beri kepada JPP ( jabatan pembangunan persekutuan ) bukan kepada Kerajaan kelantan sendiri? dan kenapa segala projek pembangunan di bekukan dan di batalkan? kenapa pelabur tidak dibenarkan membuat pelaburan di kelantan? kenapa peruntukkan sekolar agama atau SAR kerajaan BN bekukan, kalau dia btl2 nk bantu org melayu? dan siapa kah yang menghapuskan pengajian BM kepada BI subjek sain dan matametik? kalau sy nk senaraikan semua apa yg kerajaan BN buat rasanya tak tidor satu mlm aina ingin membacanya. jangan suka menunding jari kepada org lain sbb 4 jari menghala kepada diri kita.

    dah selama 18 tahun kelantan di perintah oleh PAS, tak de pun berlaku pergaduhan melayu dan cina or india di kelantan? kenapa perlu takut pd bayangan? apa yang ada pada melayu? kalau aina di beri pilihan, aina ingin mempertahan kan melayu atau islam, yang mana satu aina akan pilih? tak semua melayu islam, sedangkan islam ada melayu, india dan cina. Islam di bawa bukan utk org melayu sahaja, tp utk semua kaum atau umat manusia di bumi ni. berpijaklah di bumi nyata aina. jgn kita terlalu kolot dlm membuat penghujahan. terima lah kenyataan bawa malaysia milik semua kaum bukan melayu sahaja. lagi pun dlm pelembagaan negara telah tercatit yang hak org melayu tak boleh di ganggu gugat.

    dalam pilihan raya, siapa yang menentukan pembahagian kawasan untuk pilihan raya? BN or PR? siapakah yang pecahkan undi2 melayu? BN or PR? so jangan slaah kan cina atau PR sekiranya CINA banyak pegang kerusi parlimen di malaysia. sbb yang bodohnya bukan PR tp kerajaan BN ( UMNO ). yang memecah belahkan melayu bukan PAS or PKR tp UMNO. cuba dtg ke kelantan, tgk mcm mana UMNO buat kat melayu kelantan. mereka di tekan setiap penjuru. tapi org kelantan tidak kisah semua tu sbb mereka hidup berdikai. mereka berniaga dan tidak bergantung kepada kerajaan 100%, di sebabkan itulah kelantan terus bertahan di bawah kerajaan kelantan ( yang miskin ).

    insa’allah saya akan buat satu threat yang akan menghuraikan sedikit sebanyak tentang keperitan org kelantan dlm berpolitik.

  4. Tahukah anda bahawa hadith yang menganjurkan kita menuntut ilmu hingga sampai ke negeri China adalah palsu?

Leave a reply to Mohd Sufian Cancel reply