Archive for August, 2008

PAK LAH : KEPENINGAN YANG BELUM SELESAI

Posted in Isu Semasa, Politik on August 31, 2008 by Immette At-Tibranee

Jika dulu, UMNO adalah sebuah parti yang berjuang. Ada sahaja perjuangannya. Tak putus-putus. Dari penentangan penjajah, menuntut dan mencapai kemerdekaan, pembentukan Perikatan, kemudian Barisan Nasional, pembentukan Malaysia, sehinggalah memajukan negara berlandaskan Wawasan 2020.

Nama seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah tokoh yang berjasa, dan masih dikenang sehingga ke hari ini.

Kesinambungannya cukup cantik dan lancar. Namun, memang, bila sampai masanya kepemimpinan pun beralih, kuasa bertukar tangan. Pesanan ditintakan, “Perjuangan Yang Belum Selesai”.

Harapan

Kemudian si Abdullah Ahmad Badawi, pula duduk ditampok kuasa.

Para penganalisis politik nampak satu masalah Abdullah Ahmad Badawi, iaitu, dia ada rasa mahu untuk dibaris unggul bersama para pemimpin yang lalu.

Namun, Abdullah Ahmad Badawi tidak mempunyai kualiti kepemimpinan yang sedemikian.

Dia keliru dan dia mengelirukan. Maka pada orang lain, entah apalah niat dan maksudnya, apa pula perjuangan yang digagaskannya, tidak pula jelas visi dan misinya, dan pada titik hari merdeka ini, dengan kemunculan Ramadhan, UMNO jadi rosak kerana Abdullah Ahmad Badawi bakal tintakan, “Kepeningan Yang Belum Selesai”.

Mahathir Mohamad

Kepeningan ini ialah kepeningan kepemimpinan politik. Kepeningan ini bermula, apabila Abdullah Ahmad Badawi mula selesa, tiba-tiba dia dikritik oleh Mahathir Mohamad. Sehingga sekarang, kritikan masih berterusan.

Bukan semua orang sukakan Mahathir Mohamad, ada juga musuh politik dan orang lain yang membencinya. Namun, pengaruh Mahathir Mohamad masih kekal, khususnya dalam menentukan siapa pemimpin parti dan negara. Pengaruhnya masih luas, lebar, lebat, dan punyai ledakan.

Adalah mudah bagi Abdullah Ahmad Badawi untuk menangani konflik PM-dan-mantan PM ini, namun, sejak 2003, berapa kalikah mereka berjumpa? Jika inipun tidak diselesaikan dengan baik, kepeningan Abdullah Ahmad Badawi akan berpanjangan.

Mahathir Mohamad itu doktor politik. Baru-baru ini pun ada ditawarkannya penawar, untuk memulihkan keyakinan ramai terhadap UMNO. Selain UMNO, walau apapun peluang dihulurkan kepadanya, Mahathir Mohamad tetap setia kepada UMNO. Dia keluar UMNO pun kerana Abdullah Ahmad Badawi masih Presiden UMNO, dan dia bakal kembali ke pangkuan UMNO bila Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi Presiden UMNO.

Pendiriannya tetap, yakni Abdullah Ahmad Badawi, mestilah meletak jawatan Presiden UMNO. Maka apakah mungkin, Abdullah Ahmad Badawi sudi mendapatkan khidmat Mahathir Mohamad akan penawar penyelesaian akan kepeningannya, sedangkan masalah UMNO ialah masalah Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin, yang lemah, lembik, longlai, dan lesu.

Mohd Najib Abdul Razak

Kepeningan Abdullah Ahmad Badawi seterusnya ialah Mohd Najib Abdul Razak. Jika diikutkan lazimnya, Presiden UMNO seterusnya ialah Mohd Najib Abdul Razak, yang jauh kelihatan hebatnya dari sudut kepemimpinan.

Disuatu masa, Mohd Najib Abdul Razak begitu kuat, kerana pengaruh dan sokongan terhadapnya dari pemimpin tertinggi hingga kepada akar umbi. Namun, kini Mohd Najib Abdul Razak sudah menurun pengaruhnya.

