Archive for July, 2008

Dasar DEB diawal perlaksanaannya dan kini!

Posted in Uncategorized with tags on July 31, 2008 by Immette At-Tibranee

“Tidak siapa menyangkal tujuan murni DEB. Tanya saja kepada seluruh rakyat Malaysia tak kira dari kaum mana pun!

Di awal pemerintahan Tun Dr Mahathir penyertaan Bumiputra di segala bidang sudah menampakkan kejayaannya! Malah diperkirakan secara peratusannya penyertaan Bumiputra dibidang Ekonomi sudsh mencapai 20% dijangkawaktu tak sampai 15 tahun perlaksanaannya!

Pengswastaan yg tak dirancang dengan baik mengakibatkan ianya terbantut! Segala peluang perniagaan yang sepatutnya ditujukan kepada Usahawan Bumiputra dirampas oleh Syarikat swasta GLC. Namakan apa saja Lembaga yg menguntungkan Kerajaan seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom,Hospital,Jabatan Bekalan Air dan Keretapi Tanah Melayu telah diswastakan!

Jabatan Kerja Raya telah diubah fungsi dimana kesemua kerja telah ditenderkan dan JKR hanya sebagai badan penyelia serta pemantau kerja! Kesemua Bengkel JKR dimatikan funsinya dan segala kerja kerja penyelengaraan diswastakan juga.

Akibat dari dasar tersebut ramai Usahawan Melayu yang pada mulanya mendapat faedah lansung sebagai pembekal dan kontraktor kecil kecilan tiba tiba hilang mata pencarian! Mereka terpaksa bersaing dengan GLC yang kemudiannya juga menubuhkan anak syarikat meraihkan kontrak dari syarikat Induk!

Contoh yang nyata sepeti di Felda sendiri banyak anak syarikatnya bersaing dengan pembekal Bumiputra.Juga Propel bersaing dengan kontraktor kecil Bumiputra!

Ternyata dari awal lagi telah tumbuh banyak syarikat yg menjadi Pembekal dan Pengedar Barangan seperti Elektrik,Logam dan Peruncitan tidak dapat berkembang kerana mereka terpaksa bersaing dengan syarikat GLC!

Maka tidak hairanlah penyertaan Bumiputra dibidang ekonomi menguncup setelah dasar Pengswastaan diperkenalkan!

Kerajaan BN kesudahannya bukan menambahkan lagi ekuiti Bumiputra tetapi melembabkan lagi pertumbuhan ekuitinya!

Seharusnya Kerajaan belajar dari kesilapan berlaku dan membuka kembali peluang kepada usahawan kecil Bumiputra kepada seberapa banyak peluang yang boleh dan mansuhkan saja anak anak syarikat GLC kerana secara terang menampakan ianya tidak membantu pertumbuhan ekuiti Bumiputra!

Seandainya Kerajaan BN lebih bertanggung jawab didalam dasar pengswastaannya saya rasa sudah lama matlamat DEB terlaksana dan sudah tentu kaum bukan Bumiputra mempersoalkan tentang ketidak telusan dasar tersebut!

Advertisements

Kenyataan Media: MCA bosan kempen fitnah oleh UMNO!

Posted in Uncategorized with tags on July 31, 2008 by Immette At-Tibranee

Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh MCA yang mengutuk tindakan UMNO menganiayai Anwar Ibrahim

“MCA PJ UTARA 7 BRANCHES
PRESS CONFERENCE
THE SAIFUL BUKHARI MEDICAL REPORT
TUESDAY 29 JULY 2008, 11AM”

Ladies and Gentlemen of the Press.

We meet here today because we, being members of 7 branches of MCA PJ Utara representing more than 1000 members of MCA, wish to do our civic duty to the Rakyat.

