new me and my self

Posted in Renungan, Sosial, Tauladan on March 10, 2011 by Immette At-Tibranee

Assalamualaikum….

termenung panjang gak aku nk menulis ari ni … nk tulis tentang apa … so bila dok termenung panjang tu… hehehe terasa nk menulis tentang kehidupan baru aku di kota bharu / kelantan .

yeah … memang mencabar, sblm ni aku jarang balik kelantan, selalu dok KL je … hampir 14 thn gak aku dok KL rupanya.. dr KLCC tak naik hingga dah timbul Pavillion hehehehe… tempat hang out paling PANAS kat kl skg ni… but than … pd aku.. tak de apa pun kat PV tu… semuanya sama je.. maybe sbb opis aku dekat gan PV kot.. so dah jemu tgk ari2…

so keputusan aku utk balik keja n tinggal kat kelantan ni membuat kwn2 aku semua mcm tak percaya.. even masa interview keja pun dia org berkali2 tanya aku betul ke nk keja ni??? hahahah smpi aku penat nk jwb … but than … aku dpt keja sini .. so dah hampir 2 bulan keja dah…

mmg kehidupan aku kat kelate ni … emmm mcm membosankan sikit .. but i like it .. sbb tak pening kepala dgn jem n parking etc… skg ni aman damai kehidupan aku… dah tak pening gan kesibukan kota… dr umah nk pi keja pun naik motor je.. 5minit je masanya.. hahahah mmg havent sgt

kwn… emmm leh bilang gan jari member kat kelate ni… hehehe mmg aku tak de kwn .. so byk dok umah je lah.. klu busan layan la blog .. baca apa2 yg patut…. pe pun .. kehidupan mesti di terusan …

KEMBALI KEPANGKAL JALAN

Posted in Isu Semasa, Renungan, Sosial, Tauladan on March 8, 2011 by Immette At-Tibranee

Assalamualaikum ….

Emm… rasanya tajuk kat atas tu terlalu luas utk aku huraikan … aku akn cuba huraikan setakat amna yg aku mampu… but than its all about my self.. aku tak nk ceta pasal org lain..

Selama 14thn aku dok KL… emmm mcm2 kehidupan aku temui… tahun pertama .. merupakan tahun yg penuh mencabar utk aku .. sbbnya SLANG KELANTAN AKU SUSAH NK ILANG hahaha… but than lama2 dah ok sikit lah.

berbalik kepada tajuk di atas … mmg kehidupan di kota besar… menguji keimanan kita.. kat mana kita nk letak dan bawa diri kita … itu terpulang kepada individu masing2. Alhamdulillah…. aku mempunyai pendirian yg cukup kuat utk menahan godaan sosial di KL… No arak.. No dadah aku sentuh selama ku di KL… budaya lepak di shopping complek tidak menjadi budaya bagi aku… banyak masa aku suka berada di rumah… tgk TV, baca Paper ( sinar harian, the star & harakah ) lain2 paper… hahah no way.. semuanya info sampah. makin serabut bila baca paper tersebut..

kekdg aku sedey tgk ramai kwn2 aku dan manusia di sekeliling terlalu gelojoh mengejar budaya songsang & barat kononnya … tak modern la klu dok ikut budaya melayu & tempatan … hahah well… itu lah mentaliti org melayu & rakyat malaysia … aku pernah travel ke beberapa negara sblm ni… dah mcm2 budaya aku jumpa.. tp mereka tetap teguh dengan budaya mereka .. dan identiti mereka… yg bestnya .. bila aku naik kapal terbang Thahiti Airline … crew dia org pakai baju bunga2 ( mcm hawai ) dan dengan selipar je… is cukup utk aku buat tersenyum… yg membanggakan aku… mereka menang beberapa anugerah … so salah bg mereka yg mengagongkan budaya barat klu mengatakan kita tak berjaya klu dok pakai budaya tempatan … dan tak akan maju… jepun & china … meraka menjadi gergasi ekonomi dunia … tanpa perlu mengubah budaya n bahasa mereka…

HATI SEORG INSAN YG BERNAMA ….