Kepada Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin ini, Mohd Najib Abdul Razak, bukanlah kepeningan, disebabkan adanya pemaufakatan di antara mereka berdua. Pertengahan 2010, diterima juga oleh Mohd Najib Abdul Razak. Terkecuali, desakan paling kuat, pasca pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh, dari pihak dalam UMNO supaya peralihan kepemimpinan dan perpindahan kuasa, ditekan ke atas Abdullah Ahmad Badawi, menjadi nyata sekarang juga, maka Mohd Najib Abdul Razak, masih mampu menduduki kerusi Presiden UMNO.

Tengku Razaleigh Hamzah

Kepeningan tambahan kepada Abdullah Ahmad Badawi ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Kepeningan ini berlainan sedikit, sebab ianya muncul selepas PRU 12. Tawaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk mencabar jawatan Presiden UMNO, bangkit dari keikhlasan hatinya untuk berbakti. Berdasarkan pengalamannya yang luas, agak mudah untuk menyelamatkan rakyat dan negara Malaysia daripada terjerumus dalam kemelut ekonomi. Walaupun mudah, kelihatan pada Tengku Razaleigh Hamzah, bahawa Abdullah Ahmad Badawi memilih jalan yang payah, berliku-liku, yang punyai risiko besar.

Walaupun ada usaha menyekat pergerakan Tengku Razaleigh Hamzah yang mula mendapat sokongan akar umbi, namun keikhlasannya masih bertaraf perjuangan sejak 1946. Tengku Razaleigh Hamzah bebas dari apa juga perkecimpungan Abdullah Ahmad Badawi dalam UMNO sejak dia menjadi Presiden UMNO.

Kepeningan Abdullah Ahmad Badawi ini akan bermula selepas 8 Mac 2008, 26 Ogos 2008, dan menjadi perit menjelang 19 Disember 2008.

Lain-lain

Selain itu, kepeningan Abdullah Ahmad Badawi bertambah dengan semakin hari semakin lantang suara penentangan dari para pemimpin UMNO yang vokal, serta para pemimpin parti politik dalam Barisan Nasional, yang merasa terpinggir, dan tidak berpuas hati mengenai beberapa isu. Keperingkat usul tidak percaya terhadap Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin.

Anwar Ibrahim

Namun, semua kepeningan yang tersebut, tidak dapat menandingi kepeningan Abdullah Ahmad Badawi bila berhadapan dengan Anwar Ibrahim menjelang 16 September 2008.

Anwar Ibrahim ternyata mempunyai kualiti kepemimpinan yang istimewa. Sejak muda dan semasa awal lagi, Anwar Ibrahim sudahpun mencipta nama di persada politik tanahair dan kepemimpinan dunia.

Apabila keluar dari penjara, Anwar Ibrahim tidak pernah menjadi ancaman. Lantaran itu Anwar Ibrahim bukanlah kepeningan buat Abdullah Ahmad Badawi.

Tetapi lain macam punya kepeningan dari Anwar Ibrahim, yang semacam menyerang bertubi-tubi, dan sakitnya bukan kepalang. Terutama bila Anwar Ibrahim mula semula aktif berpolitik. Kemudian bertanding pula di P 44 Permatang Pauh. Seterusnya mara menjejak kaki di Parlimen.

Apa langkahkah untuk menyekat Anwar Ibrahim? Paling dahsyat kepeningan ke atas Abdullah Ahmad Badawi ialah Anwar Ibrahim semakin hampir ke PutraJaya.

Ertinya, Abdullah Ahmad Badawi bakal tumbang dari kerusi yang didudukinya. Sebagai Perdana Menteri Malaysia, jawatan ini bakal diserahkan kepada Anwar Ibrahim.

Tarikh ini bermula dengan 16 September 2008.