We note that MCA cannot remain silent anymore, lest we be accused (if not already accused) of being accomplices to diabolical conspiracies.
In particular, we refer to the medical report widely publicized on the internet by Malaysia Today, Malaysiakini and countless other blogs. We had also taken the liberty to check on the comments contained in the medical report dated 28 June 2008 conducted on Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan by Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, the Medical Officer at Hospital Pusrawi Sdn Bhd. Three doctors we have checked with have stated that the comments meant that the results for the alleged sodomy is ‘negative’. They also confirmed that a Doctor can never change a medical report.
Assuming that the said medical report is true – and we call on Hospital Pusrawi to confirm or deny this – then:

We call on the Police, the Attorney-General, the MCA top leadership and the UMNO top leadership to immediately reveal in full all the evidence against Datuk Seri Anwar Ibrahim and stop withholding vital evidence and decide to charge, or not to charge, Datuk Seri Anwar Ibrahim. The Deputy IGP Tan Sri Ismail Omar should also refrain from making statements that the internet reports on the said medical report were aimed at confusing the people when, in the same breath, he declines to comment on the medical report. Such statements by the Deputy IGP only serve to further the perception that the police is pulling out all stops to withhold evidence crucial to the innocence of Datuk Seri Anwar Ibrahim, a fellow citizen of our country, while at the same time fabricates, or attempts to fabricate, evidence against a fellow citizen of our country.

This “bogus charge” fiasco is also causing untold damage and hurt to our economy, our integrity as a nation. Daily, we are being compared to countries like Zimbabwe and other countries where despotic rulers reign.We cannot in all conscience be a party to the machinations by executive arms of the government to withhold/fabricate evidence against a citizen of our country.

Therefore, we urge the Police, the Attorney-General and the government to treat all our citizens fairly, with transparency, without withholding of crucial evidence and with the proper application of the rule of law.
MCA PJ Utara Branches:

MCA SS2 Town Centre
MCA SS2 ”
MCA SS4
MCA Taman People’s Park
MCA Gardenia Centre
MCA Taman Mayang
MCA Damansara Baru
Contact Persons:

Mr LEE CHONG BENG [Chairman, MCA SS2 Town Centre] at 012-3987851
Mr PETER CHEN [Legal Advisor] at 012-6824902 “.

Bila MCA pun dah meluat dengan UMNO, pandai pula UMNO nak ajak PAS. Hidung tak mancung betul.

( SUMBER : http://www.tranungkite.net)

Harga Minyak di Singapura turun lagi, kali kelima dalam masa 20 hari

Posted in Uncategorized on July 29, 2008 by Immette At-Tibranee

HARGA minyak petrol turun lagi semalam, sebanyak 10 sen setiap liter – penurunan terbesar sejak Ogos 2003. Ini kali kelima harga minyak petrol turun dalam masa 20 hari.

Langkah semalam dimulakan Shell, yang kemudian diikuti Caltex, Singapore Petroleum Company (SPC) dan Mobil.

Dengan penurunan harga itu, harga minyak petrol sebelum ditolak diskaun di kedai minyak sekarang adalah $2.110 seliter bagi petrol oktana 98, $2.036 seliter bagi petrol oktana 95 dan $2.003 seliter bagi petrol oktana 92.

Harga minyak petrol premium sebelum ditolak diskaun pula adalah $2.239 seliter bagi Shell V-Power dan $2.236 seliter bagi Caltex Platinum.

Menurut para penganalisis, harga minyak petrol turun kebelakangan ini kerana kebimbangan tentang permintaan minyak semakin reda.

Harga minyak mentah mencecah paras AS$100 setong pada awal tahun ini, sebelum meningkat ke beberapa paras rekod akibat kebimbangan mengenai permintaan minyak yang terus bertambah ekoran ketegangan antara Barat dengan Iran mengenai program nuklear Teheran.

Ketidakstabilan di Nigeria, salah sebuah negara pengeluar minyak Afrika utama, turut menjadi faktor, kata para pengamat.