Posted in Renungan, Tauladan on March 7, 2011 by Immette At-Tibranee

Assalamualaikum semua …

Semua org mempunyai keinginan utk mengapai impian. Namun adakah kita semua berusaha sepenuh hati untuk memilikinya???? mungking ada antara kita mengatakan ” YA”…. bg mana yg ” TIDAK”??? adakah di sebabkan kita terlalu seronok dengan kehidupan kita skg … tanpa memilkirkan apa yg akn berlaku di masa hadapan??

Pengalaman lalu banyak mengajar aku erti kehidupan. Kekdg tu mmg terlalu pahit utk di lalui … apatah lagi untuk mengungkapkannya. Namun, untuk masa depan.. aku bangkit jugak.. tanpa menoleh kebelakang. Walaupun di pertengahan jalana terlalu banyak dugaan yg aku tempuhi. Hanya hati aku yg cekal mampu mengharungi kepayahan dan kesusahan utrk mengapai kejayaan ini.

Org kata… utk berjaya bukan senang, aku mmg akui kenyataan tersebut. Tapi ada di antara insan yg kita anggap ” KAWAN & SAHABAT BAIK” sentiasa menanti kejatuhan kita… walaupun ia melibatkan 30% dr org yg berada di sekeliling kita… namun tanpa hati yg cekal… kita pasti jatuh.

Aku mmg pernah menangis kerana kegagalan dlm hidup… ye menangis sepuas-puasnya. biar aku menangis skg … tidak di penghujungnya.. kerna aku pasti … suatu hari akan hadir kejayaan yg di impikan.. asalkan aku tidak putus asa. Org selalu kata aku ” KUAT BERANGAN & TOO MUCH FANTASY”…. hahahah wat ever they wanna say lah… aku tak kisah.. kerna aku tau apa yg aku buat… dan aku tau kemampuan aku.. cuma kasihan kat dia org… terlalu suka menjaga tepi kain org… diri sendiri tidak kemana…

WElll… alhamdulillah, apa yg aku hajati hampir pasti tiba.. namun … nun jauh masih banyak ranjau yg perlu aku lalui… aku perlukan sokongan moral dr insan yg sudi ….

Aku bersyukur kerana mempunyai kakak yg sentiasa yakin dengan apa yg aku buat… dan sentiasa memberi sokongan terhadap aku… im proud to say that coz u know me better… sbb kakak aku yg menjaga aku dr kecil hingga skg… yeah… my parent both of them … kembali kepada ALLAH… so hanya kakak aku yg berpeluh.. berpenat lelah… dan bermcm2 ber lagi untuk membesarkan aku utk menjadi insan yg berguna … sudah tentu utk diri aku sendiri… utk masyarakat… hahahah no way.. just for my self… i dont care bout masyarakat… coz … they love to see ppl fall down..

ok lah.. byk pulak celoteh aku ni hahaha…. kepada yg sudi baya.. thx ya…

ciao

WANG RAKYAT atau WANG KERAJAAN ( PARTI )

Posted in Ekonomi, Isu Semasa, Politik on March 6, 2011 by Immette At-Tibranee

Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar.

Seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut ‘kerajaan bermurah hati membantu’.

Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka. Maka di sini disebutkan beberapa perkara; Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung.

Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai. Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan.

Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat. Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar. Bazir wang rakyat Istilah ‘wang pembayar cukai’ atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”.

Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”. Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat.

Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seorang-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari ‘harta persendirian’ tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik. Peminta sedekah Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau istiharkan dalam kempen politik mereka.

Sesebuah kerajaan bukan dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat. Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya. Istilah ‘taxpayer money’, atau ‘taxpayer funds’ atau ‘taxpayers dollars’ sering digunakan dalam media negara maju apabia memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan.

Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.

Penulis : Dr Mohd Asri Zainul Abidin

IM BACK ON TRACK

Posted in Uncategorized on March 5, 2011 by Immette At-Tibranee

Assalamualaikum….