Bila ini benar-benar berlaku, dalam kepeningan berpanjangan ini, Abdullah Ahmad Badawi, rakan-rakan yang sewaktu dan sekapal dengannya, dalam kerajaan, dalam barisan, dan dalam parti, akan dijangkiti kepeningan juga.

Lebih-lebih lagi, kepeningan yang lebih besar daripada semua yang tersebut, yakni, semakin ramai Rakyat Malaysia yang telah tolak Abdullah Ahmad Badawi, telah tolak UMNO, telah tolak Barisan Nasional.

Kerana Rakyat Malaysia, sudah ada dan mula terima pemimpin sebenar, Anwar Ibrahim, Parti KeADILan Rakyat, dan Pakatan Rakyat yang jauh lebih unggul untuk memerentah supaya memajukan Rakyat, dan memakmorkan Negara Malaysia.

16 September 2008.

Segala kepeningan Abdullah Ahmad Badawi, yang menekan Rakyat Malaysia, selama ini, maka pada tarikh itulah, Rakyat Malaysia pula yang bebas, merdeka daripada kepeningan Abdullah Ahmad Badawi

( SUMBER : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=15215 )

Advertisements

SELAMAT BERPUASA

Posted in Isu Agama on August 31, 2008 by Immette At-Tibranee

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

Ibadat berpuasa telah di syariatkan kepada ummat sebelum kita dan di antara matlamat berpuasa ialah لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ supaya kamu bertaqwa. Taqwa adalah sifat muslimin yang tinggi dan terpuji yang menjadi bekalan untuk mendapat syurga Allah.

وَلَوْ أَنَّهُمْ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَمَثُوبَةٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ خَيْرٌ ۖ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertakwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui. Al baqarah

Marilah kita berdoa agar kita termasuk dari orang yang mengerjakan ibadat puasa dengan ikhlas dan sempurna untuk mendapat keridhaan Allah dan menjadi muslim yang bertaqwa yang mendapat pahala berganda dari Allah. Ameen”

SPR MENIPU ????

Posted in Isu Semasa, Politik on August 27, 2008 by Immette At-Tibranee

Keputusan diumumkan SPR bahawa calon BN memperolehi undi sebanyak 15, 524 menimbulkan persepsi bahawa telah berlaku sesuatu yang tidak kena.  Jika mengikut fakta bahawa hanya terdapat 65 % pengundi ( 38,144 orang ) yang keluar mengundi pada hari semalam, BN Cuma boleh memperolehi undi sebanyak 6,410 dan bukannya 15,524. 

Fakta:
38,144 pemilih berdaftar (65.25 %) keluar mengundi 
Semakan
Undi diperolehi Calon AKIM: 92
Undi Diperolehi DSAI: 31,195
Undi diperolehi BN: 15,524
Undi Rosak: 447
Jumlah undi Pos: 490
Jumlah Semua Kerta Undi: 47,748 ( jumlah ini menunjukkan bahawa yang keluar mengundi termasuk pengundi pos adalah 47, 748 orang iaitu 81.68% iaitu peratusan yang sama dengan jumlah yang keluar mengundi di Parlimen Permatang Pauh pada PRU ke12,  8 Mac lalu.  

Sedangkan kita semua maklum bahawa melalui pengumuman yang disahkan oleh SPR bahawa pada kali ini cuma 65.25 % iaitu 38,144 orang pemilih berdaftar sahaja yang keluar mengundi di Parlimen Permatang Pauh.  Dari mana pula datangnya sejumlah 9,114 kertas undi lagi yang telah mengubah jumlah undi yang sepatutnya diperolehi oleh BN iaitu 6,410 undi  menjadi 15,524 undi.
  

Ini yang sepatutnya:
38,144 pemilih berdaftar (65.25 %) keluar mengundi 
Semakan
Undi diperolehi Calon AKIM: 92
Undi Diperolehi DSAI: 31,195
Undi diperolehi BN: 6,410
Undi Rosak: 447J
umlah kertas undi keseluruhannya: 38,144
Jumlah undi Pos: 490  
Kesimpulan: BN & SPR menipu lagi lah.  