Harga minyak boleh jatuh ke paras AS$70 dan AS$80 setong jika dolar Amerika terus kukuh dan kebimbangan mengenai Iran berkurangan, kata ketua Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec), Chakib Khelil, Sabtu lalu.

Berita penurunan harga minyak petrol semalam melegakan para pemandu, terutama seperti Muhd Fuzail, yang perbelanjaan kereta beliau mencecah sekitar $500 sebulan.

‘Oleh kerana saya perlu menggunakan kereta untuk ke sana sini dalam menjalankan tugas saya, tentunya penurunan harga minyak menggembirakan saya.

‘Saya harap harga minyak akan terus berkurangan,’ kata pegawai teknikal berumur 32 tahun itu’.

My Model Agency ( KL CITY )

Posted in Uncategorized with tags on July 29, 2008 by Immette At-Tibranee





PROJECT ICON MODEL telah di tubuhkan pada 2006 sebagai freelance model agensi, dengan hanya memiliki 4 orang model. Selepas setahun PROJECT ICON MODEL menjalankan operasi sebagai freelance model agensi, atas dorongan, pengalaman dan sokongan , maka PROJECT ICON telah ditubuhkan secara rasmi dan berdaftar sebagai ICON MODEL ENTERPRISE ( reg no : 00171920-M ).

PROJECT ICON akan berusaha untuk membina prestasi yang baik kepada MODEL-MODEL yang baru mencuburi bidang modeling. Kami percaya, dengan sokongan dan komitmen dari anda semua,PROJECT ICON akan membawa anda ke hadapan dan seterusnya ke peringkat antarabangsa. PROJECT ICON amat mengalu-alukan anda, Kuala Lumpur.

PROJECT ICON menerima sesiapa sahaja untuk menjadi model di bawah kelolaan kami. Untuk menghadiri kelas modeling dan latihan yang akan sediakan, anda akan dikenakan BAYARAN yang berpatutan. Kami akan menyediakan tenaga pengajar yang berkaliber untuk memberi bimbingan kepada anda.

Untuk menjadi seorang model yang BERJAYA, PROJECT ICON akan memastikan setiap model di bawah agensi kami, BERDISIPLIN dan mempunyai KOMITMEN yang tinggi . Disiplin dan komitmen memainkan peranan penting untuk memastikan seseorang model bertahan di dalam pasaran. PROJECT ICON hanya menyediakan PELUANG atau PLATFORM kepada anda,dan ( 90% ) andalah yang akan bertanggungjawab untuk masa hadapan anda. PROJECT ICON akan meberi panduan kepada anda, untuk menjadi seorang model yang PROFESIONAL dan BERJAYA.

Dunia modeling bukannya untuk anda mengejar ” GLAM “.PROJECT ICON tidak akan menggalakkan anda untuk mengejar “GLAM” dalam dunia modeling,biarlah “GLAMOR” yang mengejar anda. Ia akan menunjukkan tahap PROFESIONAL seseorang model dalam menentu masa depan. Ini amat penting untuk memastikan anda berada di taraf yang sepatutnya. Model yang kreative, berwibawa dan mempunyai tahap profesional yang tinggi akan membuatkan ramai orang ingin berkerjasama dengan anda.

Sekirannya anda BERMINAT untuk jadi model, bolehlah menghantarkan gambar-gambar anda bersama detail yang lengkap. GAMBAR YANG DI HANTAR HENDAKLAH GAMBAR-GAMBAR YANG TERANG DAN JELAS ( bukannya gambar dari HANDPHONE ). Ini untuk memudahkan kami dan pelanggan untuk mengenal pasti setiap gambar yang di beri. Gambar-gambar yang di pelukan ialah :- ” CLOSE UP MUKA – diambil dari posisi hadapan, HALF BODY dan FULL BODY”. Sekurang-kurangnya 5 KEPING GAMBAR diperlukan dan Kami memilih gambar yang terbaik. Sekiranya anda tidak memenuhi syarat-syarat di nyatakan. PERMOHONAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.
MAKLUMAT YANG PERLU ANDA ISI:-