Hampir 2 tahun saya tidak meyentuh BLOG saya ni memandangkan BZ sikit gan keja… pe pun … Insa’allah… klu di izinkan sy akn sambung balik info2 yg boleh di share bersama… dan klu anda mempunyai apa2 info utk di share…. amat di alukan htr msg kepada sy … dan email kan kepada sy info tersebut… anda boleh menulis apa sahaja … tentang pengalaman, luahan, puisi, politik, ekonomi dll…. so jgn simpan apa yg terbuku dlm hati ye

Terima Kasih

KEDUDUKAN MELAYU TERGUGAT????

Posted in Isu Semasa, Politik, Renungan on September 10, 2008 by Immette At-Tibranee

In the wake of Ahmad’s suspension, here’s a piece in BM I had the honour of co-authoring with YB Nik🙂 I have one hesitation about writing this much about Ahmad Ismail. It came to my attention that his ‘power’ goes only so far as he has access to the media and dominates the public sphere. Let us remember him as all that is wrong and bankrupt with BN, and move on to greater things. Hidup Melayu! oleh Nathaniel Tan dan Nik Nazmi Nik Ahmad Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam. Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik. Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu? Orang Cina? Kaum-kaum ‘pendatang’ lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu? Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang ‘pendatang’ yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka? Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini – ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari. Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri. Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua. Polemik kaum Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu. Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi “Melayu!” tetapi hati berbisik “Saya dahulu!” Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak – mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya – untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus. Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa. Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan. Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman. Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman. Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai. Hidup mewah Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah. Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut. Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar. Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru. Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat. Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat. Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS. Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela. Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat. Nathaniel Tan merupakan pengendali blog http://www.jelas.info/. Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia dan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Blognya boleh dicapai di http://www.niknazmi.com/

Di manakah silap Nizar Jamaluddin?

Posted in Isu Agama, Isu Semasa, Politik on September 9, 2008 by Immette At-Tibranee

SEPERTI mana saya catatkan dalam posting sebelum ini kemurahan hati MB Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin memberi 400 hektar tanah kepada sekolah Cina bukan satu dosa kerana ia adalah untuk kepentingan pendidikan. Rasulullah s.a.w. sendiri sangat suka kepada pendidikan dan menyeru agar umatnya menuntut ilmu hingga ke negeri Cina.

Kalau orang Cina sudah datang ke tanah air kita, berladang dan berbudaya lagi bagus! Tidak payahlah kita merantau jauh ke benua Cina, kita menuntut dengan mereka di sini saja. Sudah tentu sekolah-sekolah Cina yang ada di negara ini walaupun masih terikat dengan kurikulum kebangsaan, namun tentu ada resipi pendidikan yang diwarisi dari datuk nenek mereka dan diterapkan dalam sekolah-sekolah berkenaan.

 

Jadi tidak ada salah tindakan Nizar itu.
Apa yang berlaku ialah kenapa timbul kekeliruan berhubung anugerah itu disebabkan tidak adanya penjelasan berhubung pemberian tanah itu seperti mana yang sebenarnya. Menurut penjelasan oleh Setiasauah Politiknya, Misbahul Munir dalam blognya, [misbah.blogspot.com]pemberian itu bukan selamanya, tetapi atas dasar pajakan selama 30 tahun saja. Pemberian itu juga bukan sesuatu yang anih.

 

Misbah memberi contoh kerajaan Kelantan juga turut memberi tanah kepada sekolah-sekolah Cina di negeri itu. Jumlahnya lebih besar lagi. Menurut Misbah sebanyak 3,000 ekar. Nampaknya apa dilakukan kerajaan Kelantan menjadi ikutan kerajaan Perak. Yalah bukankah Kelantan menjadi role model ia harus ditiru dan diikuti.
Dalam pada itu jelas Misbah kerajaan Perak juga telah bersetuju untuk memberi semula geran perkapita sebanyak RM1.3 kepada 18 buah sekolah agama. Ia akan diagihkan di sepanjang bulan Ramadhan ini. Geran perkapita itu menurut Misbah ia dinafikan oleh kerajaan sebelum ini. Apakah tindakan itu tidak menunjukkan keperihatinan kerajaan Pakatan kepada sekolah agama?