Barangkali penipuan ini tidak perlu dipedulikan sangat sebab PR sudah menang.  Tetapi apa yang dikesali ialah BN dengan memperkudakan SPR masih lagi mahu menipu rakyat.  Pada PRU ke 12 lalu, BN telah mendapat isyarat bahawa rakyat mahu mereka melakukan sesuatu untuk memulihkan kepercayaan terhadap mereka.   Sebagai seorang kakitangan kerajaan saya merasa amat malu dengan penipuan yang masih lagi dilakukan oleh kerajaan ini.  Sepatutnya kerajaan meningkatan integriti dan moralnya dengan cara berhemah dan tulus ikhlas agar kepercayaan serta keyakinan ramai termasuk penjawat awam dapat dipertingkatkan semula.  Namun, amat mendukacitakan Kerajaan BN masih lagi memilih cara yang bangsat dan bedebah dengan melakukan penipuan dalam pilihanraya untuk memulihkan imej dan maruahnya yang telah tercalar teruk.  Kalau beginilah caranya, tak payahlah menjadi kerajaan lagi selepas ini.   BN boleh menipu tetapi dengan angka-angka ini jelas menunjukkan penipuan dilakukan tidak boleh ditutup dan dinafikan lagi.  Tolonglah wahai Kerajaan yang memerintah, kalau ingin bernyawa lebih lama lagi, lakukan sesuatu dengan cara yang betul dan jujur.  Jangan menganggap rakyat ini bodoh seperti kambing, lembu dan kerbau!!.

 

 

 

DNA : KHAS UNTUK ANWAR

Posted in Isu Semasa, Politik on August 27, 2008 by Immette At-Tibranee

”……….Rang Undang-Undang Identifikasi DNA 2008 yang dibacakan buat kali kedua pada sidang Dewan Rakyat hari.

Syed Hamid turut mengulangi kenyataannya bahawa bank data itu bukan diwujudkan kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Menurutnya, ia tiada kena mengena dengan Anwar kerana kerajaan sebenarnya telah merancang untuk menggunakan analisis DNA sejak tahun 2000……….”

Memetik kenyatan Menteri Dalam Negeri .
Adakah benar kenyatan Menteri Dalam Negeri di atas ?
Adakah benar kerajaan merancang untuk menggunakan analisis DNA sejak tahun 2000 ?

Cuba perhatikan beberapa perkara di bawah ini

Makna nya seolah – olah perkara ini sudah dikaji , dibahas dan disediakan serta persediaannya cukup lengkap , dalam semua aspek

PERTAMA , Adakah Jabatan Kimia sudah dilengkapi dengan alat ‘thermal cyclers’ ,  ‘real time DNA fragment size analyser’ dan lain – lain , iaitu alat Chemistry Analyzer yang khusus , yang berharga berjuta – juta ringgit , bagi mengdiagnosis dan melakukan Pemetaan Jujukan Asid Amino ?

Jawapan : Tidak. Hanya Jabatan Kimia Petaling Jaya sahaja yang telah dilengkapi dengan peralatan asas ini. Jadi bagaimana mungkin untuk mengendalikan permintaan ujian DNA dari seluruh negara ?

KEDUA , Adakah semua Jabatan Kimia sudah diwartakan dan mendapat sijil akredatasi bagi menjalankan ujian DNA ?

Jawapannya : TIDAK , hanya Jabatan Kimia Petaling Jaya sahaja , yang sudah diwartakan.

So , bagaimana ia berkemampuan untuk mengendalikan permintaan ujian DNA dari seluruh negara ?

KETIGA , Adakah bilangan Ahli Kimia yang berkelayakan dan lulus akreditasi khas , mencukupi  ?

Jawapan : Tidak. Dalam Malaysia sekarang ini , iaitu hingga kini , hanya beberapa orang Ahli Kimia sahaja yang mempunyai kelayakan asas dan lulus , serta diwartakan ’gazzet’ dalam menguruskan kes – kes ’MEDICAL LEGAL’, iaitu yang sedang bekerja di Jabatan Kimia Petaling Jaya sahaja.