Full Name :
Commercial name :
Age :
I/C Number :
Race :
Phone no :
Address :
Email Add :
Height :
Weight :
Bust :
Leight :
Waist :
Hips :
Shoulder :
Shoe Size :
Hair Color :
Eyes Color :
Shirt/Dress SAIZ :
Experiences :
(Note: Sila hantar DETAIL dan GAMBAR anda ke email kami :- icon_model_kl@hotmail.com )

” PERKHIDMATAN YANG DI SEDIAKAN ”
PROJECT ICON MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN UNTUK :-

PROGRAM TV, IKLAN TV, IKLAN CETAKKAN, MAJALAH DAN PERAGAAN (RUNWAY/CATWALK).

TALENT-TALENT KEPADA PRODUCTION HOUSE
( FILEM & DRAMA )

PENGURUSAN ARTIS dan PENGURUSAN ATURCARA.

“TERIMA KASIH KERANA MEMBERI PERHATIAN”

SUMBER : http://www.myspace.com/icon_model_kl )

GAS LNG dan Minyak di KELANTAN

Posted in Uncategorized with tags on July 29, 2008 by Immette At-Tibranee

Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, meminta Kerajaan Pusat dapat mencari jalan supaya sumber mineral khususnya minyak dan gas asli dapat didaratkan sebagai usaha untuk menjana ekonomi negeri dan negara.

Titah baginda, tidak ada ertinya kerajaan meluluskan permohonan untuk pendaratan bahan mineral itu sedangkan ianya tidak dilaksanakan.

Baginda bertitah demikian sewaktu merasmikan Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) bagi tempoh penggal yang keempat Dewan Negeri Kelantan yang ke-11, yang diadakan di Kota Darulnaim di sini pagi tadi.

Baginda juga berharap pembangunan industri minyak dan gas asli akan dibangunkan di negeri Kelantan bagi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru di samping menjadi punca pendapatan kepada rakyat di negeri ini.

“Beta sedar bahawa Kelantan adalah di antara negeri yang buminya masih kaya dengan sumber-sumber mineral seperti emas, lempung bebola, batu kapur dan feldspar.Beta berharap kerajaan negeri memberikan perhatian dalam mengeksploitasikan sumber-sumber kejayaan perut bumi ini, bagi menjana kepada pertambahan hasil negeri,”sambung baginda lagi.

Sultan seterusnya menambah, pembangunan sektor swasta di dalam bidang industri mineral, petroleum dan gas asli perlu digalakkan.

Titah Sultan, baginda mendapat maklum ada pihak swasta yang berminat untuk membangunkan saluran paip dari Kedah ke Kelantan.

“Kemudahan dan iklim pelaburan swasta yang kondusif juga perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri agar peluang-peluang pelaburan berskala besar seperti itu dapat direalisasikan,”titah baginda.

Pada masa yang sama, Sultan Kelantan turut melahirkan rasa gembiranya terhadap saranan dan teguran Ketua Audit Negara mengenai kedudukan kewangan kerajaan negeri.

Tambah baginda, sudah sampai masanya kerajaan negeri lebih bersungguh-sungguh dalam meneroka dan membangun sumber-sumber baru dari khazanah bumi dan warisan negeri.

“Dengan penerokaan sumber baru itu akan dapat menambahkan lagi hasil kerajaan negeri dan seterunya menjana ekonomi negeri Kelantan dan negara pada masa akan datang,”jelas baginda.