 

Sebenarnya apa dilakukan Nizar itu adil dan saksama dan menunaikan kewajibannya sebagai pemimpin. Mungkin selepas ini sekolah Tamil dan Orang Asli pula akan mendapat hak dan bahagian masing-masing. Kerajaan Pakatan kena berpakat.

 

Tetapi kenapa ia menjadi masalah, apa yang saya nampak ialah kelemahan pihak Kerajaan Perak sendiri kerana gagal menjelaskan perkara itu. Disebabkan perkara ini kurang diberikan keutamaan maka berlaku kekeliruan seperti kini dan mudah pula ia dieksploitasikan oleh pihak lain.

 

Sepatutnya apa-apa juga dasar dan polisi sebelum dilaksanakan perlu dijelaskan sejelas-jelasnya.

 

Sepatutnya pegawai penerangan negeri dan juga lujnah penerangan parti Pas, DAP dan PKR menghebahkan mengenai kedudukan itu kepada ahli parti masing-masing. Mereka harus menggunakan apa saja ruang dan kesempatan untuk memberi penjelasan kepada rakyat sebagai mengelakkan kekeliruan.

Mereka tidak boleh tunggu dan harapkan kerjasama media arus perdana untuk bantu menjelaskannya. Selamanya media arus perdana tidak akan bersimpati dan memberi gambaran sebenar melainkan terus memutarbelitkan apa saja untuk kepentingan pihak yang mereka taukehi.

 

Kerja-kerja menerangkan polisi dan dasar kerajaan ini perlu diperluaskan dan menggunakan apa saja saluran dan kesempatan. Semua pihak di Perak seharusnya mengambil inisiatif dan peranan masing-masing. Sebab itulah di Kelantan ada individu tertentu menubuhkan institusi medianya sendiri untuk menjadi propagandis kepada kerajaan bagi menjelaskan dasar, polisi dan projek-projek baru diperkenalkan.

 

Dalam hal ini Setiausaha Poltiik dan Setiausaha Akhbar MB itu perlulah aktif dan kreatif bagaimana hendak mengatasi masalah itu.

 

Selain itu kenapa niat baik Nizar itu menjadi isu dan dikelirukan kerana beliau nampaknya kurang cermat dan mengabaikan taktikal politik dalam membuat pengumuman itu. Beliau sepatutnya tidak mendahului menghebahkan mengenai pemberian tanah kepada sekolah Cina itu sebaliknya mengumumkan mengenai pemberian perkapita kepada sekolah agama terlebih dahulu.

 

Beliau kena faham sensitiviti orang Melayu. Beliau adalah MB Melayu jadi orang Melayu mengharapkan beliau perlu memberi keutamaan kepada orang Melayu. Apa yang berlaku ke atas Nizar itu sama dengan apa yang dialami oleh Khalid Ibrahim di Selangor apabila Khalid mengumumkan peruntukan untuk projek babi sebanyak RM100 juta mendahului pengumuman projek atau intensif lain kepada rakyat.
Kerana projek itu kepentingan orang Cina menyebabkan orang Melayu di Selangor merasakan Khalid telah mengutamakan orang Cina dan mengabaikan orang Melayu. Apa lagi projek berkenaan (babi dan pemberian tanah itu) adalah atas inisiatif DAP menyebabkan orang merasakan Kahlid dan Nizar menjadi alat kepada DAP. Padahal realitinya apa yang beliau lakukan itu ialah kerana tanggungjawabnya sebagai MB tanpa mengira kaum.
Hendaknya di masa akan datang Nizar lebih berhati-hati dan perlu bermain politik bagi menjaga hati pihak-pihak tertentu bagi mengelakkan timbul kekeliruan dan salah faham
( SUMBER : http://msomelayu.blogspot.com/ )
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.