Jadi bagaimana Ahli – ahli kimia ini mampu untuk menjalankan ribuan malah ratusan ribu sampel DNA ?.          

Rasa – rasanya , menerusi Akta DNA , Identifikasi ini , kerajaan hanya berminat untuk menjalankan SATU SAMPEL DNA , sahaja , iaitu MILIK YB DSAI.

Betul tak ?
Kerajaan sebenarnya tidak bersedia dengan semua kemudahan infrastruktur asas ini , iaitu , PERALATAN , TENAGA MANUSIA dan MAKMAL

Dikuatiri bilamana Akta DNA Identifikasi ini lulus , tetapi semua infrastruktur di atas tadi tidak bersedia , dan tidak disediakan , so , bagaimana hendak dilaksanakan sepenuhnya Akta DNA ini ?

Mampukan Jabatan Kimia Petaling Jaya , dengan beberapa orang Ahli Kimia mengendalikan sebegitu banyak kes , untuk ujian DNA ?

Hanya jawapan jujor dari kerajaan sahaja yang mampu menolak semua prasangka , andaian dan pendapat serta tohmahan rakyat sekarang ini.

Bersediakah kerajaan untuk menafikan , dengan jujor dan iklhas bahawa Akta DNA Identifikasi ini BUKAN untuk tujuan memerangkap YB DSAI ?

Akta DNA Identifikasi ini benar , tapi waktu ianya dibentangkan tidak sesuai , disamping tidak ada persediaan dari segi kemudahan makmal , peralatan dan tenaga manusia Ahli Kimia

Kalau benar ianya dirancang sejak tahun 2000 , semua kemudahan asas iaitu makmal , peralatan dan tenaga manusia Ahli Kimia , sudah lengkap dan siap sedia.

Ini bermakna , 10 hb Sept , tarikh sebutan semula kes liwat di Mahkamah Tinggi , Jalan Duta dan tarikh 16 hb sept tarikh akhir peralihan kuasa di Putrajaya , saling kejar mengejar .

Mana satu yang akan terjadi ? 6 hari , 10 sept hingga 16 sept , sempatkan YB DSAI akan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi , sekiranya Akta DNA ini diluluskan sebelum 29 hb Ogos , iaitu sebelum Parlimen berehat sehingga 13 hb Oktober  ?

Manusia hanya mampu merancang !!!!
Allah jua yang menentukan segala – galanya.


Bank data DNA beri suspek keadilan 

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Rang Undang-Undang Identifikasi DNA 2008 yang dibacakan buat kali kedua pada sidang Dewan Rakyat hari.

Syed Hamid turut mengulangi kenyataannya bahawa bank data itu bukan diwujudkan kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Menurutnya, ia tiada kena mengena dengan Anwar kerana kerajaan sebenarnya telah merancang untuk menggunakan analisis DNA sejak tahun 2000.

( SUMBER : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=15021 )

Debaran 16 September semakin kencang

Posted in Isu Semasa, Politik on August 27, 2008 by Immette At-Tibranee

Biar pun dihujani dengan laporan media yang paling herot dalam sejarah pilihan raya kecil, namun keputusan yang diumum malam tadi membuktikan rakyat tidak sabar lagi menunggu peralihan kuasa kuasa di peringkat persekutuan.

Rakyat seperti tidak menghiraukan momokan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang enggan mengakui peralihan kuasa semakin deras berlaku sekarang.

Maka tanggal 16 September ini ditunggu dengan penuh debar. Dato’ Seri Anwar Ibrahim mulai esok akan menduduki kerusi pertamanya sebagai Ketua Pembangkang, kemudian beransur mengesot ke Putrajaya.

Bukan lagi sekadar peralihan pimpinan Dato’ Seri Najib Razak menggantikan Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang semakin lelah untuk terus berpolitik.

Ramai berhujah mengapa Najib menanggung malu teramat sangat dengan kekalahan teruk BN di Permatang Pauh, sedangkan Perdana Menteri dilahirkan tidak jauh dari situ.