” Yan is poised to be an oil refinery centre by next year as it is expected to attract RM20bil in investment for refinery plants and pipelines. State Investment, Transport and Trade committee chairman Datuk Chong Itt Chew said a Malaysian-Middle East joint venture company was investing RM7.68bil to set up a crude oil refinery plant in Yan. He said a listed company would also be setting up another oil refinery there, bringing the total investment to RM17bil. Another company is proposing to build a 312km-long pipeline from Yan to Bachok in Kelantan ”

Minyak itu bukan minyak Kedah, tetapi minyak dari timur Tengah. Kerajaan Kelantan, saya percaya, mengetahui hal ini, tetapi belum mengumumkan apa-apa. Biar tak berkokok tapi jadi bertelur. Salah kokok, bertelur tak jadi. Lebih baik diam ubi, berisi.

Berita kedua, 72 nelayan Vietnam terpaksa mendarat di Tok Bali, Kelantan selepas ditiup oleh Taufan Durian.Betapa dekatnya Kelantan dengan Vietnam. Ini mengingatkan saya kepada pengeluaran minyak di kawasan PM-3 CAA, yang beertindan antara Malaysia (Kelantan) dengan Vietnam. Setakat maklumat sedia ada, melalui carian internet menunjukkan pengeluaran minyak di sini melebihi 40,000 tong sehari. Pengeluaran gas juga sudah bermula.Ada sesiapa yang boleh menasihati saya mengenai isu ini? Adakah Kelantan tidak berhak menerima apa-apa pembahagian dari pengeluaran di kawasan ini?





Jarak terdekat untuk menyalurkan minyak mentah dari kawasan usahasama tersebut ke Malaysia ialah ke pantai Kelantan, 150km melalu paip dasar laut. Tetapi kerajaan Malaysia telah memilih untuk menyalurkan minyak mentah melalui Selatan Thai (dengan kerjasama kerajaan Thai) ke Gurun yang mana melibatkan lebih 600 km. Minyak akan diproses di Gurun.

Secara logiknya Kelantan lah sepatutnya didirikan loji penapisan kerana ia adalah jarak terdekat, ini menjadi lebih efficient, kos mengalirkan minyak mentah akan jadi rendah. Lain pula alasan kerajaan UMNO apabila nakkan sesuatu untuk survival politik kotor mereka. Salah satu sebab penggabungan NST-Utusan ialah untuk menjadi media tersebut lebih efficient. Ini alasan kerajaan, tapi semua orang tahu apa kan sebab sebenarnya. Tapi tidak begitu apabila melibatkan Kelantan. Efficiency tidak lagi menjadi alasan. Patutlah zaman regim Dr. Mahathir dulu industry berat dibuat di Kedah, walaupun industri pemprosesan besi waja di Kemaman, akibatnya besi terpaksa diangkut dengan lori melalui lebuh raya Timur Barat , akhirnya rugi.

Inilah hakikat kerajaan Malaysia bertunggulkan UMNO yang terus menerus menafikan hak rakyat Kelantan kerana tidak menyokong UMNO. Walaupun minyak dijumpai di sempadan perairan Kelantan tetapi negeri Kelantan dinafikan hak, telah di anak tirikan. Inilah satu lagi contoh bagaimanapun UMNO begitu takut apabila loji penapisan didirikan di Kelantan, negeri itu akan maju dan modal yang diguna dalam pilihan raya Kelantan tidak membangun akan menjadi basi, tak laku kata orang Kelantan.

Saya begitu sedih melihat bagaimana busuk nya UMNO yang menidakkan hak Kelantan walaupun Kelantan sepatutnya lebih berhak untuk mendapatkan manfaat dari kekayaan minyak dari perairannya.

Terdapat banyak faktor mengapa BN mengalami kalah di Kelantan dan BN sememangnya tidak akan menang untuk penggal seterusnya selagi faktor-faktor tersebut tidak diubah. Namun apa yang peliknya, faktor-faktor yang menyumbang kepada kekalahan BN di Kelantan adalah hampir kesemuannya ciptaan kerjaan BN bermula zaman Tun Dr Mahathir sehinggalah zaman Islam Hadhari Pak Lah sendiri. Antara faktor-faktornya adalah:-

1. BN menyekat pembangunan di Kelantan untuk membuktikan bahawa hanya BN yang boleh membawa pembangunan di Kelantan. Tetapi tindakan ini tidak memberi apa-apa kesan pun kepada rakyat kelantan kerana janji yang sama pernah ditaburkan oleh BN semasa memerintah Kelantan dulu dan Kelantan masih juga di takuk yang lama. Dengan kata lain, rakyat Kelantan sudah tak kisah dengan semua itu lagi. Malahan mereka lebih suka dan selesa dengan keadaan sekarang iaitu berada di bawah pimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz.

2. Semua rakyat Kelantan tahu bahawa bumi kelantan kaya dengan Minyak dan Emas. Mereka juga tahu bahawa mereka tidak akan mendapat apa-apa hasil selagi BN memerintah Malaysia. Lihat sahaja contoh jiran Kelantan sendiri iaitu Terengganu yang sudah berpuluh-puluh tahun mendapat Royalti minyak tapi tak ada satu pun pembangunan yang boleh mereka megahkan kecuali Rantau Petronas yang dibina oleh Petronas untuk kakitangannya sendiri. Jadi kemana wang royalti dilaburkan selama ini? Tak kan Wan Mokhtar yang lesapkan semuanya? Beliaukan seorang yang berpendidikan tinggi dalam bidang agama? Kesian rakyat Terengganu yang sepatutnya mendapat faedah hasil dari royalti minyak mereka selama ini. Jadi apa yang rakyat Kelantan kisahkan sangat dengan royalti minyak tu?

3. Rakyat Kelantan adalah rakyat yang paling bertuah di Malaysia. Setiap kali pilihanraya mereka akan mendapat habuan kerana UMNO pasti akan menaburkan wang yang banyak kepada pengundi-pengundi untuk membeli undi mereka. Mereka sudah kenal siapa Anuar Musa, siapa Awang Adek, siapa Mustapha Muhammad setiap kalil pilihanraya. Mereka inilah yang melantik kuncu-kuncu mereka untuk membeli undi rakyat Kelantan. Namun kuncu-kuncu yang mereka lantik ini cukup merugikan UMNO kerana wang tersebut hanya diagihkan kepada kaum kerabat dan ahli-ahli UMNO sahaja yang sememangnya dari dulu lagi mengundi BN. Pengundi-pengundi atas pagar hanya menerima RM50.00 seorang berbanding RM200 hingga RM500 seorang untuk ahli-ahli UMNO. Adakah mereka ini buta?Sudah pasti pengundi-pengundi atas pagar itu tidak berpuas hati, marah, juak dan muak dengan telatah mereka ini. Jadi mereka sapu wang tersebut dan terus memangkah PAS.

4. Subsidi baja hanya diberikan kepada ahli-ahli UMNO sedangkan ahli-ahli pas yang miskin terpaksa membeli sendiri baja padi mereka. Oleh itu mereka terpaksa menanam lewat sedikit padi mereka berbanding dengan petani yang mendapat subsidi padi kerana masalah kewangnan. Akibatnya petani yang mendapat subsidi baja tadi telah menderita kerugian kerana tidak dapat menuai pada mereka yang telah masak tepat pada waktunya kerana padi petani-petani yang berada di keliling mereka masih belum masak dan ini akan menyukarkan mesin penuai padi untuk memasuki kawasan mereka. Mereka terpaksa menanggung kerugian yang besar disebabkan tindakan UMNO yang tidak adil itu. Akhirnya mereka sudah tidak pandang lagi pada subsidi baja padi UMNO itu. Apa yang penting mereka boleh menuai padi sama-sama dengan petani yang lain. Kalau dah tak ada kepentingan buat apa undi BN lagi, jadi mereka pakat undi PAS.