Sebaliknya Abdullah terus menyepi biar pun dari awal lagi seperti sudah menduga Umno dan BN semakin diheret ke penghujung usia.

Pengerusi KeADILan Kelantan, Aziz Abdul Kadir berkata, biar pun BN dibantu dengan jentera kerajaan, wang ringgit dan media massa, namun rakyat tidak lagi menghiraukan kehadiran mereka.

“Rakyat perlukan sebuah kerajaan yang benar-benar dekat dengan jiwa mereka dan sudah sampai masanya menggantikan kerajaan yang begitu banyak penyakit sekarang.

“Permulaan hijrah ke arah itu sudah dimulakan rakyat di Permatang Pauh. Keberanian rakyat Kelantan yang merubah arus politik sudah benar-benar menjangkiti rakyat di seluruh negara,” katanya di sini.

Malam tadi diumumkan jumlah majoriti yang diraih Anwar pada pilihan raya kecil Permatang Pauh mengatasi bilangan undi dipunggut calon BN, Dato’ Arif Shah Omar Shah yang medapat 15,524 undi.

Perbezaan undi diraih antara Pakatan Rakyat dan BN sebanyak 15,671 undi, suatu angka yang terlalu besar bagi sebuah pilihan raya kecil.

Pada pilihan raya tersebut yang kononnya disifatkan media nasional sebagai paling ganas, Anwar mendapat 31,195 undi.

Manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Hamat hanya memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, kemenangan calon Pakatan Rakyat membuktikan rakyat Malaysia matang dalam membuat pilihan.

“Mereka mahukan perubahan segera dilakukan terhadap pimpinan negara. Rakyat sudah muak dengan janji-janji kosong yang sengaja diumpan kepada mereka setiap kali pilihan raya diadakan.

“Rakyat mahukan kepada perubahan pimpinan yang cakna kepada kebajikan mereka dan tidak menindas dengan polisi dan dasar yang sengaja dicipta,� katanya.

Beliau yang juga Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat berkata, rakyat mulai berani menghukum kerajaan BN selepas mereka berdendam dengan kenaikan kos hidup disebabkan salah urus pentadbiran negara.

Menurut Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, kemenangan di Permatang Pauh membuktikan Pakatan Rakyat begitu kukuh dan berpadu dalam meneruskan perjuangan membina kerangka baru politik di Malaysia.

Kata beliau rakyat terus memberi kepercayaan tanpa berbelah bagi kepada Pakatan Rakyat ke arah mewujudkan Malaysia Baru yang lebih serasi dengan kehidupan mereka.

“Rakyat di Permatang Pauh juga tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang dilemparkan pemimpin Umno kepada Ketua Umum KeADIlan. Isyarat rakyat sudah jelas sekarang.

“Mereka kini tidak takut lagi menggunakan ruang demokrasi bagi melumpuhkan kepemimpinan BN,” katanya.

 

( SUMEBR : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16684&Itemid=1 )

Raja Petra kesal TMNet sekat akses ke Malaysia Today

Posted in Isu Semasa, Politik on August 27, 2008 by Immette At-Tibranee

Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin kesal dengan pihak tertentu di TMNet kerana menyekat akses ke laman beliau sejak jam 6 petang semalam.

Iklan
 
 
   

Beliau yang dalam perjalanan dari Permatang Pauh ke ibu negara menghubungi Harakahdaily bagi menyatakan kekesalan dan bantahan beliau terhadap pengurusan TMNet kerana menghalang kebebasan bersuara dalam negara.

“Kami telah maklumkan kepada pelayar Malaysia Today bahawa kami akan mengemaskinikan laman setiap masa dan akan menyiarkan keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh seawal jam enam petang.

“Sebaik sahaja tiba waktu tersebut, akses laman kami disekat, pelayar Malaysia Today yang menggunakan talian lain, serta dari luar negara dapat mengakses laman kami,” ujarnya.