5. BN tidak menggalakkan pelabur melabur di Kelantan dengan alasan kerajaan PAS tidak dapat memberi kemudahan yang diperlukan, jadi mereka menggalakkan pelabur melabur di Kedah, Selangor dan lain-lain negeri. Jadi muda-mudi lepasan sekolah di Kelantan tidak peluang untuk bekerja selepas tamat SPM atau STPM seperti muda mudi di KL, Selangor, P.Pinang dan Johor. Jadi mereka gunakan peluang tersebut untuk meneruskan pelajaran sehinggakan ada yang menduduki SPM atau STPM sebanyak 5 kali untuk memasuki Universiti. Akhirnya sekolah-sekolah swasta tumbuh macam cendawan di Kota Bharu dan berduyun-duyun anak-anak Kelantan dapat melanjutkan pelajaran di IPTA setiap tahun. Sebab itu rakyat Kelantan tidak kisah dengan Meritokrasi kerana ia memberi lebih banyak peluang untuk rakyat kelantan memasuki IPTA. Mereka inilah yang akan menerajui organisasi-organisasi besar milik kerajaan dan swasta berbanding dengan rakyat negeri lain. Setiap bulan mereka akan menghantar wang kepada ibubapa di Kelantan. Sekarang keluarga di kampung dah ada rumah besar dan taraf kehidupan yang baik di negeri yang kos kehidupan yang amat rendah.

6. BN tidak mencipta peluang pekerjaan yang banyak di Kelantan telah mendorong rakyat Kelantan untuk berniaga di dalam dan luar Kelantan seperti Kuala Lumpur, Selangor dan lain-lain negeri lagi. Ramai usahawan luar yang berjaya adalah terdiri dari rakyat Kelantan. Setiap bulan dan tahun wang tersebut mengalir balik ke Kelantan terutamanya semasa musim perayaan, cuti umum dan musim cuti sekolah. Hotel-hotel dan rumah tumpangan semuaya penuh dan Kota Bharu bertukar menjadi pusat pesta membeli belah. Penjual nasi pun sudah mampu memakai barangan kemas seluruh badan. Jadi apalah kisah sangat dengan pembangunan yang BN war-warkan. Apa yang penting warga pencen dan muda mudi mendapat pendidikan agama dengan mudah dan selesa.

Banyak lagi faktor-faktor lain yang tak mampu saya tulis di sini. Cuma apa yang saya tuliskan ini adalah satu kenyataan. Saya pernah tinggal di Kelantan dan saya mahu Kelantan kekalkan apa yang ada sekarang. Tidak perlulah pembangunan kalau sekiranya maruah dan agama tergadai.

Terbaru, Kumpulan Sukimi melabur RM300 juta untuk pembangunan Terminal Minyak Bebas (IOT) bertempat di Kg. Pantai Senok, Bachok, Kelantan.

Fasa Pertama melibatkan pembinaan jeti, tangki penyimpanan dan kawasan pengedaran kepada syarikat-syarikat gergasi minyak di sini dan juga pelanggan Sukimi termasuk agensi-agensi kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) .

Projek ini dijangka menyediakan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan yang dan dibangun dengan menggunakan kepakaran tempatan sepenuhnya. Projek di atas tapak seluas 80 hektar di Pantai Senok, Bachok itu bakal menjadi pemangkin kepada industri petroleum di negeri Kelantan Darul Naim.





The model of the independent oil terminal in Pantai Senok Bachok will be built at a cost of RM300 million in 2008 and will be fully operational by 2010.

< SUMBER : http://www.husammusa.com & http://salampantaitimur.com & http://www.harakahdaily.net )

Liwat: HKL pertahan laporan Saiful

Posted in Uncategorized with tags on July 29, 2008 by Immette At-Tibranee

Kementerian Kesihatan akan menggunakan hasil pemeriksaan perubatan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat penasihat PKR, di hospital Kuala Lumpur.