Katanya, semua pengguna streamix sejak petang semalam disekat dan setelah siasatan teknikal dibuat, akses ke laman web beliau memang sengaja disekat sebagai suatu sabotaj untuk menghalang maklumat yang tepat dan cepat.

Oleh itu katanya, pelayar yang menggunakan streamix tidak dapat mengakses laman web beliau, sehingga beliau terpaksa mengubah laman tersebut ke tempat lain iaitu di http://mt.harapanmalaysia.com/2008/.

Sekatan itu katanya, menyebabkan beliau tidak dapat mengemaskini pada waktu yang tepat.

“Saya terpaksa menghubungi rakan di luar negara dan menghantar bahan-bahan untuk dikemaskinikan daripada sana,” ujarnya

( SUMBER : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16685&Itemid=1 )

Pakatan Rakyat digesa fokus selamatkan negara

Posted in Isu Semasa, Politik on August 27, 2008 by Immette At-Tibranee

Kemenangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh merupakan satu petanda yang jelas rakyat menolak budaya politik fitnah dan pembohongan serta menyerang peribadi.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid berpendapat dengan meraih kemenangan tersebut, fokus Pakatan Rakyat kini harus diberikan kepada agenda-agenda besar untuk menyelamatkan negara.

“Rakyat terlau ghairah untuk melihat perubahan dalam politik negara. Keputusan tersebut juga menunjukkan rakyat sudah tidak dapat menerima pemimpin yang masih berselindung di sebalik pembangunan serta penyalahgunaan kuasa serta amalan kronisma dan nepotisma yang masih berlaku.

“Dalam pilihan raya kecil ini juga kita menyaksikan Barisan Nasional menggunakan seluruh jentera kerajaan,”katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily.

Beliau melahirkan kekesalan kerana adanya pemimpin negara yang turut terlibat secara langsung menyebarkan fitnah melalui edaran risalah tenng fitnah yang nyata terhadap Anwar sepanjang tempoh berkempen.

Perbuatan ini katanya, sangat berbahaya kerana seolah-olah mengesahkan amalan buruk yang boleh diikuti rakyat biasa.

Mohd Azmi yang turut meninjau sendiri suasana di Permatang Pauh sepanjang kempen pilihan raya juga melahirkan kekesalan dengan pemimpin Pemuda Umno yang dilihat bersikap samseng dengan mencaci maki serta menyerang secara jijik terhadap peribadi Anwar.

Katanya, sikap ini tidak seharusnya berlaku kerana semua pihak harus memahami bahawa proses perbicaraan terhadap beliau patut dihormati.

Bagaimanapun katanya, pemimpin Pemuda Umno dilihat terlalu ghairah untuk menghukum Anwar.

“Hampir semua anggota kabinet turun berkempen dan cuba menjelaskan tentang pembangunan negara. Tetapi ternyata segala kenyataan mereka itu sudah tidak dipercayai rakyat,”katanya.

Dalam pada itu, Mohd Azmi juga menganggap media arus perdana secara jelas menunjukkan amalan kewartawanan dan pemberitaan yang sangat rendah, yang mana turut berkonspirasi dengan cuba memberi gambaran untuk menghina apa yang telah diperjuangkan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Mohd Azmi menegaskan, dengan kemenangan KeADILan di Permatang Pauh , Pakatan Rakyat perlu memberikan fokus dengan menunjukkan contoh yang baik dalam pentadbiran negeri-negeri pimpinannya.

“Sekarang ini Pakatan Rakyat sudah cuba menyusun barisan kepimpinannya yang meyakinkan dan sudah mempunyai kabinet bayangan, sekaligus menghasilkan satu dokumen khas Pakatan Rakyat kepada rakyat.

“Pakatan rakyat juga cuba mendekati Ahli Parlimen yang berminat untuk berdialog secara telus dan terbuka. Ada yang merasakan sekaranglah masa untuk bersama dengan sebuah kerajaan yang baru setelah rakyat melihat adanya kepimpinan lain selain Barisan Nasional,”katanya