Demikian ditegaskan oleh ketua pengarahnya Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican hari ini.

Kenyataan medianya hari ini sebagai mengulas kebocoran laporan perubatan pemuda itu yang dibuat lebih awal, pada 28 Jun, di Hospital Pusrawi.

Menurut laporan yang dibuat oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, tiada kesan-kesan Mohd Saiful diliwat.

Dr Mohd Ismail berkata pemeriksaan HKL dibuat mengikut aturan yang betul dengan menjaga sepenuhnya etika perubatan, kerahsiaan dan profesionalisme.

“Butiran hasil pemeriksaan itu tidak akan sekali-kali didedahkan kepada kakitangan atau jabatan yang tidak dibenarkan. Sesiapa pun tidak wajar membuat spekulasi atau membuat kesimpulan atau andaian tentang pemeriksaan perubatan itu,” katanya seperti dilapor laman web The Star.

Beliau menambah, kementerian menyedari wujud satu laporan yang didakwa mengandungi butiran pemeriksaan terhadap bekas pembantu Anwar itu, dengan menambah hospital swasta itu akan dihubungi untuk memastikan kesahihan laporan tersebut dan bagaimana ia boleh terbocor kepada umum.

“Kami akan menyiasat sama ada terdapat protokol dan prosedur di institusi itu sebelum mengeluarkan rekod perubatan.

“Sama ada rekod itu sahih atau tidak, ia seharusnya dianggap sulit dan tidak boleh diedarkan (kepada umum),” Dr Mohd Ismail dipetik sebagai berkata.

Tambahnya, tindakan boleh diambil kepada pihak hospital yang membocorkan rekod perubatan pesakitnya bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

Katanya, Majlis Perubatan Malaysia terkejut besar dengan penyebaran rekod perubatan itu di internet oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar.

Kementerian mengingatkan kepada semua pengamal perubatan bahawa mereka tertakluk kepada tanggungjawab moral, etika dan perundangan untuk menjaga kerahsiaan seseorang pesakit.

Maklumat pesakit tidak boleh didedahkan bila-bila masa pun tanpa kebenaran pesakit sendiri, tambah Dr Mohd Ismail

( SUMBER : http://www.malaysiakini.com )

Laporan Perubatan Sahkan Saiful Tidak Di Liwat

Posted in Uncategorized on July 29, 2008 by Immette At-Tibranee

Laporan Perubatan Sahkan Saiful Tidak Di Liwat

Salinan laporan perubatan oleh terhadap Saiful Bukhari Bin Azlan yang mendakwa bahawa dia diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim mula tersebar luas di ruang siber. Salinan laporan tersebut mencatatkan bahawa tiada kesan-kesan bahagian dubur Saiful yang boleh membuktikan bahawa dia diliwat.

Pemerhatian kepada salinan laporan tersebut didapati ianya adalah milik Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. Pemeriksaan dibuat ke atas Saiful pada jam 2.14 petang, 28 hb Jun 2008. Laporan pemeriksaan itu ditandatangani oleh Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid, Pegawai Perubatan yang membuat pemeriksaan ke atas Saiful.

Adalah difahamkan bahawa Saiful telah pergi secara sukarela ke Hospital tersebut dan mengadu mengalami kesakitan di bahagian duburnya. Bagaimanapun, jika salinan laporan perubatan itu disahkan tulin maka intipati laporan pemeriksaan oleh Doktor yang memeriksanya mengesahkan bahawa tiada tanda-tanda Saiful di liwat.

Bagaimanapun sehingga kini pihak Hospital tersebut belum membuat sebarang pengesahan terhadap kesahihan salinan laporan pemeriksaan tersebut dan juga penjelasan bagaimana salinan laporan itu boleh tersebar.

Dibawah adalah salinan laporan perubatan yang tersebar di ruang siber.



( SUMBER : http://www.husammusa.com )